top of page

Ayam goreng punya pasal keluarga pengantin gaduh

  • Editorial
  • 7 Nov 2025
  • 1 min membaca
Majlis Pernikahan bertukar kecoh selepas keluarga pengantin gaduh disebabkan merebut ayam di majlis di negeri Uttar Pradesh, India.
Majlis Pernikahan bertukar kecoh selepas keluarga pengantin gaduh disebabkan merebut ayam di majlis di negeri Uttar Pradesh, India.

BIJNOR - Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung meriah di daerah Bijnor, Uttar Pradesh, India bertukar huru-hara apabila pertelingkahan tercetus antara tetamu daripada pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan hanya kerana berebut hidangan ayam goreng.


Insiden berlaku apabila sekumpulan tetamu daripada kedua belah pihak berkumpul di kaunter hidangan ayam goreng hingga menyebabkan kesesakan.


Pertengkaran kecil kemudian bertukar menjadi pergaduhan besar apabila kedua-dua pihak mula menolak dan bertumbuk, diikuti jeritan serta suasana panik di dewan majlis.


Menurut saksi, ramai wanita dan kanak-kanak turut terperangkap dalam kekecohan itu.


“Kami datang untuk meraikan perkahwinan, tetapi keadaan menjadi kelam-kabut apabila ada tetamu berebut ayam goreng,” kata seorang tetamu kepada NDTV.


Pergaduhan itu turut menyebabkan beberapa individu cedera, termasuk seorang lelaki yang merupakan pesakit jantung dan kini dirawat di hospital.


Pihak polis yang menerima maklumat segera bergegas ke lokasi bagi mengawal keadaan dan menenangkan tetamu.


Upacara pernikahan diteruskan di bawah kawalan pihak berkuasa, dengan beberapa anggota polis berkawal hingga majlis tamat bagi mengelak pergaduhan berulang. - Agensi


Komen


bottom of page