Syarikat penerbangan dikecam kerana tuntut sijil cuti kepada pramugari meninggal dunia
- kumara885
- 21 Okt
- 1 min membaca

TAIPEI, 20 Oktober – Sebuah syarikat penerbangan Taiwan kini berdepan kecaman hebat selepas dilaporkan menghantar mesej kepada seorang pramugari yang telah meninggal dunia bagi menuntut dokumen pengesahan cuti.
Menurut laporan Formosa News pada 16 Oktober lalu, kejadian itu berlaku apabila pihak syarikat menghantar mesej kepada kru berkenaan pada hari upacara pengebumiannya.
Syarikat tersbut meminta mangsa supaya mengemukakan bukti bagi cuti penjagaan keluarga yang diambil pada 27 September.
Malah mesej berkenaan turut meminta pramugari yang sudah meninggal dunia itu menghantar gambar dokumen berkenaan secepat mungkin.
Mesej itu dihantar walaupun pramugari terbabit telah meninggal dunia beberapa hari sebelumnya ketika menerima rawatan di hospital.
Ahli keluarga yang sedang berkabung difahamkan terkejut dengan mesej tersebut sebelum membalas dengan menghantar sijil kematian dalam bentuk fail PDF bertajuk Death Certificate.pdf kepada pihak syarikat.





Komen