top of page
  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
Datuk Noor Azman digantung tugas berkuatkuasa serta merta oleh FAM. Foto Kredit FAM
Datuk Noor Azman digantung tugas berkuatkuasa serta merta oleh FAM. Foto Kredit FAM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan berani apabila menggantung tugas Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman berkuatkuasa serta-merta.


Tindakan itu menyusul ekoran siasatan membabitkan FIFA berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.


Tindakan tegas itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S.Sivasundram yang memaklumkan penggantungan berkuat kuasa hari ini menerusi sidang media khas yang diadakan di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini pada Jumaat.


"Berhubung kes FIFA, Setiausaha Agung FAM digantung tugas berkuat kuasa hari ini," katanya secara ringkas dalam sidang media tersebut.


Difahamkan bahawa FAM mengambil langkah berani itu selepas badan induk bola sepak negara berkenaan menerima maklumat rasmi daripada pihak antarabangsa mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran terhadap peraturan dokumentasi pemain warisan.


Siasatan yang kini turut mendapat perhatian FIFA itu memaksa FAM bertindak pantas bagi memastikan proses dijalankan secara telus tanpa sebarang pengaruh dalaman.


Sebelum ini, FIFA mendedahkan butiran penuh berhubung keputusan menghukum FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel selepas mendapati wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.


Komen


bottom of page