top of page

Search Results

548 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Kerajaan akan tambah baik infrastruktur rel, kurangkan kargo atas jalan raya

    Anthony Loke PUTRAJAYA - Kerajaan bakal melaksanakan beberapa penambahbaikan kepada infrastruktur rel negara bagi mengalihkan pengangkutan fret (kargo) dari jalan raya ke rel. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, buat masa ini hanya satu peratus fret di Malaysia diangkut menggunakan mod pengangkutan rel dan kerajaan mensasarkan sekurang-kurang 10 peratus akan diangkut melalui rel dengan penambahbaikan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-13. Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani kesesakan lalu lintas, mengurangkan kadar kemalangan melibatkan kenderaan berat serta menyokong agenda kelestarian alam sekitar negara. "Inisiatif ini menyasarkan untuk mewujudkan satu ekosistem logistik yang lebih cekap, selamat dan mampan… Selain daripada mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama, inisiatif ini juga menjadikan kos menjalankan perniagaan oleh pemain industri logistik semakin kompetitif melalui opsyen yang tersedia. "Pengangkutan rel juga terbukti lebih mesra alam dengan jejak karbon yang lebih rendah berbanding pengangkutan jalan raya,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan di sini baru-baru ini. Bagi merealisasikan inisiatif itu, Loke berkata, antara projek yang akan dilaksanakan termasuk pemanjangan landasan sisian di Terminal Kontena Butterworth Utara, menaik taraf landasan Pasir Mas-Rantau Panjang serta depoh Padang Besar.

  • Bersatu Sepang desak Muhyiddin Yassin letak jawatan

    Bersatu Sepang desak presiden parti Muhyiddin meletakkan jawatan tersebut SEPANG – Beberapa pihak dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berundur daripada kepimpinan tertinggi bagi memulihkan kestabilan dan memperkukuh perpaduan dalaman parti tersebut. Ketua Bahagian Bersatu Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali berkata, gesaan itu bukan sahaja datang daripada beberapa pihak dalam parti, malah turut disuarakan oleh akar umbi dan kepimpinan bahagian yang tidak berpuas hati terhadap cara pengurusan konflik dalaman serta kemerosotan sokongan terhadap Presiden parti itu. “Sekiranya Tan Sri Muhyiddin berundur sekarang, ia akan dianggap sebagai tindakan terhormat serta mencerminkan kepimpinan yang mendahulukan kepentingan parti berbanding kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut beliau, jika Muhyiddin terus mempertahankan jawatan presiden tanpa sokongan majoriti dalam parti itu. Ia dikhuatiri Bersatu akan berdepan perpecahan dan kehilangan kekuatan politik menjelang pilihan raya akan datang, sekali gus menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional (PN). “Gesaan ini bukan didorong oleh kebencian, sebaliknya merupakan peluang terakhir untuk parti melaksanakan penyusunan semula kepimpinan, memperkukuh kepercayaan dalam kalangan ahli serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan Bersatu,” katanya lagi.

  • Bersatu Machang cadang Wan Ahmad Fayhsal dipecat keahlian

    Wan Ahmad Fayhsal KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang mencadangkan agar tindakan lebih tegas diambil terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan memecat keahlian ahli Parlimen itu. Gesaan itu menyusul kerana pemimpin berkenaan didakwa masih mengeluarkan kenyataan yang menyerang presiden parti tersebut. Ketua Bahagian Bersatu Machang, Kamaruddin Ab Kadir berkata, pihaknya berpandangan tindakan tegas itu perlu diambil oleh lembaga disiplin bagi memelihara keharmonian dan maruah parti daripada terus tercalar akibat kenyataan terbuka yang boleh mengelirukan ahli serta rakyat. “Lembaga disiplin wajar mempertimbangkan tindakan pemecatan terhadap Wan Ahmad Fayhsal. “Beliau dilihat terus mengeluarkan kenyataan menyerang Tan Sri Muhyiddin semasa Podcast Zaid Ibrahim walaupun dalam tempoh tindakan penggantungan,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi. Tambah beliau, Bahagian Machang dalam pada itu menyifatkan tuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin bahawa pemilihan parti ‘amat kotor dan jijik’ sebagai satu dakwaan serius dan tidak wajar, apatah lagi datang daripada pemimpin yang pernah menerima peluang dan kepercayaan besar daripada presiden parti. Kamaruddin berkata, pihaknya turut menyeru semua pemimpin dan ahli parti agar menjaga adab serta disiplin dalam berpolitik selain mengelak daripada membuat kenyataan terbuka yang boleh menjejaskan perpaduan dalaman.

