top of page

Saya lebih terkenal berbanding Donald Trump - Ronaldo

  • BERNAMA
  • 6 hari lalu
  • 1 min membaca
Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

BERLIN - Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo percaya beliau lebih terkenal daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


"Saya rasa di dunia ini, tiada siapa yang lebih terkenal daripada saya,” katanya dalam temu bual bersama Piers Morgan Uncensored di YouTube pada Khamis sambil menyatakan hasrat untuk bertemu Trump kerana "beliau boleh membuat sesuatu berlaku.”


Kapten Portugal berusia 40 tahun itu menambah: "Saya berharap untuk tidak terlalu terkenal. Ia membosankan, percayalah.


"Saya mahu berjaya... tetapi untuk menjadi begitu terkenal bukan sesuatu yang saya mahukan.”


Penampilannya sebelum ini dalam program Piers Morgan dan kenyataan terhadap kelabnya membawa kepada perpindahannya daripada Manchester United pada 2022.


Beliau kemudian menyertai kelab Al Nassr di Arab Saudi dan terus menjaringkan gol secara konsisten.


Ronaldo berkata, cuaca panas di Arab Saudi menjadikan tugas menjaringkan gol jauh lebih sukar daripada yang didakwa pengkritik.


"Bagi saya, lebih mudah menjaringkan gol di Sepanyol berbanding di Arab Saudi,” kata bekas bintang Real Madrid itu. "Liga Arab Saudi jauh lebih baik daripada liga Portugal, dan liga Perancis hanya ada PSG.” - BERNAMA


Komen

Tidak Dapat Memuatkan Komen
Nampaknya ada masalah teknikal. Cuba sambungkan semula atau muat semula halaman.
bottom of page