top of page

Keluarga ' sorok' Schumacher' peluang kembali amat tipis

  • Editorial
  • 21 Nov
  • 1 min membaca
Peluang kemunculan semula Schumacher dalam dunia F1 amat tipis
Peluang kemunculan semula Schumacher dalam dunia F1 amat tipis


RAKAN rapat kepada legenda dunia perlumbaan Formula 1, Michael Schumacher, Richard Hopkins berpendapat bahawa peluang untuk melihat legenda Formula Satu (F1) itu kembali muncul di khalayak ramai adalah amat tipis selepas lebih sedekad insiden kemalangan ski yang mengubah hidupnya pada tahun 2013.


Schumacher juara dunia F1 tujuh kali, telah mengalami hentakan pada batu ketika bercuti bersama anaknya, Mick, di kawasan pergunungan Alps, Perancis, sebelum menjalani dua pembedahan akibat kecederaan otak traumatik.


Sejak beliau kembali sedar daripada koma pada tahun 2014, keluarganya mengekalkan tahap privasi yang ketat, manakala perkembangan mengenai keadaannya terus dirahsiakan.


Difahamkan, ikon Ferrari itu menerima rawatan berterusan di kediaman keluarganya dengan akses lawatan yang sangat terhad kepada beberapa individu tertentu termasuk Jean Todt, Ross Brawn dan Gerhard Berger.


Hopkins, yang pernah mengetuai operasi Red Bull, berkata beliau menghormati pendirian keluarga Schumacher untuk tidak berkongsi maklumat kepada umum.

“Saya tidak dengar sebarang perkembangan baharu. Saya tahu ada doktor peribadi dari Finland yang merawatnya.


Komen


bottom of page