  • Op Merpati Khas: 820 individu ditahan, kerugian RM11.6 juta- PDRM

    Bukit Aman KUALA LUMPUR - Seramai 820 individu ditahan dalam Op Merpati Khas 01/2025 yang dijalankan Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian berasaskan e-dagang. Operasi khas yang dijalankan dari 2 hingga 12 September lalu dilancarkan susulan peningkatan ketara kes penipuan e-dagang yang semakin membimbangkan dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Pengarah JSJK Bukit Aman Komisioner Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, operasi berkenaan menyasarkan sindiket penipuan dalam talian termasuk pemilik akaun keldai yang menerima wang hasil penipuan, pencari kad mesin juruwang automatik akaun, pengeluar wang serta pihak yang mengendalikan pusat panggilan penipuan. “Seramai 790 individu merupakan pemilik akaun keladai ditahan manakala 30 individu diberkas dipercayai terlibat secara langsung dalam mengendalikan pusat panggilan bagi aktiviti penipuan e-dagang di pelbagai negeri. “Hasil pelaksanaan operasi ini, sebanyak 660 kertas siasatan dibuka di seluruh negara melibatkan kerugian berjumlah RM11.6 juta,” katanya pada sidang media Semak Mule di Ibu Pejabat JSJK Menara KPJ, Jalan Tun Razak hari ini. Katanya, berdasarkan statistik pihaknya seramai 475 lelaki dan 315 wanita ditahan dalam operasi tersebut. “Daripada jumlah itu, warga tempatan yang ditahan melibatkan 786 orang serta warga asing (empat),” ujarnya. Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jenayah penipuan e-dagang telah mengakibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM54.1 juta melibatkan 4,242 kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. "JSJK akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan dan risikan bagi mengekang aktiviti penipuan dalam talian, khususnya yang memanipulasi akaun keldai untuk menipu pengguna e-dagang di seluruh negara," tegasnya lagi.

  • 1,303 individu ditahan, 270 kertas sisatan berjaya dituduh Bukit Aman

    JSJK Bukit Aman 1,303 individu ditahan, 270 kertas sisatan berjaya dituduh KUALA LUMPUR - Seramai 1,303 individu disyaki terlibat dalam kes penipuan dalam talian berjaya ditahan dalam Operasi Op Mule NSRC 1/2025 yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di seluruh negara baru-baru ini. Operasi yang bermula pada 22 hingga 28 September lalu itu dilancarkan bagi membanteras kegiatan akaun keldai (mule account) yang sering digunakan sindiket jenayah komersial untuk menipu orang ramai. Pengarah JSJK, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Risikan dan Operasi JSJK dengan kerjasama National Scam Response Centre (NSRC) hasil daripada laporan-laporan kes penipuan yang diterima. “Tangkapan tertinggi direkodkan di Sarawak iaitu seramai 272 orang diikuti Sabah (200), Kuala Lumpur (137) dan Selangor (115). “Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 778 kertas siasatan telah dibuka di seluruh negara, dan daripada jumlah itu, 270 kertas siasatan telah berjaya dituduh di mahkamah manakala 312 kertas sisatan masih dalam siasatan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media tentang Semak Mule di Ibu Pejabat JSJK, Bukit Aman, hari ini. Rusdi turut menambah bahawa, operasi bersepadu itu turut memberi tumpuan terhadap ahli sindiket, individu yang meminjamkan akaun bank serta warga asing dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan kewangan dalam talian. “Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta Seksyen 424A, 424B dan 424C Kanun Keseksaan berkaitan pengendalian akaun bank bagi tujuan jenayah. "JSJK juga komited untuk meneruskan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan akaun keldai serta memperkukuh kerjasama dengan NSRC bagi membanteras jenayah penipuan digital yang semakin berleluasa," tegas beliau.

