Zohran Mamdani dipilih Datuk Bandar New York
- kumara885
- 6 Nov
- 1 min membaca

NEW YORK: Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York menandakan kemuncak kebangkitan luar biasa oleh ahli politik berhaluan kiri yang sebelum ini kurang dikenali.
Mamdani muncul daripada dunia politik tempatan tanpa nama besar namun berjaya memimpin kempen berprofil tinggi untuk merebut jawatan tertinggi di bandar mega Amerika Syarikat (AS).
Sejak memenangi pemilihan calon Parti Demokrat Jun lalu, warga New York sudah terbiasa melihat wajahnya di kaca televisyen dan beliau adalah orang islam pertama menjawat jawatan itu.
Beliau mengalahkan calon bebas, bekas Gabenor Andrew Cuomo yang mendapat sokongan terbuka Presiden AS, Donald Trump, dan calon Rupeblikan, Curtis Sliwa.
Ahli politik berusia 34 tahun itu dilahirkan di Uganda dalam keluarga berketurunan India dan menetap di AS sejak berusia tujuh tahun, sebelum menjadi warganegara pada 2018.
Beliau adalah anak kepada pengarah filem terkenal Mira Nair ("Monsoon Wedding," "Mississippi Masala") dan Mahmood Mamdani, seorang profesor serta pakar Afrika yang dihormati, menjadikan sesetengah pengkritiknya melabel beliau sebagai "nepo baby" atau anak yang berjaya kerana pengaruh keluarga.
Seperti remaja daripada keluarga liberal elit, beliau mendapat pendidikan di Bronx High School of Science yang berprestij sebelum melanjutkan pelajaran ke Bowdoin College di Maine, sebuah universiti yang dianggap kubu pemikiran progresif.- Agensi





Komen