top of page

Prabowo nafi beliau takut, dipengaruhi Jokowi

  • Editorial
  • 7 Nov 2025
  • 1 min membaca
Prabowo
Prabowo

Prabowo nafi beliau takut, dipengaruhi Jokowi


JAKARTA - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menafikan beliau masih dipengaruhi bekas Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi dalam pemerintahannya, sambil menegaskan bahawa spekulasi itu tidak berasas.


Pemimpin itu turut menolak tuduhan kononnya beliau takut atau masih dikawal oleh Jokowi, sebaliknya menjelaskan hubungan mereka kekal baik sebagai sahabat.


"Pak Jokowi tidak pernah meminta apa-apa daripada saya. Mengapa saya perlu takut kepadanya? Beliau (Jokowi) kawan saya,” katanya ketika berucap di majlis perasmian kilang Lotte Chemical Indonesia di Cilegon, Banten pada Khamis.


Prabowo turut memuji kepimpinan Jokowi selama satu dekad dalam mengurus pertumbuhan ekonomi serta kadar inflasi sepanjang tempoh pentadbirannya.


Menurut beliau, perancangan pembinaan kemudahan pengeluaran petrokimia oleh syarikat Korea Selatan, Lotte Chemical bernilai hampir AS$4 bilion (AS$1=RM4.18) telah bermula ketika era pentadbiran Jokowi.


Sementara itu, beliau turut menegur budaya politik yang disifatkannya sebagai tidak sihat apabila pemimpin sering dikritik ketika tidak berkuasa dan hanya disanjung apabila memegang tampuk pemerintahan.- Agensi


Komen


bottom of page