top of page

Search Results

545 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Pentagon akan bertindak atas Nigeria jika keganasan atas Komuniti Kristian tidak berhenti

    Trump Pentagon akan bertindak atas Nigeria jika keganasan atas Komuniti Kristian tidak berhenti WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan Pentagon untuk bersiap sedia bagi kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Nigeria, susulan dakwaan berterusan mengenai keganasan terhadap komuniti Kristian di negara itu. Dalam satu hantaran di media sosial, Trump menyifatkan insiden yang berlaku sebagai “penyembelihan besar-besaran” terhadap penganut Kristian dan memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan “segera menghentikan semua bantuan dan sokongan kepada Nigeria” sekiranya kerajaan negara itu tidak bertindak segera. “Saya telah mengarahkan Jabatan Perang kita untuk bersiap sedia. Jika kita menyerang, ia akan berlaku dengan pantas, ganas dan tepat — sama seperti cara pengganas menyerang umat Kristian kita yang DIKASIHI!” tulis Trump. Kenyataan itu turut menyebut bahawa AS mungkin akan “masuk ke negara yang telah tercemar itu dengan senjata menyala” bagi menghapuskan sepenuhnya kumpulan pengganas Islam yang didakwa melakukan kekejaman tersebut. Pengumuman itu dibuat sehari selepas Trump menamakan Nigeria sebagai “Country of Particular Concern” (Negara yang Menjadi Perhatian Khas) di bawah Akta Kebebasan Beragama Antarabangsa, dengan alasan bahawa Kristian kini berdepan ancaman kewujudan di negara tersebut. Penamaan itu membolehkan AS mempertimbangkan sekatan terhadap Nigeria, termasuk larangan bantuan bukan kemanusiaan, walaupun ia tidak bermakna sekatan akan dilaksanakan serta-merta. Presiden Nigeria, Bola Ahmed Tinubu dalam kenyataan balasnya menegaskan bahawa dakwaan Trump tidak mencerminkan realiti sebenar di negaranya. “Kebebasan beragama dan toleransi adalah teras kepada identiti nasional kami dan akan terus kekal begitu. Nigeria menolak sebarang bentuk penganiayaan agama dan tidak menggalakkannya,” kata Tinubu. Jurucakap Presiden Nigeria turut menyifatkan kenyataan Trump sebagai “berlebihan” dan menjelaskan bahawa serangan oleh kumpulan ekstremis di Nigeria menyasarkan kedua-dua komuniti Kristian dan Muslim secara rawak. “Apa yang negara kami perlukan daripada Amerika adalah sokongan ketenteraan untuk memerangi pelampau ganas di beberapa negeri, bukannya label sebagai negara yang menjadi perhatian khas,” kata jurucakap Bayo Onanuga. Nigeria telah lama bergelut dengan pelbagai bentuk keganasan termasuk serangan oleh kumpulan ekstremis seperti Boko Haram dan ISIS Wilayah Afrika Barat. Serangan ini sering kali didorong oleh pelbagai faktor termasuk ketegangan agama, perebutan sumber antara petani dan penternak, serta konflik etnik dan komuniti. Walaupun komuniti Kristian turut menjadi sasaran, laporan tempatan menunjukkan bahawa majoriti mangsa serangan adalah Muslim yang tinggal di kawasan majoriti Islam di utara Nigeria. Setakat ini, jurucakap White House dan pejabat Presiden Nigeria belum mengeluarkan kenyataan rasmi susulan arahan Trump kepada Pentagon. - Awani/Agensi

  • 11 lelaki ditahan rusuhan bersenjata di miri

    11 ditahan rusuhan bersenjata di MIri MIRI - Polis berjaya membuat tangkapan ke atas 11 lelaki berumur antara 16 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan bersenjata yang berlaku di kawasan Waterfront Miri awal pagi Isnin. Tangkapan dibuat selepas satu rakaman video berdurasi seminit yang tular menerusi media sosial memaparkan kejadian merusuh yang dikatakan berlaku selepas dua lelaki bergesel bahu. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.05 pagi dan menyebabkan seorang lelaki cedera. "Mangsa dirawat di Hospital Umum Miri dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin. Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut berjaya membuat rampasan pelbagai jenis senjata untuk membantu siasatan lanjut polis. "Kes sedang disiasat di bawah di bawah Seksyen 324/148 Kanun Keseksaan. "Orang ramai juga dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan isu sensitif berkaitan kejadian itu menerusi media sosial. "Mereka yang mempunyai maklumat lanjut, katanya boleh menghubungi talian 085-433730 atau Inspektor Zulaihka Mohd Anuar 010-7975445 untuk membantu siasatan," ujarnya.