  • Geramm pandang serius ugutan dan penghinan menteri terhadap wartawan

    KUALA LUMPUR - Gerakan Media Merdeka (Geramm) memandang serius insiden melibatkan ugutan dan penghinaan seorang menteri kerajaan Madani terhadap wartawan Utusan Malaysia yang sedang menjalankan tugas, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Sebagai organisasi yang memperjuangkan kebebasan media dan keselamatan wartawan, Geramm menegaskan bahawa wartawan mempunyai hak dan tanggungjawab untuk bertanya terutama kepada ahli politik dan penjawat awam bagi mendapatkan penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi kepentingan awam. "Soalan wartawan bukan serangan peribadi. Ia adalah sebahagian daripada proses semak dan imbang yang menjadi asas kepada demokrasi. Wartawan bertanya bagi pihak masyarakat yang berhak tahu, dan bukan untuk memalukan mana-mana pihak. "Oleh itu, sebarang reaksi marah, ugutan atau penghinaan terhadap wartawan yang sekadar menjalankan tugas adalah tidak beradab dan tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila datang daripada seorang menteri. "Seorang menteri perlu memahami bahawa kebebasan media bukan ancaman, tetapi asas kepada ketelusan pentadbiran. Wartawan tidak perlu dipuji, tetapi juga tidak wajar dijadikan sasaran penghinaan hanya kerana bertanya soalan yang sukar," katanya menerusi kenyataan hari ini. Tambah Geramm lagi, sikap menghina atau mengugut wartawan memberi isyarat buruk kepada masyarakat dan mencipta suasana takut di kalangan pengamal media, yang akhirnya menghakis keberanian untuk bertanya perkara yang benar-benar penting. Geramm turut menyeru semua pemimpin politik dan penjawat awam agar untuk mengamalkan budaya menghormati media dan bersedia menjawab pertanyaan secara terbuka dan profesional. "Jika ada ketidakpuasan terhadap cara soalan dikemukakan, ia boleh dijawab dengan hujah atau penjelasan bukan dengan ugutan, herdikan atau penghinaan. "Apabila seorang wartawan dihina atau diugut kerana bertanya, mesej yang dihantar ialah bahawa soalan kini dianggap salah sedangkan bertanya adalah tugas utama wartawan, dan apabila tugas itu disekat, seluruh masyarakat yang akan rugi. "Geramm menyeru semua pihak khususnya pemimpin kerajaan — untuk bertenang, beradab, dan menghormati wartawan yang bekerja demi kepentingan awam. Kebebasan media bukan musuh kepada kerajaan yang baik sebaliknya ia adalah cermin yang membantu memperbaiki dan mengingatkan bahawa “Wartawan bertanya bukan kerana mahu mencari salah, tetapi kerana rakyat berhak tahu.

  • Lebih 6,000 iklan, kandungan penipuan media sosial dihapuskan - Bukit Aman

    KUALA LUMPUR - Lebih 6,000 kandungan penipuan dalam talian di platform media sosial berjaya diturunkan menerusi hasil tindakan pantas oleh pihak berkuasa sejak 2023 hingga September lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Komisioner Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, tindakan itu berjaya dilaksanakan melalui pemantauan berterusan oleh Unit Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) di bawah Bahagian Siber, Taktikal dan Teknikal JSJK. "PCIRC memantau kandungan dan iklan penipuan secara 24 jam setiap hari. "Sejak tahun 2023 sebanyak 6,184 kandungan telah dikenal pasti dan berjaya diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hasil permohonan yang dibuat oleh PCIRC," katanya. Beliau berkata demikian kepada dalam sidang media tentang isu Semak Mule di Ibu Pejabat JSJK,Jalan Tun Razak pada Khamis. Dalam perkara sama Rusdi juga menambah bahawa daripada jumlah itu penipuan pinjaman mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 4,557 kandungan, manakala penipuan pelaburan merekodkan 1,073 kes serta urusan jual beli dan penyewaan kad mesin juruwang automatik (ATM) (554). Malh katanya, bagi tahun ini sahaja, sebanyak 3,179 kandungan telah diturunkan sejak Januari sehingga September lalu. Rusdi juga menjelaskan bahawa, unit PCIRC bukan sahaja memantau kandungan berunsur jenayah siber, malah turut menganalisis data, menyediakan laporan siasatan dan membuat profil suspek bagi membantu siasatan lanjut. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dan pinjaman di media sosial, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu dengan agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. “Antara taktik biasa digunakan ialah meminta bayaran pendahuluan sebelum ‘pinjaman’ diluluskan. Selepas bayaran dibuat, sindiket akan menghilangkan diri. "Saya mahu mengingatkan orang ramai bahawa meminjam atau menyewakan kad ATM kepada pihak ketiga adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 424 dan 137 Kanun Keseksaan, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat," tegas beliau.

