top of page

Ledakan letupan gegar sekolah menengah di Jakarta

  • EDITOR
  • Nov 8
  • 1 min membaca
ledakan gegarkan sekolah menengah di Jakarta
ledakan gegarkan sekolah menengah di Jakarta

JAKARTA – Suasana di Sekolah Menengah Atas Negeri 72 Jakarta, Kelapa Gading, bertukar panik selepas berlaku satu letupan yang dipercayai berpunca daripada bahan peledak di kawasan masjid sekolah itu, pada tengah hari Jumaat.


Insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari waktu tempatan, semasa semua pelajar dan kakitangan berada di pekarangan sekolah tersebut.


Menurut laporan awal, beberapa pelajar dilaporkan mengalami kecederaan ringan hingga sederhana dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.


Pasukan pemusnah bom (Jihandak) bersama anggota Polis Sektor Kelapa Gading bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan serta mengawal kawasan kejadian.


Kawasan sekolah kini dipasang pita keselamatan bagi mengelak sebarang risiko susulan.


Hasil pemeriksaan awal menemukan beberapa objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bahan letupan, namun pihak berkuasa menegaskan bahawa jenis dan sumber sebenar letupan masih dalam siasatan lanjut.


Polis juga sedang meneliti kemungkinan insiden itu mempunyai unsur jenayah, namun menegaskan belum ada kesimpulan dibuat sehingga hasil forensik dan siasatan lengkap diperoleh. - Agensi


Komen


bottom of page