Lelaki mati dikelar, dibungkus plastik kerana ludah suspek tuntut hutang wang
- Editorial
- 28 Nov
- 1 min membaca

TANGERANG - Misteri di sebalik penemuan mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh dan dibungkus dalam plastik di sini dalam kejadian pada 14 Novemver lalu akhirnya berjaya dirungkai pihak berkuasa Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri) hari ini.
Siasatan Polri berjaya membawa kepada motif utama mangsa dibunuh dan dibungkus dalam plastik oleh pelaku.
Katanya, jasad mangsa ditemui di Jambatan Tol, Kampung Bunder, Kelurahan Bunder, Kecamatan Cikupa, wilayah Banten, Indonesia.
"Siasatan awal polis mendapati pelaku yang dikenali sebagai SA, 30, membunuh kejam Danu Warta Saputra, 21, dan kerana sakit hati yang mana suspek didapati tidak puas hati kerana diludah Danu ketika dia menuntut hutang berjumlah 500,000 rupiah (RM124).
"Dia (suspek) yang berang bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau dapur ketika dia sedang tidur di dalam rumah sewanya dalam kejadian pada 14 November lalu.
"SA juga menekup muka Danu dengan bantal sehingga mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam karung dan plastik berwarna hitam," kata Kombes Pol, Andi Muhammad Indra Waspada Amirullah pada Jumaat.
Tambah Andi Muhammad lagi, pelaku turut membuang barang bukti berupa pisau di kawasan Pasar Kemis, Tangerang dan melarikan diri dengan menaiki motosikal milik mangsa yang kemudiannya dijual dengan harga 5 juta rupiah (RM1,241).
Malah turut difahamkan bahawa mayat Danu hanya ditemui polis kira-kira empat hari selepas dia dibunuh suspek. - Agensi





Komen