  • 26.5 juta carian dilakukan di portal Semak Mule sejak 2020 - PDRM

    26.5 juta carian dilakukan di portal Semak Mule sejak 2020 KUALA LUMPUR - Portal Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lebih 26.5 juta carian sejak laman itu diperkenalkan pada Oktober 2020 hingga 26 Oktober lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Komisioner Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2.7 juta carian dikesan positif iaitu melibatkan maklumat yang pernah digunakan dalam kes penipuan. “Daripada carian positif itu, sebanyak 2.2 juta pula membabitkan nombor akaun bank, nombor telefon (520,371) dan nama syarikat (5,221),” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media tentang Semak Mule di Ibu Pejabat JSJK,Menara KPJ di Jalan Tun Razak pada Khamis. Tambah Mohd Rusdi lagi, pangkalan data portal Semak Mule kini mengandungi sebanyak 299,531 akaun bank, nombor telefon (233,568) dan nama syarikat (7,867) yang telah dilaporkan kepada polis kerana disyaki digunakan oleh sindiket penipuan. Jelas beliau lagi, portal Semak Mule diwujudkan bagi membantu masyarakat menyemak terlebih dahulu maklumat akaun atau nombor telefon sebelum membuat sebarang transaksi kewangan, sekali gus mencegah mereka daripada menjadi mangsa penipuan. “Melalui platform ini, masyarakat kini mempunyai saluran pantas untuk menilai sama ada sesuatu akaun atau nombor telefon pernah digunakan dalam kes jenayah komersial. "Selain membantu pengguna individu, portal berkenaan turut berperanan menyediakan pangkalan data penipuan yang komprehensif untuk rujukan pihak berkuasa dalam siasatan kes jenayah komersial.

  • PRN Sabah: STAR gesa SPR benarkan undi pos untuk rakyat Sabah di Semenanjung

    PRN Sabah: STAR gesa SPR benarkan undi pos untuk rakyat Sabah di Semenanjung KOTA KINABALU - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperluaskan kemudahan undi pos kepada rakyat Sabah yang menetap dan bekerja di Semenanjung bagi memastikan proses pilihan raya negara lebih adil dan telus. Ketua Penerangan STAR, Anuar Ghani berkata, dasar sedia ada yang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos namun tidak kepada rakyat Sabah di Semenanjung adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi yang adil. "Jika pilihan raya kita mahu dilihat sebagai adil dan telus, maka setiap rakyat Malaysia mesti mempunyai akses mengundi yang sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Menurutnya, tidak wajar rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos namun rakyat Sabah di Semenanjung tidak diberikan hak sama. "Tidak masuk akal bahawa rakyat Malaysia di London, Melbourne atau Singapura boleh mengundi secara pos, manakala rakyat Sabah di Kuala Lumpur, Johor atau Pulau Pinang tidak boleh. Adakah undi mereka kurang penting hanya kerana mereka tinggal dalam sempadan negara kita," katanya. Tegasnya, dasar berkenaan tidak wajar kerana meletakkan garis pemisah antara rakyat Malaysia di luar negara dan rakyat Sabah yang merantau dalam negara, walhal kedua-duanya berhadapan kesukaran yang sama untuk kembali mengundi. "Ini bukan soal keselesaan, ini soal keadilan. Undi pos untuk rakyat Sabah di Semenanjung bukan layanan istimewa, ia merupakan pembaharuan penting untuk memastikan penyertaan sama rata dalam proses demokrasi," katanya. Anuar berkata, isu tersebut turut dibangkitkan Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan di Parlimen yang menyatakan bahawa kira-kira 300,000 pengundi Sabah berada di Semenanjung namun mungkin tidak dapat pulang mengundi kerana kos tiket penerbangan yang tinggi. Tambahnya, langkah itu bukan sahaja dapat meningkatkan peratusan keluar mengundi, malah mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap integriti pilihan raya negara. "Ketelusan bermula dengan penyertaan. Apabila rakyat Sabah diberikan akses mengundi yang sama seperti rakyat Malaysia di luar negara, ia menunjukkan bahawa Malaysia menghargai semua warganya secara sama rata dan serius dalam menegakkan keadilan demokrasi," katanya. elasnya, akses demokrasi yang sama rata menjadi asas kepada perpaduan nasional yang sebenar. "Tiada rakyat Malaysia yang harus dinafikan hak mengundi kerana faktor geografi. Jika kita mahu pilihan raya yang berwibawa dan perpaduan yang tulen, SPR mesti bertindak membetulkan ketidakseimbangan ini," katanya.