  • Lembaga Disiplin Bersatu jadi alat politik dalaman - Wan Saiful

    PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah disalahgunakan sebagai alat untuk menyerang kepimpinan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Menerusi rakaman audio sesi perjumpaan bersama Lembaga Disiplin pada 8 Oktober lalu yang diedarkan, beliau mendedahkan bagaimana perbincangan yang sepatutnya tertumpu kepada aduan terhadap dirinya telah bertukar menjadi medan menuduh dan mempersoalkan kedudukan Hamzah dalam parti. “Rakaman itu bukti jelas bahawa Lembaga Disiplin bukan lagi bebas. Aduan terhadap saya langsung tidak dibincangkan dengan betul, sebaliknya tumpuan diberikan untuk membina persepsi negatif terhadap Timbalan Presiden,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. Wan Saiful turut mendedahkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Radzi Manan bukan sahaja gagal menjaga objektiviti prosiding, malah secara terang-terangan menyebut nama Hamzah dan menuduh Ahli Parlimen Larut mahu menjadi Perdana Menteri. Rakaman tersebut, katanya, turut memaparkan Radzi berkata, “I called Hamzah, kan? He is the Timbalan Presiden and I called him,” selain mendakwa Hamzah sudah mempunyai persefahaman dengan PAS. “Ini bukti wujud agenda tertentu dalam Lembaga Disiplin. Saya telah beberapa kali menegur agar nama Hamzah tidak dikaitkan kerana sesi itu sepatutnya mengenai saya, tetapi jawapannya tetap sama, ‘memang saya nak kaitkan’,” jelasnya. Tambah beliau, proses siasatan juga dijalankan secara tidak profesional apabila ahli panel mengakui prosedur badan itu tidak mengikut model perundangan dan boleh mengambil maklumat dari kedai kopi serta telefon. Lebih mengejutkan, katanya, keputusan pemecatan terhadapnya dikeluarkan dua hari lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan untuk mengemukakan maklum balas. “Dalam sesi itu, saya diberikan tempoh sehingga 15 Oktober, namun surat pemecatan saya dihantar pada 13 Oktober. “Ini membuktikan keputusan sudah dibuat lebih awal dan kemungkinan besar atas arahan individu tertentu,” tegas beliau lagi.

  • BN sudah kenalpasti calon prn sabah

    Zambry Kadir BN sudah kenalpasti calon prn sabah PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) sudah mengenal pasti calon-calon dari parti itu yang akan diketengahkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata, persiapan bagi menghadapi PRN berkenaan juga telah selesai pada peringkat parti, termasuk perbincangan bersama kepimpinan BN Sabah yang mempunyai autonomi tersendiri. "Pada peringkat Barisan Nasional, saya boleh sebutkan bahawa persiapan sudah disiapkan dan kita hanya tunggu masa untuk mengumumkan nama-nama calon. "Insya-ALLAH, kita menjangkakan Yang Amat Berhormat (Pengerusi BN) bersama pimpinan Sabah akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Festival Idea Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin. Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pihaknya dijangka mengumumkan nama calon dan kerusi yang akan ditandingi seminggu sebelum hari penamaan calon. Beliau turut memaklumkan bahawa BN tidak akan bertanding di semua 73 kerusi DUN, sebaliknya akan meneliti kawasan yang akan diberi fokus. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah, manakala penamaan calon pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November. DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

  • FAM terima keputusan FIFA, akan heret ke CAS

    PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, yang menolak rayuan berhubung isu tujuh pemain warisan negara. Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya akan menulis kepada FIFA bagi mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis berhubung keputusan berkenaan, sebelum menentukan langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). "Ini merupakan kali pertama FAM berdepan dengan situasi seperti ini, dan pihak peguam serta pengurusan kami amat terkejut dengan keputusan tersebut. "Walau bagaimanapun, FAM akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa. Kita akan menuntut FIFA megemukakan butiran penuh dan alasan bertulis keputusan yang dikekalkan itu,” katanya.

