

Search Results
548 hasil ditemukan dengan carian kosong
- Pempengaruh Taiwan dibunuh: Namwee direman enam hari
Namwee direman enam hari sehingga 10 November depan Pempengaruh Taiwan dibunuh: Namwee direman enam hari KUALA LUMPUR: Polis telah mendapatkan perintah reman selama enam hari terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes pempengaruh wanita Taiwan yang disyaki dibunuh. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Rabu. "Perintah reman ke atasnya (Namewee) dikeluarkan bermula hari ini 5 November hingga 10 November," katanya kepada media hari ini. Terdahulu, Namewee, 42, menyerah diri di IPD Dang Wangi, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsi, 31. Siasatan kes pada awalnya telah diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) sebelum polis pada Isnin mengumumkan ia ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Jika disabitkan bersalah boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun. Mayat wanita terbabit ditemui dalam tab mandi bilik air di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, di sini, 1.40 petang, 22 Oktober lalu.
- Perang undang-undang antara FAM dan FIFA demi pertahan reputasi bolasepak negara
Perang undang-undang antara FAM dan FIFA demi pertahan reputasi bolasepak negara KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan perjuangan undang-undang terhadap keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa sebagai 'Perang Utama" demi mempertahankan reputasi bola sepak negara. Pemangku Presiden FAM Datuk Yusoff Mahadi berkata, FAM akan mempersiapkan segala dokumen yang diperlukan, bukti dan hujah-hujah berfakta sebelum merujuk dan mencabar keputusan FIFA di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kelak. "FAM akan bersiap sedia dengan segala dokumen dan butiran berkaitan kes ini untuk dikemukakan kepada CAS dengan usaha mengenepikan hukuman yang dikenakan oleh FIFA. "Barisan peguam dari luar negara yang dilantik akan menilai dengan penuh teliti segala dokumen dan FAM tidak akan berdiam diri dalam kes ini yang mana kami akan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk menuntut keadilan," katanya sebagai reaksi kepada keputusan FIFA pada Isnin mengekalkan hukuman penggantungan 7 pemain warisan Harimau Malaya tersebut. Beliau juga menekankan bahawa FAM juga tidak akan berganjak atau tunduk dengan keputusan terbaharu FIFA yang dipercayai mempunyai implikasi serius terhadap asa depan bola sepak Malaysia. "Tempoh 21 hari untuk merujuk kes ke CAS tidak akan disia-siakan sebaliknya FAM akan memanfaatkan sepenuhnya peluang itu untuk memastikan setiap aspek diteliti berhati-hati dan serius oleh pasukan pakar undang-undang yang mewakili FAM nanti," tegasnya lagi. Kesemua tujuh pemain yang digantung FIFA atas dakwaan pemalsuan dokumen adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. Pada masa yang sama, Yusoff juga mengakui bahawa perjuangan undang-undang ini akan memakan masa yang lama dan menelan kos tetapi menyatakan kesediaan FAM menanggung beban itu demi melindungi reputasi Malaysia di pentas antarabangsa. "FAM sudah bersedia untuk turun dalam peperangan ini dan sedia menempuh pa jua cabaran mendatang demi menegakkan maruah bola sepak Malaysia," tegasnya lagi.
- Peniaga Durian tertekan, meninggal dunia buah tak laku
Peniaga meninggal dunia akibat tertekan kerana durian tidak laku dijual MELAKA – Seorang peniaga durian sempat meluahkan rasa tertekan dengan perniagaannya yang dikatakan merosot sebelum ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan parkir kenderaan di Plaza Melaka Raya, di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 23 tahun ditemui terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Melaka di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil soal siasat saksi yang juga teman wanita mangsa memberitahu, sebelum kejadian mereka telah keluar makan bersama di sebuah restoran di kawasan Kota Laksamana pada pukul 12 tengah hari. “Saksi memaklumkan bahawa sejak tiga atau empat hari yang lalu, si mati sering mengadu perniagaan duriannya di Bukit Cina merosot dan berasa sedih, malah pada tengah hari tadi dia juga enggan makan dan hanya membungkus makanan untuk dibawa pulang. “Selepas itu, si mati telah memandu kereta jenis Toyota Hilux menuju ke arah tempat kejadian dan setiba di tingkat empat bangunan tersebut dia memberhentikan kenderaan kerana ingin membuang air kecil sebelum terjatuh,” katanya kepada pemberita di sini. Tambah beliau, semakan lanjut mendapati si mati mempunyai tiga rekod lampau melibatkan kes jenayah. “Pasukan forensik dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh meliputi kawasan penemuan mayat si mati serta tingkat empat tempat letak kereta, selain sampel darah turut diambil untuk tujuan siasatan lanjut. “Pemeriksaan pada tubuh badan si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.
