Piala ASEAN FIFA iktiraf pembangunan bola sepak Asia Tenggara
- kumara885
- 28 Okt
- 1 min membaca

KELANA JAYA -Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyambut baik pelancaran penganjuran Piala ASEAN FIFA oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Ahad di Kuala Lumpur.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyifatkan pengumuman penganjuran kejohanan sulung Piala ASEAN FIFA oleh Presiden badan kawal selia bola sepak dunia Infantino itu sebagai satu langkah bersejarah yang bakal membuka lembaran baharu dalam pembangunan bola sepak serantau.
"Kami amat berbesar hati dan menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino berhubung penganjuran kejohanan berprestij itu.
"Pengumuman yang dibuat sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia itu amat signifikan bukan sahaja kepada bola sepak rantau ASEAN tetapi juga kepada Malaysia sendiri yang menjadi tuan rumah sidang berkenaan.
“Ia membawa makna simbolik yang besar terhadap peranan dan komitmen Malaysia dalam memperkukuh perpaduan serta kerjasama serantau melalui sukan bola sepak,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.





Komen