top of page

Letupan bom di Delhi: 7 tangkapan, wanita antara 4 Doktor turut diberkas, disiasat NSA

  • Editorial
  • 4 hari lalu
  • 2 min membaca
10 terbunuh manakala 20 cedera dalam letupan bom kereta di New Delhi pada malam Isnin lalu.
10 terbunuh manakala 20 cedera dalam letupan bom kereta di New Delhi pada malam Isnin lalu.

NEW DELHI, INDIA : Polis India telah memulakan siasatan di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Haram (UAPA) selepas letupan kereta jenis Hyundai i20 maut berhampiran Red Fort yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 20 lagi cedera, menurut laporan media tempatan.


Siasatan telah diperhebatkan diketuai oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan atau National Security Agency (NSA) yang diketuai Pengarahnya Ajit Doval.


Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, yang melawat lokasi kejadian serta Hospital Lok Nayak tempat mangsa dibawa, menjanjikan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu, lapor Al Jazeera.


“Kami sedang menyiasat semua kemungkinan dan akan menjalankan siasatan penuh, mengambil kira semua kemungkinan.


"Keputusan siasatan akan disampaikan kepada umum,” kata Amit Shah.


Beliau turut memberi jaminan kepada rakyat India bahawa pihak yang bertanggungjawab di sebalik letupan itu akan diburu sehingga ke lubang cacing dan dihukum tegas demi membela keadilan.


Rentetan insiden itu, kawalan keselamatan telah diperketatkan di beberapa lokasi tumpuan utama awam.


Sempadan negara India juga diletakkan pada kawalan keselamatan tinggi sementara Amit Shah bersama pegawai kanan keselamatan negara telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bertahap tinggi dan serius mengenai insiden itu dan tindakan selanjutnya.


Dalam perkembangan terkini polis khas dan NSA berjaya membuat tangkapan ke atas tujuh orang suspek termasuk 4 orang suspek yang kesemuanya merupakan doktor perubatan termasuk seorang wanita yang disyaki 'mastermind' membantu suspek letupan bom kereta itu yang dipercayai datang dari Jammu Kashmir.


Sementara, ahli keluarga suspek memandu kereta bom itu terdiri daripada ibu bapa sekeluarga turut ditahan oleh NSA dan Polis Delhi untuk membantu siasatan kes tersebut.


Laporan di Delhi turut menyebut bahawa pasukan Polis Khas dari Delhi juga telah memperhebatkan kawalan ketat dan pemantauan menggunakan anjing K9 di semua stesen rel metro di ibu kota itu termasuk lapangan terbang antarabangsa.


Perdana Menteri Narendra Modi yang kini dalam lawatan kerja rasmi ke Bhutan turut menegaskan dalam ucapan rasmi dari negara itu bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku yang bertanggungjawab ke atas letupan tidak berperikemanusiaan itu.-NDTV


Komen


bottom of page