- Dendam, hutang lama motif lelaki ditembak 18 das
Dendam, hutang lama motif lelaki ditembak 18 das NARATHIWAT (THAILAND) – Polis tidak menolak kemungkinan dendam dan hutang lama dipercayai menjadi motif seorang warganegara Malaysia ditembak sebanyak 18 das sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Sungai Golok, dekat sini, Sabtu lalu. Jurucakap polis bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih dijalankan selepas suspek utama dalam kejadian itu berjaya diberkas semalam. “Kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut siasatan. Siapa yang hutang siapa masih dalam siasatan. Tetapi kes ini ada kaitan dengan hutang. “Suspek ditahan reman 80 hari untuk membantu siasatan. Dia kini masih ditahan di Balai Polis Sungai Golok sebelum dihantar ke Penjara Pusat Narathiwat untuk tahanan reman,” katanya. Menurut sumber, beberapa saksi kejadian telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian tersebut. Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan terdapat dua suspek dalam kes itu, jurucakap polis berkata, perkara itu masih disiasat. Kosmo! sebelum ini melaporkan, penjaga gol pasukan bola sepak Kelantan FA pada 2019 yang merupakan suspek utama kejadian melepaskan tembakan ke arah seorang rakyat Malaysia sehingga maut di Sungai Golok Malah Suspek tembak di golok itu juga didapati pernah menerima 120 jahitan luka akibat ditetak sebelum ini.
- Penduduk tanam pokok kelapa sawit di tengah jalan
Kelapa Sawit ditanam di tengah jalan rosak di Jakarta JAKARTA – Penduduk di Kotawaringin Timur, wilayah Kalimantan Tengah menanam pokok kelapa sawit di sebatang jalan yang rosak selama lebih satu dekad, lapor laman berita Berita Borneo. Pokok itu ditanam di Jalan Garuda, Desa Bagendang Hilir semalam. Rakaman video kejadian yang dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai menanam anak pokok kelapa sawit di sebuah lopak besar di tengah jalan. Seorang penduduk dikenali sebagai I berkata, perbuatan itu dilakukan selepas warga setempat berasa kecewa dengan pemerintah yang mengabaikan aduan mereka. “Kami sering meminta bantuan daripada penghulu tetapi tiada tindakan. Disebabkan itu, kami menanam kelapa sawit sebagai protes. “Jalan ini menjadi laluan utama kami termasuk pelajar dan pekerja. Jalan ini ditenggelami air dan berlumpur ketika musim hujan, menyebabkan ia sukar dilalui,” kata I.
- Rayer dakwa Muhyiddin khianati kaum India
RAYER Rayer dakwa Muhyiddin khianati kaum India KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mendakwa kerajaan ketika di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merampas kuasa dan melakukan khianat terhadap kaum India. Dakwaan tersebut dibuat Rayer ketika bangun mencelah penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat pada Selasa. Situasi itu secara tidak langsung mencetuskan pertikaman lidah antara ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang. Rayer mendakwa pembangkang selalu membangkitkan isu-isu sekolah Tamil di Dewan Rakyat namun tidak pernah berbincang mengenai isu pembangunan sekolah Tamil termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jeram. "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan dengan lantang bahawa kelmarin kita lihat (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) berkata kerajaan (di bawah Perikatan Nasional) sudah bersedia ke Putrajaya. "Tetapi semasa Pagoh mentadbir sebelum ini, beliau tidak pernah berbincang mengenai SJKT Ladang Jeram. Dia hanya 'merampas kuasa' (dan) melarang kita untuk mengadakan sidang media di Parlimen mengenai isu sekolah Tamil. "Tolonglah Pagoh, jangan tipu kaum India lagi. Sudah cukup," katanya. Susulan itu, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) bangun membangkitkan peraturan mesyuarat 36 (6) yang menyatakan Rayer membuat sangkaan jahat dan boleh mengelirukan Dewan Rakyat.
