top of page

Lelaki terkejut pemetik api ‘tertinggal’ dalam perut lebih 30 tahun

  • Editorial
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

BEIJING – Seorang lelaki dari kawasan Chengdu, wilayah Sichuan China terkejut besar selepas mendapati pemetik api yang masih berfungsi berada di dalam perutnya.


Lelaki itu dipercayai telah menelan objek itu pada awal 1990-an, lapor laman berita tempatan Oddity Central pada Isnin.


Lelaki yang hanya dikenali sebagai Deng, 67, berkata dia mengalami sakit dan kembung perut sejak sebulan lalu sebelum bergegas ke hospital berhampiran untuk membuat pemeriksaan lanjut.


Selepas melakukan pemeriksaan gastroskopi kecemasan, doktor perubatan mendapati terdapat kuboid pelik, licin dan menghitam yang terhakis oleh asid perut berada jauh di dalam perut Deng.


Apabila ditanya, Deng teringat akan satu kejadian pada awal 1990-an ketika dia mabuk bersama rakan-rakannya, di mana dia menelan pemetik api plastik sebagai menyahut cabaran mereka.


Deng tidak pernah memberitahu keluarganya mengenai kejadian itu dan selalu membayangkan bahawa pemetik api itu telah lama keluar melalui sistem perkumuhannya.


Doktor akhirnya berjaya mengeluarkan pemetik api tersebut dan yang pelik ialah meskipun selongsongnya telah berkarat dan menjadi hitam akibat asid perutia masih mempunyai gas dan berfungsi dengan baik.

 

Mereka menjelaskan bahawa selongsong pemetik api kebiasaannya diperbuat daripada polipropilena atau plastik ABS yang sangat tahan asid, justeru ia mampu menahan hakisan asid perut untuk masa yang lama. – Agensi. 


Komen


bottom of page