top of page

Skandal FAM: Status Rob Friend dalam Harimau Malaya jadi perdebatan

  • Editorial
  • 20 Nov
  • 1 min membaca
Rob Friend
Rob Friend

SEJAK Persatuan Bola Sepak Malaysia (FA) dilanda krisis setelah tujuh pemain warisan Harimau Malaya dihukum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), peranan Rob Friend menjadi persoalan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tanahair kita.


Sebagai menjawab segala teka-teki atau kekeliruan itu, Friend tampil mengeluarkan kenyataan sejak FIFA memuat naik dokumen sebanyak 63 muka surat yang merakamkan kenyataan beliau ketika disoal oleh badan induk kawal selia bola sepak dunia tersebut.


Di dalam kenyataan yang direkodkan oleh FIFA, Friend membuat pengakuan bahawa dirinya hanyalah berperanan sebagai konsultan kepada FAM untuk membantu projek pemain warisan ini dari Kanada.


Pengakuan Friend sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong tegar Harimau Malaya yang melihat tindakan Rob Friend itu seperti cuba untuk menyelamatkan diri ketika isu yang melanda skuad negara kini.


Ia sekaligus mencetuskan perdebatan serta kejutan dalam kalangan rakyat yang ternyata terkilan dan menganggap peranan Friend dengan Harimau Malaya hanyalah CEO.


Bagaimanapun, dalam satu kenyataan terkini kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Rob Friend memberitahu penerangan kepada pihak FIFA tersebut cumalah tertumpu kepada skop penglibatan bersama Harimau Malaya.


Malah, beliau menegaskan masih bergelar CEO buat skuad Harimau Malaya dan tidak pernah menafikan peranan yang disandang bermula pada penghujung Disember tahun lalu itu.


”Saya adalah CEO (Harimau Malaya),” ujar Rob Friend kepada Zulhelmi Zainal Azam.


“Penjelasan saya (kepada FIFA) sebelum ini hanya merujuk kepada skop penglibatan saya, bukannya peranan atau jawatan saya.”


“Untuk memperjelas, saya tidak pernah menafikan bahawa saya ialah CEO (Harimau Malaya),” tambah beliau. - malaysiatoday


Komen


bottom of page