Pelancong Thai ditangkap anjur kelas yoga berunsur seks
- kumara885
- 6 Nov
- 1 min membaca

BANGKOK – Seorang pelancong warga Britain ditangkap di Koh Pha Ngan, Thailand kerana didakwa menganjurkan kelas yoga bertemakan seks di sebuah restoran tempatan, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Polis pelancong menyerbu restoran di Kampung 8, subdaerah Koh Pha Ngan selepas menerima maklumat daripada seorang pengguna Facebook yang melaporkan iklan mempromosikan kelas mingguan ‘Tantra Yoga’.
Risalah promosi itu menjanjikan sesi setiap Selasa dari pukul 4.30 petang hingga 6 petang (waktu tempatan) yang didakwa mengandungi unsur seksual dan mengenakan bayaran 400 baht (RM50) bagi setiap peserta.
Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Maria, 40, ditangkap ketika kelas sedang berlangsung semasa pemeriksaan yang diketuai polis pelancong.
Anggota-anggota polis tiba di lokasi itu dan mendapati dia sedang mengajar sekumpulan warga asing melakukan meditasi duduk serta postur yoga.
Walaupun Maria memiliki pasport dan permit kerja yang sah, dia sebenarnya bekerja sebagai pengurus perhubungan pelanggan di sebuah syarikat pengurusan hotel dan bukan sebagai pengajar yoga.- Agensi





Komen