- kumara885
- 21 Okt
- 1 min membaca

LONDON - Liverpool mengalami kekalahan keempat berturut-turut buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun selepas tewas mengejut 2-1 kepada Manchester United dalam aksi dramtik Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.
Keputusan itu sekali gus menamatkan penantian hampir sedekad The Red Devils untuk menang di Anfield.
Harry Maguire menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan menerusi tandukan pada minit ke-84 memastikan kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama di bawah kendalian Ruben Amorim.
Cody Gakpo sempat menyamakan kedudukan 12 minit sebelum tamat permainan selepas Bryan Mbeumo membuka tirai jaringan seawal minit pertama.
Namun, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila pemain antarabangsa England memusnahkan impian Liverpool dengan menjaringkan gol kemenangan pasukan untuk membawa pulang tiga mata penting dari Anfield.
Kekalahan itu menyaksikan Liverpool kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Arsenal manakal pengurus Arne Slot masih tercari-cari formula terbaik selepas membelanjakan wang yang banyak mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan lalu.
United pula semakin menghampiri pesaing tradisi mereka dengan hanya dua mata dipisahkan selain naik ke tangga kesembilan liga menjadikan kemenangan yang melegakan Amorim selepas hampir setahun mengemudi kelab itu.
“Ia bermakna segalanya. Liverpool telah mendominasi kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ia bukan sesuatu yang baik buat kelab kami.
“Kami tidak banyak memberikan detik seperti ini kepada penyokong, jadi kemenangan ini sudah lama dinantikan iaitu datang ke sini dan membawa pulang tiga mata amat bermakna," kata Maguire.
Liverpool sebelum ini hanya tewas sekali dalam 14 pertemuan terakhir Liga Perdana menentang United, malah The Reds tidak pernah kalah di Anfield sejak awal era Jurgen Klopp pada Januari 2016.





Komen