  • FIFA Tolak rayuan FAM, tujuh pemain kekal digantung

    FIFA Tolak rayuan FAM FIFA Tolak rayuan FAM, tujuh pemain kekal digantung RAYUAN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berhubung kes pemalsuan dokumen ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu kenyataan rasmi, FIFA memaklumkan pihaknya mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mendapati FAM dan tujuh pemain berkenaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC). Susulan keputusan itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) kepada FIFA. Manakala tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Jon Irazábal dan Hector Hevel masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (lebih kurang RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak. Menurut FIFA, keputusan itu dibuat selepas meneliti dokumen rayuan dan mengadakan sesi pendengaran sebelum memutuskan untuk menolak semua rayuan yang dikemukakan. “FAM dan pemain telah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan mempunyai tempoh 10 hari untuk memohon keputusan bersebab. Selepas itu, mereka diberi 21 hari untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS),” kata kenyataan itu. Keputusan tersebut sekali gus mengekalkan hukuman asal yang telah dijatuhkan oleh FIFA sebelum ini.

  • Kematian pengawal keselamatan diklasifikasi bunuh

    kematian Pengawal keselamatan diklasifikasi sebagai bunuh KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan semula kes kematian seorang pengawal keselamatan berusia 54 tahun yang meninggal dunia selepas diserang di luar sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini sebagai kes bunuh. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, siasatan kes tersebut dipinda sebagai bunuh berikutan kematian mangsa. “Fail siasatan telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini. Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjawa minimum 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun jika disabitkan kesalahan. Jelasnya lagi, suspek dalam kes ini yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai penghuni kondominium tersebut dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya (TPR). “Ini kerana kes ini pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. "Namun, setelah mangsa meninggal dunia, kes disemak semula dan diklasifikasikan sebagai membunuh. " fail siasatan awal kes telah disiapkan dan sudah dirujuk kepada TPR tiga hari selepas kejadian dan kini menunggu arahan lanjut mengenai tindakan seterusnya," tegas beliau

  • Tiga lelaki ditahan belasah kanak-kanak dituduh curi powerbank

    Tga lelaki dewasa ditahan selepas mencederakan seorang kanak-kanak atas tuduhan mencuri powerbank di ibu negara KUALA LUMPUR – Gara-gara dituduh mencuri sebuah 'power bank', seorang kanak-kanak lelaki telah tercedera selepas dibelasah beberapa individu dalam kejadian yang berlaku di kawasan medan selera di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dakwaan kononnya mangsa berumur 12 tahun mencuri 'power bank' milik rakan kepada salah seorang suspek. "Rentetan daripada serangan itu, mangsa mengalami luka kecil di bahagian dahi dan mulut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. "Semakan lanjut mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis Setapak 17850/25 dan disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin. Tambah beliau, susulan daripada insiden dan juga laporan itu, tiga lelaki tempatan berusia antara 49 hingga 61 tahun yang disyaki melakukan jenayah tersebut telah berjaya diberkas polis. Katanya, ketiga-tiga suspek itu telah ditangkap di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur untuk membantu siasatan lanjut polis. "Siasatan lanjut sedang diteruskan oleh polis dan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut," tegas beliau.

  • Suspek tetak kepala abang ipar hingga putus direman enam hari

    Lelaki tetak abang iparnya sehingga kepala terputus direman bantu siasatan polis] ALOR SETAR: Seorang lelaki yang ditahan polis kerana disyaki menetak abang iparnya sehingga putus kepala dalam kejadian di kawasan sawah Kampung Pida 3, Jerlun pada Ahad telah direman enam hari sehingga 6 November depan. Permohonan reman terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali, bermula dari Sabtu bagi membantu siasatan lanjut polis dalam kes tersebut. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata suspek tempatan berusia 38 tahun itu telah ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika disabitkan kesalahan. Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah. "Mayat mangsa kini diletakkan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya," katanya ketika dihubungi hari ini. Dalam kejadian pada malam itu, mangsa maut dengan kepalanya putus akibat ditetak adik ipar dalam pergaduhan di kawasan sawah di Kampung Pida 3, dekat sini. Polis yang bergegas ke lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan tetakan di badan mangsa dan kepala yang putus kira-kira satu meter dari badan. Siasatan lanjut termasuk punca dan motif kejadian masih disiasat oleh polis. Selepas dipujuk kira-kira 15 minit, suspek ditahan ketika masih memegang parang berukuran 30 sentimeter panjang di rumahnya yang terletak 30 meter dari lokasi kejadian.

  • Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi perluas kerjasama strategik KL-Riyadh

    Sultan Ibrahim Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi perluas kerjasama strategik KL-Riyadh RIYADH: Lawatan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, ke Arab Saudi bermula Ahad menjadi pemangkin kepada hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi yang semakin kukuh. Ia sekali gus memperluaskan kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, pelaburan serta hal ehwal Islam antara kedua-dua negara. Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, berkata lawatan itu diyakini akan memacu hubungan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi selaras aspirasi bersama untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang. "Lawatan ini memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dan pada masa sama, membuka pintu usaha sama yang baharu. "Kita nampak terdapat potensi untuk syarikat-syarikat Malaysia melabur di Arab Saudi. "Ini kerana ekonomi Arab Saudi berkembang pesat bawah Visi 2030 Arab Saudi bawah kepimpinan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.

  • 10 parah ditikam dalam keretapi di UK

    10 penumpang parah ditikam dalam keretapi di UK LONDON - Seramai 10 orang kini sedang dirawat di beberapa hospital di Britain termasuk sembilan yang cedera parah selepas serangan tikaman di dalam kereta api dari Doncaster ke London King’s Cross lewat Sabtu malam. Menurut berita antarabangsa Anadolu Ajansi, dua individu ditahan selepas beberapa mangsa ditikam dalam kejadian di dalam kereta api berkenaan. Polis Pengangkutan Britain memaklumkan yang pegawai unit antikeganasan sedang membantu siasatan bagi menentukan keadaan serta motif di sebalik serangan. Saksi kejadian memberitahu BBC, seorang lelaki dengan lengan berlumuran darah dilihat berlari melalui gerabak sambil menjerit, "Mereka ada pisau,” manakala seorang lagi saksi melaporkan melihat polis menggunakan senjata renjat terhadap seorang lelaki di platform. Perdana Menteri, Keir Starmer menyifatkan serangan sebagai "amat membimbangkan” dan menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. "Saya amat prihatin dengan semua yang terkesan dan saya ucapkan terima kasih kepada pasukan kecemasan atas tindakan pantas mereka,” katanya di X. Menteri Dalam Negeri, Shabana Mahmood berkata, beliau "amat sedih” mengenai insiden tikaman itu. Saya meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang komen atau spekulasi pada peringkat awal ini,” katanya di X.-Agensi

  • Nga Kor Ming akhir minta maaf kepada wartawan

    Nga Kor Ming IPOH - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada pengamal media susulan kenyataan beliau pada satu program pencahayaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini yang didakwa menyinggung perasaan beberapa pihak dalam kalangan wartawan. Menurutnya , sebagai seorang yang menghormati kebebasan media dan kebebasan bersuara, teguran yang diterima akan dijadikan pengajaran supaya fokus utama dapat dikembalikan kepada usaha membina negara. "Saya menerima dengan hati terbuka segala teguran. Sekiranya ada rakan-rakan media yang terasa atau terkilan dengan kata-kata saya, saya tarik balik dan mohon maaf. "Saya mahu kita semua terus fokus kepada usaha membina semula tanah air tercinta ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Padang Madani Taman Boon Bak di sini. Tambah Kor Ming, sepanjang hampir 30 tahun dalam dunia politik beliau sentiasa menghormati pengamal media yang berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. "Saya tegaskan, mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya amat menghormati media. Jadi, saya berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi dan kita semua boleh terus ‘move on’ untuk memartabatkan negara," katanya. **Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan Kor Ming menjawab dengan nada sedikit keras pertanyaan seorang wakil media berhubung penggunaan bahasa Inggeris pada nama acara berkenaan. Tindakan itu bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm). Dalam perkembangan sama, Kor Ming turut mengumumkan beberapa peruntukan baharu untuk pembangunan di sekitar Ipoh termasuk RM9 juta bagi pembinaan Pasar Baharu Pasir Putih dan RM2 juta bagi projek pencahayaan semula bandar raya melalui inisiatif ‘I Lite U Ipoh’.

bottom of page