top of page
  • kumara885
  • 15 jam lalu
  • 1 min membaca
Syed Saddiq.Foto kredit Ironman
Syed Saddiq.Foto kredit Ironman

KUALA LUMPUR - Acara triatlon jarak jauh Ironman bukan sekadar menguji kekuatan fizikal dan mental, tetapi turut membentuk karakter diri menukar yang mustahil menjadi realiti.


Sejak kembali dianjurkan di Langkawi pada 2014, acara ikonik itu telah mencetuskan revolusi senyap dalam landskap sukan negara.


Ia bukan sahaja menginspirasikan ribuan atlet menguji had kemampuan diri, malah menjadikan pulau legenda itu pusat perlumbaan ketahanan terulung di Asia.


Antara yang terpanggil menyahut cabaran tersebut ialah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang bakal kembali beraksi buat kali kedua berturut-turut pada Sabtu ini.


Pada penampilan sulungnya tahun lalu, beliau berdepan insiden kemalangan basikal di pertengahan perlumbaan namun tetap menamatkan saingan dalam masa 13 jam 13 minit — satu pencapaian yang mencerminkan tekad dan ketabahannya.


“Ironman Malaysia amat sentimental bagi saya. Ia kejohanan penuh pertama yang saya sertai, dan lebih daripada itu, Ironman Langkawi bagaikan ‘Hari Raya’ buat triatlet," katanya.


Komen


bottom of page