top of page

Pelumba haram dikejar polis rempuh bar, 6 hilang nyawa dan 11 cedera

  • Editorial
  • 6 hari lalu
  • 1 min membaca
Keadaan kenderaan pelumba haram yang remuk teruk.
Keadaan kenderaan pelumba haram yang remuk teruk.


TAMPA, FLORIDA – Sekurang-kurangnya empat orang meninggal dunia, manakala 11 lagi tercedera selepas kenderaan berlumba haram yang hilang kawalan merempuh sebuah bar di tepi jalan, negeri Florida, lapor akhbar tabloid The Sun UK.


Kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku di bar Bradley, 7th Avenue dalam bandar Tampa semalam.


Pemandu kenderaan yang dikenali sebagai Silas Sampson, 22, didakwa merempuh berpuluh-puluh orang ketika cuba melarikan diri daripada polis kerana kesalahan memandu secara berbahaya.


Menurut Polis Tampa, tiga pelanggan bar itu ditemui mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera.


“Kira-kira 11 orang cedera, dengan salah seorang daripada mereka kritikal,” kata polis.


Kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut dilaporkan merupakan orang dewasa, menurut pihak berkuasa.


Suspek diberkas di tempat kejadian menjelang pukul 1 pagi (waktu tempatan).


“Suspek memandu kenderaan pada kelajuan tinggi sebelum hilang kawalan lalu merempuh lebih 12 orang yang berada di luar bar tersebut,” tambah polis lagi.


Polis sedang menjalanklan siasatan rapi untuk mengenal pasti punca kejadian. – Agensi


Komen


bottom of page