top of page

Cape Verde cipta sejarah layak ke Piala Dunia 2026

  • kumara885
  • 14 Okt
  • 1 min membaca
Pasukan Kebangsaan Cape Verde cipta sejarah layak ke Piala Dunia 2026 kali ini. Foto:FB Cape Verde
Pasukan Kebangsaan Cape Verde cipta sejarah layak ke Piala Dunia 2026 kali ini. Foto:FB Cape Verde

PRAIA, 14 Oktober- Cape Verde mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak apabila buat pertama kali berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 kali ini.


Dalam aksi kelayakan yang berlangsung pada Selasa, skuad dari benua Afrika itu berjaya menjinakkan Eswatini 3-0 di Estádio Nacional de Cabo Verde.


Kemenangan itu mengesahkan skuad terkenal dengan jolokan Blue Sharks itu sebagai juara Kumpulan D kelayakan zon Afrika sekali gus menyingkirkan pasukan pilihan, Cameroon, untuk menempah tempat ke temasya berprestij dunia itu.


Piala Dunia 2026 kali ini dijadualkan berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.


Negara itu turut mencipta nama di Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) apabila mara ke suku akhir pada penampilan sulung 2013 dan mengulangi pencapaian sama pada 2023.


Kemenangan 1-0 ke atas Cameroon bulan lalu menjadi titik penting dalam perjalanan mereka apabila keputusan itu melonjakkan Cape Verde ke tangga teratas kumpulan dan hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia.


Apa yang lebih menarik, Cape Verde pernah beraksi dalam persahabatan menentang Harimau Malaya beberapa bulan lepas dan mengikat keputusan seri.


Komen


bottom of page