top of page

Rashford mahu kekal lebih lama bersama Barcelona

  • kumara885
  • 25 Okt
  • 1 min membaca
Rashford
Rashford

BARCELONA: Penyerang pinjaman Barcelona, Marcus Rashford, menyuarakan hasrat untuk kekal lebih lama di kelab Sepanyol itu selepas tempoh pinjamannya daripada Manchester United tamat, sambil menyifatkan perpindahan itu sebagai perubahan yang amat diperlukan dalam kariernya.


Rashford, 27, yang sebelum ini menghabiskan seluruh karier profesionalnya di England, menyertai Barcelona secara pinjaman selama semusim dengan kelab Catalan itu menanggung sepenuhnya gajinya.


Pemain kelahiran Manchester itu turut bersetuju menerima pemotongan gaji, manakala klausa pembelian tetap ditetapkan sekitar 30 juta euro (RM147 juta).


Kontrak Rashford bersama United sebenarnya masih berbaki sehingga 2028, namun masa depannya di Old Trafford dilihat semakin suram selepas dikatakan tidak sehaluan dengan pengurus Ruben Amorim tahun lalu.


Sejak berhijrah ke Sepanyol, Rashford dilihat kembali menemui sentuhan terbaik di bawah kendalian jurulatih Hansi Flick.


"Sudah tentu saya mahu kekal lama di sini. Saya sangat menikmati masa saya di kelab ini, dan bagi sesiapa yang cintakan bola sepak, Barcelona adalah antara kelab paling berpengaruh dalam sejarah sukan ini. Sebagai pemain, ia satu penghormatan besar," katanya kepada ESPN.


Komen


bottom of page