top of page
  • kumara885
  • 7 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

Terbuka Perancis: Tang Jie-Ee Wei mandi peluh sebelum mara ke suku akhir


KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dipaksa ‘bermandi peluh’ sebelum meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis.


Pada pusingan kedua yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne sebentar tadi, juara dunia itu memerlukan tiga set untuk menewaskan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan 22-20, 17-21, 22-20.


Turun sebagai pilihan keempat kejohanan, gandingan No.3 dunia itu dipaksa bekerja


keras selain berdepan detik cemas sebelum menang dalam tempoh lebih sejam.


Ee Wei berkata, mereka berasa cukup puas menerusi kemenangan itu bukan hanya disebabkan berjaya mara ke pusingan seterusnya tetapi juga kerana bangkit daripada ketinggalan.


“Kami meraikan kemenangan ini kerana tadi mereka mendahului 18-15 dan kami berjaya bangkit. Saya rasa ia satu kejayaan kerana berlaku ketika mata penting.


“Bagi saya, ia merupakan satu sesi pembelajaran untuk kami kerana setiap pemain ada kelebihan masing-masing,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


Komen


bottom of page