Insiden gaduh di stadium MBPJ, Selangor FC bakal dihukum AFC
- S.KUMARA
- 8 Nov
- 1 min membaca

PETALING JAYA - Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dijangkakan mengambil tindakan terhadap Selangor FC ekoran insiden kekecohan yang berlaku dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) menentang Persib Bandung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Khamis.
Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor Paul John berkata, badan induk itu memandang serius aspek keselamatan dalam setiap perlawanan di bawah kelolaan mereka.
“AFC mengambil serius bab keselamatan dalam perlawanan tetapi kami sedang menunggu laporan penuh terlebih dahulu untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Selepas mendapat laporan penuh, ia akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin AFC untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dalam perlawanan itu, skuad Gergasi Merah tewas 2-3 kepada Persib Bandung sekali gus menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan ACL 2 musim ini.
Keputusan tersebut nyata kurang disenangi oleh penyokong Selangor yang meluahkan kekecewaan dan melakukan kekecohan selepas perlawanan tamat. - malaysiatoday





Komen