  • PSM kini milik akademi sepak takraw terbaik dunia

    PSM kini milik akademi sepak takraw terbaik dunia KUALA LUMPUR – Sukan sepak takraw negara kini beralih ke fasa transformasi untuk memastikan Malaysia terus menjadi peneraju sukan tersebut dengan bermulanya kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Jalan Raja Muda bagi pembangunan Akademi Sepak Takraw Malaysia di Kampung Baru. Projek bernilai RM6 juta yang dijangka siap dalam tempoh tiga bulan itu bukan sahaja bakal menjadi pusat latihan paling lengkap, malah akan muncul sebagai akademi sepak takraw eksklusif pertama di Asia dan mungkin di dunia. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan untuk menaik taraf fasiliti sedia ada adalah langkah strategik bagi mengoptimumkan perbelanjaan dan mengelak pembaziran bagi membina stadium baharu. “Kita tidak berminat membina fasiliti baharu kerana lebih baik menaik taraf bangunan sedia ada. Model ini lebih efisien dan menjimatkan,” katanya selepas menyempurnakan gimik memulakan kerja naik taraf di kompleks sukan itu, hari ini. Projek yang dilaksanakan di atas tanah milik Institut Sukan Negara (ISN) itu akan dipajakkan kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi tempoh pajakan selama tiga tahun dengan pilihan tawaran lanjutan enam tahun (3+3). Menurut Hannah, akademi tersebut bakal dilengkapi pelbagai kemudahan serba moden di bawah satu bumbung, termasuk penginapan atlet, gimnasium, bilik pembelajaran serta gelanggang latihan.

  • 29 Peserta Pesta Gay positif HIV

    29 peserta pesta gay lelaki positif HIV di Jakarta JAKARTA – Seramai 29 daripada 34 lelaki yang ditahan dalam satu pesta gay di Surabaya, wilayah Jawa Timur disahkan positif virus kurang imun (HIV), lapor laman berita Tribunnews. Ketua Pejabat Kesihatan Kota Surabaya, Nanik Sukristina berkata, mereka ditahan di sebuah bilik hotel di Ngagel. “Daripada 34 orang yang menjalani pemeriksaan kesihatan, 29 disahkan positif HIV. Kebanyakan mereka berasal dari luar bandar,” kata Nanik. Tambahnya, Pejabat Kesihatan sedang bekerjasama dengan Polis Kota Surabaya untuk pemantauan perubatan. “Pejabat Kesihatan sedang bekerjasama dengan Polis Kota Surabaya untuk pemantauan perubatan kerana mereka masih dalam siasatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Unit Khidmat Masyarakat Polis Surabaya, Asisten Komisioner Kanan Erika Purwana Putra berkata, ketika serbuan dilakukan pada Sabtu lalu, sebahagian besar lelaki tersebut berada dalam keadaan tanpa seurat benang. Ketua Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Unit Siasatan Jenayah Polis Surabaya, Inspektor Pertama Octo Mamoto pula mendedahkan, setiap peserta pesta gay itu mempunyai peranan masing-masing dalam acara tersebut. “Ada yang menjadi penganjur acara, pembiaya, pentadbir media sosial dan peserta yang mendaftar melalui kumpulan media sosial. “Enam lelaki pula memainkan peranan sebagai wanita dalam melakukan hubungan sejenis,” katanya.

  • Sempat telefon nenek sebelum maut dipatuk ‘king cobra’

    Sempat telefon nenek sebelum maut dipatuk ‘king cobra’ BANGKOK – Seorang lelaki di Bang Sao Thong, wilayah Samut Prakan maut akibat dipatuk ular tedung selar (king cobra) selepas membuat panggilan telefon terakhir kepada neneknya, lapor laman berita Khaosod. Mangsa yang berusia 39 tahun dikenali sebagai Mai. Mayatnya ditemukan di rumahnya sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada 23 Oktober lalu. Penyiasat menemui kesan taring pada pergelangan tangan kiri mangsa dan menganggarkan bahawa dia telah meninggal dunia selama sekurang-kurangnya dua jam. Nenek mangsa, Lek, 74, berkata, cucunya itu ada menghubunginya pada pukul 6.40 pagi (waktu tempatan) dan bertanya soalan aneh kepadanya. “Adakah nenek menyayangi saya?” soal Mai. Lek berkata, selepas menjawab soalan itu, Mai memberitahu bahawa dia dipatuk ular tedung selar. “Dia meminta saya menguruskan beberapa perkara sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepadanya,” kata Lek. Tambah Lek, Mai kemudian berdiam diri di hujung talian sebelum dia menghubungi cucunya yang lain untuk memeriksa keadaan Mai. Polis yang tiba di kediaman Mai menemukan seekor ular tedung bersaiz hampir satu meter panjang di dalam rumah tersebut. Penangkap ular sukarelawan turut dipanggil untuk menangkap reptilia itu dengan selamat. Penyiasat percaya bahawa mangsa yang tinggal bersendirian, berhadapan dengan ular itu selepas ia memasuki rumahnya dan cuba menangkap reptilia itu sendiri.

bottom of page