top of page

Pemandu keluarkan pedang selepas berang ditegur potong barisan

  • Editorial
  • 6 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

JAKARTA - Gara-gara tidak puas hati ditegur dengan dibunyikan hon kerana memotong barisan di jalan raya, seorang pemandu yang naik angin bertindak mengeluarkan sebilah pedang dari keretanya sebagai mengancam keselamatan pengguna jalan.


Laman berita Detik melaporkan bahawa kejadian itu berlaku semalam di Pondok Indah, Jakarta Selatan.


Katanya, pemandu kereta jenis Suzuki Karimun itu dipercayai memotong barisan secara agresif ketika mahu masuk ke lorong paling kanan berhampiran Tol Jorr susur keluar Pondok Indah.


Ekoran tindakan pemanduan merbahaya suspek, pemandu kereta di belakangnya yang memuat naik video tersebut kemudian membunyikan hon dan menyalakan lampu tinggi sebagai memberi peringatan kepada suspek.


Namun, pemandu suspek itu segera memberhentikan kenderaannya dan keluar dari kereta sambil memegang sebilah pedang selepas tidak puas hati perbuatannya ditegur.


“Dia datang ke tepi cermin kereta saya dan mengeluarkan kata-kata kesat. Dia kemudian mengeluarkan senjata tajam seperti pedang sambil mangacukannya ke arah kami,” kata perakam video dikenali sebagai @indrawansonny.


Tambah individu tersebut, pemandunya kemudian cuba menghindar, namun lelaki tersebut mengejar kenderaan mereka dan mengetuk cermin kereta.


Bagaimanapun, tidak dijelaskan keadaan mereka selepas kejadian itu dan bagaimana situasi tersebut dapat selesaikan kemudian. - Agensi

Komen


bottom of page