

Search Results
657 hasil ditemukan dengan carian kosong
- Tiga lelaki ditahan belasah kanak-kanak dituduh curi powerbank
Tga lelaki dewasa ditahan selepas mencederakan seorang kanak-kanak atas tuduhan mencuri powerbank di ibu negara KUALA LUMPUR – Gara-gara dituduh mencuri sebuah 'power bank', seorang kanak-kanak lelaki telah tercedera selepas dibelasah beberapa individu dalam kejadian yang berlaku di kawasan medan selera di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dakwaan kononnya mangsa berumur 12 tahun mencuri 'power bank' milik rakan kepada salah seorang suspek. "Rentetan daripada serangan itu, mangsa mengalami luka kecil di bahagian dahi dan mulut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. "Semakan lanjut mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis Setapak 17850/25 dan disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin. Tambah beliau, susulan daripada insiden dan juga laporan itu, tiga lelaki tempatan berusia antara 49 hingga 61 tahun yang disyaki melakukan jenayah tersebut telah berjaya diberkas polis. Katanya, ketiga-tiga suspek itu telah ditangkap di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur untuk membantu siasatan lanjut polis. "Siasatan lanjut sedang diteruskan oleh polis dan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut," tegas beliau.
- Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi perluas kerjasama strategik KL-Riyadh
Sultan Ibrahim Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi perluas kerjasama strategik KL-Riyadh RIYADH: Lawatan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, ke Arab Saudi bermula Ahad menjadi pemangkin kepada hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi yang semakin kukuh. Ia sekali gus memperluaskan kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, pelaburan serta hal ehwal Islam antara kedua-dua negara. Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, berkata lawatan itu diyakini akan memacu hubungan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi selaras aspirasi bersama untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang. "Lawatan ini memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dan pada masa sama, membuka pintu usaha sama yang baharu. "Kita nampak terdapat potensi untuk syarikat-syarikat Malaysia melabur di Arab Saudi. "Ini kerana ekonomi Arab Saudi berkembang pesat bawah Visi 2030 Arab Saudi bawah kepimpinan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
- 10 parah ditikam dalam keretapi di UK
10 penumpang parah ditikam dalam keretapi di UK LONDON - Seramai 10 orang kini sedang dirawat di beberapa hospital di Britain termasuk sembilan yang cedera parah selepas serangan tikaman di dalam kereta api dari Doncaster ke London King’s Cross lewat Sabtu malam. Menurut berita antarabangsa Anadolu Ajansi, dua individu ditahan selepas beberapa mangsa ditikam dalam kejadian di dalam kereta api berkenaan. Polis Pengangkutan Britain memaklumkan yang pegawai unit antikeganasan sedang membantu siasatan bagi menentukan keadaan serta motif di sebalik serangan. Saksi kejadian memberitahu BBC, seorang lelaki dengan lengan berlumuran darah dilihat berlari melalui gerabak sambil menjerit, "Mereka ada pisau,” manakala seorang lagi saksi melaporkan melihat polis menggunakan senjata renjat terhadap seorang lelaki di platform. Perdana Menteri, Keir Starmer menyifatkan serangan sebagai "amat membimbangkan” dan menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. "Saya amat prihatin dengan semua yang terkesan dan saya ucapkan terima kasih kepada pasukan kecemasan atas tindakan pantas mereka,” katanya di X. Menteri Dalam Negeri, Shabana Mahmood berkata, beliau "amat sedih” mengenai insiden tikaman itu. Saya meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang komen atau spekulasi pada peringkat awal ini,” katanya di X.-Agensi
- Nga Kor Ming akhir minta maaf kepada wartawan
Nga Kor Ming IPOH - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada pengamal media susulan kenyataan beliau pada satu program pencahayaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini yang didakwa menyinggung perasaan beberapa pihak dalam kalangan wartawan. Menurutnya , sebagai seorang yang menghormati kebebasan media dan kebebasan bersuara, teguran yang diterima akan dijadikan pengajaran supaya fokus utama dapat dikembalikan kepada usaha membina negara. "Saya menerima dengan hati terbuka segala teguran. Sekiranya ada rakan-rakan media yang terasa atau terkilan dengan kata-kata saya, saya tarik balik dan mohon maaf. "Saya mahu kita semua terus fokus kepada usaha membina semula tanah air tercinta ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Padang Madani Taman Boon Bak di sini. Tambah Kor Ming, sepanjang hampir 30 tahun dalam dunia politik beliau sentiasa menghormati pengamal media yang berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. "Saya tegaskan, mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya amat menghormati media. Jadi, saya berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi dan kita semua boleh terus ‘move on’ untuk memartabatkan negara," katanya. **Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan Kor Ming menjawab dengan nada sedikit keras pertanyaan seorang wakil media berhubung penggunaan bahasa Inggeris pada nama acara berkenaan. Tindakan itu bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm). Dalam perkembangan sama, Kor Ming turut mengumumkan beberapa peruntukan baharu untuk pembangunan di sekitar Ipoh termasuk RM9 juta bagi pembinaan Pasar Baharu Pasir Putih dan RM2 juta bagi projek pencahayaan semula bandar raya melalui inisiatif ‘I Lite U Ipoh’.
