top of page

Pengendali Kelantan TRW Elavarasan direhatkan serta merta

  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
Elavarasan direhatkan serta merta
Elavarasan direhatkan serta merta

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Pengendali Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) E. Elavarasan tekah direhatkan serta-merta.


Sinar Harian memetik sumber rapat melaporkan, tindakan itu susulan prestasi tidak menentu yang direkokan Kelantan TRW semasa di bawah kendalian jurulatih berkenaan.


"Bagi menggantikan Elavarasan, pengurusan sepakat memilih bekas pengendali Pulau Pinang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai pengganti," katanya.


Menurut sumber itu lagi, Akmal Rizal akan dibantu oleh penolong jurulatih, Zairul Fitree Ishak.


Katanya, Zairul Fitree pernah bermain bersama Akmal Rizal ketika penyerang itu bermain dengan The Red Warriors.


Sumber juga memaklumkan bekas penyerang itu sudah tiba di Kota Bharu untuk mengendalikan pasukan.


Komen


bottom of page