top of page

Askar tendang tetamu tak diundang curi lauk daging di majlis kahwin

  • kumara885
  • 31 Okt
  • 1 min membaca
lelaki curi di kenduri kahwin ditendang tentera
lelaki curi di kenduri kahwin ditendang tentera

JAKARTA – Seorang tetamu tidak diundang mengundang perhatian orang ramai apabila ditangkap mencuri masakan daging dari sebuah majlis perkahwinan di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.


Majlis perkahwinan itu berlangsung di Bandung, wilayah Jawa Barat baru-baru ini.


Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @radarbandung menunjukkan tetamu itu dikepung orang ramai dan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).


Dia kemudian mengeluarkan sebuah bekas berisi makanan daripada beg miliknya.


Selain ditengking, anggota tentera itu menendang motosikal dan kakinya secara berulang kali.


Komen


bottom of page