top of page
  • kumara885
  • 2 jam lalu
  • 1 min membaca
Tiga lelaki tempatan ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita dalam keadaan terikat di Serdang pada 29 Oktober lalu di Serdang
Tiga lelaki tempatan ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita dalam keadaan terikat di Serdang pada 29 Oktober lalu di Serdang

Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita tidak berpakaian


SERDANG - Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat disyaki dibunuh berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata,

ketiga-tiga suspek merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan antara antara 25 hingga 30 tahun.


"Mereka direman pada hari ini di mahkamah bagi membantu siasatan lanjut dalam kes ini.


“Setakat ini, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya dalam kenyataan tengahari tadi.


Tambah beliau, mayat mangsa yang ditempatkan Hospital Serdang telahpun dikenal pasti oleh waris terdekat mangsa iaitu adik kandungnya sebelum proses bedah siasat dijalankan.


Pada Rabu, media melaporkan polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tangan terikat dan tanpa pakaian pada pukul 3.45 petang di kawasan berhampiran bulatan Blue Water Estate.


Rentetan itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.


Komen


bottom of page