top of page

Bayar RM135 dan buru hantu dalam penjara paling seram

  • Editorial
  • Nov 26
  • 1 min membaca
ree


LONDON – Sebuah bekas penjara di Somerset, Britain menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menyertai lawatan memburu hantu di dalam bangunan tersebut pada harga kurang daripada £25 (RM135) seorang, lapor laman berita Devon Live.


Penjara Shepton Mallet yang wujud sejak abad ke-17 berfungsi sebagai pusat pemulihan selama hampir 400 tahun dan kini dikenali sebagai salah satu penjara paling berhantu di dunia.


Ia kini menawarkan orang awam sesi lawatan memburu hantu sepanjang tahun di mana pengunjung boleh menyelami kisah bangunan yang penuh dengan kisah seram dan misteri.


Dipimpin oleh pemandu pelancong yang berpengetahuan, pengunjung akan menyelami dunia roh yang penuh kisah hantu, menikmati kesunyian aneh dan menyeramkan yang memenuhi kawasan tersebut.


Pengunjung juga akan diberitahu mengenai sisi kejam kehidupan penjara termasuk penyeksaan, pembunuhan dan hukuman gantung.


Selain itu, pengunjung boleh meneroka kubur tanpa tanda serta berlegar-legar di C Wing iaitu bekas sayap penjara wanita. Ia dikhabarkan sebagai salah satu lokasi paling berhantu di dalam penjara tersebut.


Lawatan tersebut mengambil masa sekitar 90 minit untuk pengunjung menikmati pengalaman menyeluruh. – Agensi


Komen


bottom of page