- kumara885
- 15 Okt
- 1 min membaca

BANDAR RAYA MEXICO, 15 Oktober – Lebih 300 penduduk di bahagian tengah dan timur Mexico telah terputus hubungan akibat bencana tanah runtuh dan banjir membawa maut yang berlaku semalam, lapor saluran berita CNN.
Ribuan anggota tentera dan pekerja awam bergegas membuka semula jalan yang terhalang akibat kejadian tersebut.
Kerajaan mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 64 orang terkorban akibat hujan lebat yang berterusan.
Puluhan lagi masih hilang dan pegawai memberi amaran bahawa tahap sebenar kemusnahan di bandar-bandar terpencil yang mempunyai antara 500 hingga 1,000 penduduk masih belum diketahui.
Hujan lebat itu dicetuskan oleh pertembungan dua ribut tropika yang melanda pesisir barat Mexico dan berlaku pada penghujung musim hujan yang luar biasa kuat, menyebabkan sungai melimpah serta cerun tanah menjadi lemah.





Komen