PM baharu Jepun Takashi hasrat jumpa Anwar di ASEAN
- kumara885
- 24 Okt
- 1 min membaca

TOKYO: Perdana Menteri Jepun yang baru dipilih, Sanae Takaichi sedang mengatur untuk membuat penampilan sulung diplomatiknya pada mesyuarat berkaitan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) hujung minggu ini, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan hari ini.
Takaichi, pemimpin wanita pertama Jepun merancang untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Malaysia merangkap Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut sumber, beliau dijangka mengumumkan pemberian peralatan pertahanan kepada Malaysia di bawah rangka kerja Bantuan Keselamatan Rasmi.
Program bantuan keselamatan Jepun dilancarkan pada 2023 untuk menyediakan peralatan pertahanan kepada negara-negara yang sehaluan. Malaysia dipilih sebagai antara penerima awal bersama beberapa negara lain seperti Filipina dan Fiji.
Kerajaan Jepun amat mementingkan hubungan dengan negara-negara di Asia Tenggara, kawasan yang menempatkan laluan laut utama dan strategik serta pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Dengan ketegasan maritim China yang semakin meningkat di Indo-Pasifik, Jepun mahu mempromosikan orde antarabangsa yang bebas dan terbuka berasaskan kedaulatan undang-undang bersama negara-negara ASEAN, menurut sumber itu.





Komen