top of page
  • kumara885
  • 15 jam lalu
  • 1 min membaca
Anthony Loke
Anthony Loke

PUTRAJAYA - Kerajaan bakal melaksanakan beberapa penambahbaikan kepada infrastruktur rel negara bagi mengalihkan pengangkutan fret (kargo) dari jalan raya ke rel.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, buat masa ini hanya satu peratus fret di Malaysia diangkut menggunakan mod pengangkutan rel dan kerajaan mensasarkan sekurang-kurang 10 peratus akan diangkut melalui rel dengan penambahbaikan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-13.


Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani kesesakan lalu lintas, mengurangkan kadar kemalangan melibatkan kenderaan berat serta menyokong agenda kelestarian alam sekitar negara.


"Inisiatif ini menyasarkan untuk mewujudkan satu ekosistem logistik yang lebih cekap, selamat dan mampan… Selain daripada mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama, inisiatif ini juga menjadikan kos menjalankan perniagaan oleh pemain industri logistik semakin kompetitif melalui opsyen yang tersedia.


"Pengangkutan rel juga terbukti lebih mesra alam dengan jejak karbon yang lebih rendah berbanding pengangkutan jalan raya,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan di sini baru-baru ini.


Bagi merealisasikan inisiatif itu, Loke berkata, antara projek yang akan dilaksanakan termasuk pemanjangan landasan sisian di Terminal Kontena Butterworth Utara, menaik taraf landasan Pasir Mas-Rantau Panjang serta depoh Padang Besar.


Komen


bottom of page