top of page
  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
Diane Keaton. Foto Instagram Keaton
Diane Keaton. Foto Instagram Keaton


LOS ANGELES, 16 Oktober - Bintang legenda Hollywood, Diane Keaton yang terkenal menerusi lakonannya dalam filem blokbuster dunia, The Godfather dan Annie Hall, dilapor meninggal dunia pada usia 79 tahun.


Kematian Keaton disahkan penerbit dan rakannya, Dori Rath, kepada CBS News, iaitu rakan media BBC di Amerika Syarikat (AS), lapor BBC.


Jurucakap keluarga Keaton memberitahu majalah People, bintang legenda tersohor itu menghembuskan nafas terakhir di California, semalam.


Dilahirkan di Los Angeles, mendiang Keaton mula mencipta nama pada era 1970-an menerusi watak Kay Adams-Corleone dalam filem francais The Godfather.


Keaton turut dikenali menerusi filem popular seperti Father of the Bride, First Wives Club dan Annie Hall, iaitu naskhah yang melayakkannya memenangi Anugerah Akademi (Oscar) bagi Pelakon Wanita Terbaik pada 1978.


Komen


bottom of page