top of page
  • kumara885
  • 7 hari lalu
  • 1 min membaca
Ylano maut selepas motosikal yang ditungganinya melanggar seekor lembu dalam kejadian semalam.
Ylano maut selepas motosikal yang ditungganinya melanggar seekor lembu dalam kejadian semalam.

SAO PAULO - Pemain bola sepak berusia 20 tahun, Antony Ylano maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu dalam kejadian tragis di Brazil, awal pagi Isnin.


Ylano dilaporkan dalam perjalanan pulang dari sambutan hari lahir bapanya apabila kemalangan berlaku di lebuh raya BR-343 terletak di Piaui.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lima ekor lembu termasuk seekor anak lembu - sedang melintas di tengah jalan sebelum Ylano melanggar salah seekor haiwan itu.


Akibat hentaman kuat, pemain Bawah 20 tahun (B-20) Piaui itu tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Polis Brazil mengesahkan insiden itu masih dalam siasatan, manakala lembu berkenaan turut dilihat cedera dan cuba melarikan diri dalam keadaan kesakitan.


Sebelum ini, Ylano pernah beraksi bersama Altos dan Fluminense-PI serta membantu Piaui menjuarai Kejohanan Negeri Piaui pada 2024 dan 2025.


Bekas pasukannya menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan pemain muda berbakat itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga serta rakan-rakannya.


Ylano dijadualkan berangkat bersama skuad Piaui ke Fortaleza pada Selasa bagi menyertai Piala B-20 Brazil.


Komen


bottom of page