China tangguh import hasil laut Jepun
- Editorial
- 20 Nov
- 1 min membaca

BEIJING - China dilaporkan bakal menangguhkan semula import hasil laut dari negara Jepun sebagai tindak balas terhadap ketegangan diplomatik yang tercetus antara kedua-dua negara tersebut, lapor media Jepun hari ini.
Penyiar NHK dan agensi Kyodo News menyatakan bahawa, larangan itu dikuatkuasa semula oleh China selepas Beijing sebelum ini telah mencabut sekatan terhadap produk laut Jepun awal bulan ini.
Menurut sumber Kyodo, penguatkuasaan larangan tersebut didorong tuntutan daripada Beijing bahawa lebih banyak pemantauan diperlukan terhadap pelepasan air dari loji nuklear Fukushima ke Laut Pasifik.
Langkah berkenaan timbul dalam susur konflik diplomatik yang semakin membara antara Jepun dan China berikutan kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi pada 7 November 2025.
Takaichi menyebut bahawa serangan tentera China terhadap Taiwan yang dituntut Beijing sebagai miliknya mungkin mencetuskan tindak balas ketenteraan Jepun sekiranya keselamatan negara itu terancam.
Kenyataan beliau disambut dengan kecaman keras daripada pegawai dan media rasmi China.-Agensi





Komen