- Semua MPT Bersatu setuju hentikan kemelut - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin Semua MPT Bersatu setuju hentikan kemelut - Muhyiddin PETALING JAYA – Semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara bersetuju menghentikan kemelut dalaman parti demi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan Bersatu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti itu di sini pada Selasa melibatkan kehadiran hampir semua kepimpinan tertinggi parti. “Kita menghadapi sedikit sebanyak masalah, tetapi hari ini semua bersepakat supaya kita mencari jalan seberapa segera yang mungkin untuk kembali bertaut sebagai satu jamaah yang cukup padu dan kuat,” katanya kepada media pada Selasa. Tambah Muhyiddin, MPT sepakat bahawa sebarang isu atau pertikaian berbangkit sebelum ini perlu segera dihentikan bagi memastikan tumpuan parti kekal kepada kebajikan rakyat serta persiapan menghadapi pilihan raya. “Kami sedar perkara ini perlu diberhentikan. Tidak ada lagi apa-apa yang harus dibangkitkan,” tegas beliau. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pagoh itu turut memberitahu bahawa, Bersatu telah memuktamadkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di Sabah dengan rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS dan Gerakan. Katanya, beliau akan berada di Sabah pada 7 November ini bagi melancarkan jentera pilihan raya PN, sebelum mengumumkan senarai calon pada 11 November. “Hari ini kita putuskan kerusi-kerusi yang kita akan tandingi daripada pihak Bersatu, tetapi rakan-rakan kita PAS dan Gerakan pun akan menyertai sama,” ujarnya.
- Mayat wanita reput dalam pelepah sawit
mAYAT WANITA REPUT dalam pelepah Sawit KUANTAN - Mayat wanita dalam keadaan reput ditemui di bawah longgokan pelepah kelapa sawit di sebuah kebun kelapa sawit di Batu 19, Jalan Karak-Kuala Pilah, Telemong, pada Isnin. Ketua Polis Pahang Komisioner Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu kira-kira jam 5 petang. "Hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati mayat berkenaan ialah seorang wanita, namun identiti mangsa belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. Beliau berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bersama pasukan forensik, Unit Anjing Pengesan dan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut. "Beberapa barangan dipercayai milik wanita itu turut ditemukan berhampiran lokasi, antaranya sehelai seluar sukan berwarna hijau, seutas jam tangan jenama Casio, sepasang selipar hitam serta baju hud berwarna hitam,” katanya. Yahaya berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.
- Polis buru Namwee bantu kes mati pempengaruh Taiwan
Polis buru Namwee bantu kes mati pempengaruh Taiwan KUALA LUMPUR – Polis sedang giat memburu penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan. Namewee, 42, dipercayai menghilangkan diri selepas kes penemuan mayat wanita terbabit diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya yakin bahawa Namewee sudah mengetahui perkembangan laporan siasatan kes berkenaan melalui laporan media rasmi dan media sosial. "Setakat ini kita masih belum dapat mengesannya dan percaya dia sudah menghilangkan diri. "Sebelum ini, kes kematian wanita berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun apabila ia diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia dipercayai menghilangkan diri," katanya ketika dihubungi pada Selasa. Untuk rekod, Seksyen 302 Kanun Keseksaan mewajibkan pihak polis melakukan tangkapan ke atas individu yang disyaki bagi membantu siasatan kes bunuh. Setakat ini, Namewee merupakan individu terakhir yang berada bersama pempengaruh Taiwan, Hsien Yun Hsin, 31, ketika mayatnya ditemui dalam sebuah bilik di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, di sini pada jam 1.40 petang, 22 Oktober lalu.
