top of page

Petani berpakaian biasa beli kereta mewah curi tumpuan di India

  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
petani berpakaian biasa membeli kereta mewah virai di Internet dalam kejadian di Delhi, India
petani berpakaian biasa membeli kereta mewah virai di Internet dalam kejadian di Delhi, India

NEW DELHI, 17 Oktober – Seorang petani biasa di India menjadi sensasi internet sehingga mencuri tumpuan dunia apabila membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz sambil tampil dengan berpakaian tradisional, lapor portal berita News 18.


Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @zindagi.gulzar.h menunjukkan petani itu datang ke bilik pameran bersama isterinya memakai sari biasa.


Mereka kemudian membuka kain yang disarungkan pada kenderaan Mercedes Benz jenis SUV model G-Wagon yang mana nilai kenderaan mewah itu dianggarkan kira-kira 30 juta rupee India (RM1.44 juta).


Apa yang menarik perhatian adalah petani terbabit hanya berpakaian biasa seperti kurta dan kain selain kelihatan seperti keluarga miskin.


Rakaman tular itu berjaya mencatatkan lebih 653,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga netizen di media sosial.


“Siapa cakap petani miskin?” kata seorang netizen sambil memuji kesungguhan dan kejayaan pasangan petani itu.


Komen


bottom of page