Wanita kecewa ' teman lelaki' dicintai 4 tahun rupanya wanita
- Editorial
- 4 hari lalu
- 1 min membaca

JAKARTA - Seorang wanita yang menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya terkilan dan kecewa selepas mendapat tahu teman lelaki yang dicintainya selama ini rupa-rupanya seorang wanita yang berwatakan lelaki, lapor laman berita Wolipop.
Wanita dikenali sebagai Milla itu berkata, dia dan pasangannya menjalin hubungan dari November 2021 hingga 1 November lalu.
Menurutnya, selama empat tahun, dia tidak pernah mengesyaki perkara itu kerana bekas kekasihnya bersikap sama seperti lelaki lain, selain melayannya dengan baik sekali.
Namun, rasa syak wasangka mula muncul apabila Milla terjumpa kad pengenalan wanita itu yang bertulis nama perempuan.
Apabila ditanya, ‘teman lelakinya’ menyatakan bahawa ia milik saudara perempuannya yang sudah meninggal dunia.
Tidak lama selepas itu, Milla menemukan pesanan ringkas daripada seorang jiran yang memanggil ‘teman lelakinya’ dengan nama perempuan iaitu Susanti.
Bagaimanapun, ' kekasih lelaki' itu sekali lagi menafikan perkara tersebut sehingga akhirnya pada Oktober lepas, Milla berjaya mendapat bukti kukuh daripada ahli keluarganya.
“Hati saya hancur, dunia saya seperti runtuh. Saya sukar mempercayainya tetapi semua bukti sudah berada di depan mata,” katanya.
“Saya berasa kecewa dan marah terhadap dia kerana mempermainkan saya seperti ini,” tambahnya.
Pendedahan Milla itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen di media sosial selepas mendengar kisah yang menimpa Milla.- Agensi





Komen