top of page
  • kumara885
  • 7 hari lalu
  • 1 min membaca
ree


VILLARREAL – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyeru agar barisan pemain tidak terlalu bergantung dengan penyudah Erling Haaland selepas menang 2-0 ke atas Villarreal dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.


Pada perlawanan di tempat lawan itu, Haaland sekali lagi menunjukkan ketajaman apabila meledak gol ke-24 musim ini, manakala satu lagi jaringan disumbangkan oleh kapten, Bernardo Silva.


Kata Guardiola, prestasi memuncak penyerang antarabangsa Norway itu tidak perlu dipertikai, tetapi apa yang lebih penting pemain lain perlu memberi sokongan khususnya di jentera serangan.


“Saya teruja dapat melihat Haaland menjaringkan gol sekali lagi dan kali ini kita dapat lihat Silva mencetak nama selaku penjaring. Tandukannya persis apa yang pernah dilakukan oleh Messi kerana mereka berdua pemain yang memiliki fizikal kecil.


“Secara keseluruhan, saya teruja pasukan dapat meraih tiga mata penting ketika menentang Villarreal yang dianggap cukup kebal khususnya di gelanggang keramat mereka,” katanya.


Komen


bottom of page