- kumara885
- 23 minit lalu
- 2 min membaca

Ibu Zayn Rayyan disabit bersalah abai anak, dipenjara 5 tahun bermula hari ini
PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula hari ini terhadap ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf.
Hakim Syahliza Warnoh menjatuhkan hukuman itu memerintahkan keputusan itu selepas tertuduh berusia 30 tahun itu disabitkan bersalah atas pertuduhan mengabaikan anaknya berusia lima tahun.
Hukuman itu dijatuhkan setelah hakim mendengar hujah pendakwaan dan juga pembelaan, dan mengarahkan Ismanira menjalani hukuman bermula hari ini.
Dia turut memerintahkan Ismanira menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin, berserta cagaran sebanyak RM3,000, serta menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam.
Syahliza berkata pembelaan wanita berkenaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mahkamah juga mendapati Ismanira telah melakukan pengabaian apabila membiarkan Zayn berjalan di belakangnya tanpa pengawasan, yang akhirnya membawa kepada kehilangannya.
Laungan perlahan “Allahuakbar” kedengaran dari galeri selepas mahkamah menyampaikan keputusan tersebut.
Hakim kemudian meminta prosiding ditangguhkan seketika, sebelum mendengar hujahan daripada timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan peguam Ismanira, Haresh Mahadevan berhubung hukuman.
Ismanira, yang duduk di kandang tertuduh serta suaminya, Zaim Ikhwan Zahari yang berada di galeri, dilihat menangis teresak-esak setelah keputusan menjatuhkan hukuman dibacakan oleh hakim.
Dalam pada itu, suami kepada tertuduh, Zaim secara tiba-tiba mengamuk di mahkamah selepas tidak dapat menerima keputusan mahkamah terhadap isterinya pagi tadi.
“laknat, semua ni akan laknat!” jerit Zaim ketika polis membawa keluar Ismanira keluar dari mahkamah.
“Saya kecewa dengan keputusan hari ini. Semoga semua yang terlibat dalam ketidakadilan dan fitnah terhadap keluarga saya akan menerima balasan Tuhan," dakwanya lagi.





Komen