- Lelaki ditahan rogol remaja perempuan
Lelaki ditahan rogol remaja perempuan GOMBAK - Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Bandar Tasik Puteri di sini. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang juga ibu mangsa berusia 35 tahun berhubung kejadian itu pada jam 8.15 malam, Ahad. “Mangsa dipercayai telah dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. Menurut beliau, susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan suspek berkenaan untuk siasatan lanjut. “Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Gombak, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222," katanya.
- 98 peratus penerima SARA bulanan sudah belanja RM3.66 bilion beli keperluan asas
Amir Hamzah 98 peratus penerima SARA bulanan sudah belanja RM3.66 bilion beli keperluan asas KUALA LUMPUR - Sejumlah RM3.66 bilion telah dibelanjakan oleh 98 peratus penerima bulanan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara bagi membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad sehingga 3 November. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dalam tempoh sama, 100 peratus penerima bantuan itu di negeri Perlis, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kedah telah membuat pembelian keperluan asas melalui SARA. "Bagi penerima penghargaan SARA RM100 pula, lebih 18.3 juta rakyat ataupun 83 peratus berjaya (memanfaatkannya) melibatkan kos RM1.69 bilion. "Kerajaan akan terus pastikan penjimatan hasil tambahan yang diraih susulan pelaksanaan reformasi fiskal negara, mestilah dipulangkan semula kepada rakyat termasuk dalam skop meringankan kos sara hidup,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada Selasa. Amir Hamzah berkata, kerajaan sentiasa memastikan manfaat SARA itu bukan hanya kepada penerima bantuan tetapi turut menyokong peniaga kecil, kedai runcit persendirian dan kedai koperasi. Beliau berkata, setakat 3 November juga, inisiatif itu berjaya melibatkan lebih 8,700 Rakan Niaga SARA termasuk sekitar 2,500 kedai runcit kecil di seluruh negara. "Ini peningkatan besar berbanding 700 Rakan Niaga SARA termasuk 180 kedai runcit kecil pada tahun lepas. Antara koperasi yang menjadi Rakan Niaga SARA termasuklah Coop Mart, Koperasi Penjara Berhad, Koperasi FELCRA dan Koperasi FELDA Sungai Koyan 2,” katanya. - BERNAMA
- Pemain Warisan: Keputusan FIFA berunsur politik, janji juang habis-habisan
TMJ sifatkan keputusan FIFA agenda politik KUALA LUMPUR- Penasihat Pasukan Bolasepak Kebangsaan Harimau Malaya Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim membidas keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia terhadap kes pemalsuan dokumen dan penggantungan tujuh pemain warisan. Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sambil mempertahankan pemain-pemain itu menyifatkan tindakan FIFA sebagai penterjemahan tidak betul terhadap peraturan mereka sendiri. "Badan kawalselia bola sepak dunia itu menggunapakai Article 22 dalam Kod Etika Disiplin. "FIFA terus menghukum pemain dengan menyalahgunakan undang-undang yang mana Article 22 dalam Kod Etika FIFA menyebut bahawa hukuman hanya boleh dilaksanakan terhadap seseorang yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu dan tiada antaranya digunapakai untuk pemain-pemain berkenaan," tulis beliau dalam Instagram beliau. "Erti kata lain, hukuman itu dilaksanakan tanpa asas undang-undang dan jelas kelihatan wujud agenda politik," titah baginda. Baginda juga menegaskan akan terus menyokong pemain Harimau Malaya memandangkan mereka bersiap untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). "Ada yang memilih untuk menuding jari, ada yang memilih untuk membuat bising (komen negatif), manakala saya memilih untuk berdiri teguh dan menyokong perjuangan para pemain warisan kita walau apa sahaja kos (yang diperlukan) hingga ke akhirnya habis-habisan. " Kini kes akan dibawa ke CAS iaitu sebuah badan bebas,” kata Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu," ujar baginda. Dalam kenyataan malam Isnin, FIFAmenolak rayuan FAM dan mengekalkan hukuman ke atas tujuh pemain warisan digantung FIFA selama setahun dan dikenakan denda CHF2,000 (RM11,000), melibatkan Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.







