Rodgers tinggalkan kelab Celtic
- kumara885
- 28 Okt
- 1 min membaca

GLASGOW - Perjalanan Brendan Rodgers bersama kelab Cletic akhirnya tiba ke penghujung jalan semalam.
Kelab gergasi Scotland, Celtic, mengumumkan peletakan jawatan pengurus mereka Brendan Rodgers selepas permulaan musim yang mengecewakan.
Martin O'Neill kembali ke kelab sebagai pengurus sementara menggantikan Rodgers sehingga pengurus tetap dimuktamadkan kelak.
Celtic dalam kenyataan rasmi memaklumkan bahawa Rodgers telah menyerahkan surat peletakan jawatan dan kelab menerima keputusan itu serta-merta.
"Brendan Rodgers hari ini mengemukakan peletakan jawatannya. Ia diterima oleh kelab dan beliau akan meninggalkan tugasnya serta-merta," jelas kenyataan Celtic.
Keputusan itu dibuat selepas tekanan meningkat terhadap Rodgers susulan beberapa keputusan buruk, termasuk kekalahan mengejut dalam kelayakan Liga Juara-Juara kepada Kairat Almaty dari Kazakhstan pada Ogos, serta tewas 1-3 kepada Hearts dalam aksi liga Ahad lalu, kekalahan kedua berturut-turut yang menyaksikan Celtic kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga.
Rodgers, 52, kembali ke Celtic Park pada 2023 untuk kali kedua dan berjaya membawa kelab itu merangkul dua kejuaraan liga berturut-turut.





Komen