- PRN Sabah: 10,000 anggota polis bertugas kawal keselamatan
Saifudin Nasution Ismail TAWAU - Kira-kira 10,000 anggota polis akan bertugas dalam proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula tarikh penamaan calon pada 15 November hingga hari pengundian 29 November ini berjalan lebih lancar. Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anggota dari Pejabat Polis Kontinjen Sarawak juga akan digerakkan sekiranya terdapat keperluan untuk menambah kekuatan anggota bertugas sepanjang tempoh PRN berlangsung. "Pembekuan semua cuti telah pun kita keluarkan, kecuali cuti yang dibenarkan itu kita semak berdasarkan case-by-case. "Saya telah mendengar taklimat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, mengenai kesiapsiagaan polis mendepani plilhan raya negeri itu kali ini. "Hal ini termasuk dari segi latihan, kesemuanya, terutama yang membabitkan mengawasi perjalanan peti undi, kawasan terpencil, kita telah menjalankan latihan dan simulasi, di samping taklimat bersama agensi lain," katanya. Beliau dalam perkembangan sama menagih kerjasama semua parti politik bertanding agar membantu melancarkan perjalanan PRN kali ini. Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa parti-parti politik bertanding di PRN negeri Sabah kali ini akan berkempen secara berhemah demi kesuburan demokrasi politik dan proses mengundi oleh rakyat negeri tersebut terjamin.
- Hamzah perlu campur tangan redakan keadaan dalam Bersatu
Hamzah Zainuddin IPOH – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin didesak agar memainkan peranan lebih aktif bagi meredakan ketegangan yang melanda dalam parti tersebut ketika ini. Ketua Bersatu Bahagian Taiping Kader Maidin Hussain berkata, gesaan itu dibuat susulan kenyataan-kenyataan terbuka beberapa pemimpin yang didakwa boleh menjejaskan imej parti tersebut jika dibiarkan tanpa sebarang langkah penyelesaian segera. Jelasnya, sebagai orang nombor dua dalam parti, Hamzah berperanan penting untuk memastikan perpaduan dan kestabilan dalam kalangan kepimpinan serta ahli Bersatu sentiasa terpelihara. “Beliau (Hamzah) pernah menyebut bahawa beliau adalah penyokong nombor satu presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin), maka sepatutnya beliau menegur dan menghentikan pengikut-pengikutnya daripada terus mengeluarkan kenyataan yang merosakkan imej parti serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti. “Kalau pemimpin-pemimpin parti benar-benar sayangkan parti, mereka mesti menunjukkan kesetiaan kepada kepimpinan dan menjaga perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Ahad. Tambah Kader Maidin lagi, semua pihak perlu memberi kepercayaan penuh kepada kepimpinan parti, Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan untuk menguruskan sebarang isu dalaman termasuk pelanggaran perlembagaan serta disiplin parti. Dalam perkembangan sama, beliau turut menegur tindakan dua pemimpin parti yang dikenakan tindakan disiplin sebelum ini iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang didakwa sering menggunakan nama Pas untuk mempertahankan tindakan mereka. “Lebih pelik, mereka bercakap seolah-olah jurucakap Pas. Ini tindakan sangat tidak wajar dan boleh menjejaskan hubungan baik antara Bersatu dan Pas dalam Perikatan Nasional. “Wajar juga ada penjelasan daripada Pas sendiri berhubung dakwaan kedua-dua pemimpin tersebut dengan kadar segera sebelum situasi bertambah buruk. "Semua pemimpin dan ahli perlu menunjukkan kesetiaan kepada kepimpinan parti di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama menjaga perpaduan demi maruah dan kekuatan Bersatu," tegas beliau.
- Bekas pemain Kelantan FA suspek diburu kes tembak di Sungai Golok
bekas pemain Kelantan FA suspek diburu kes tembak di Sungai Golok baru-baru ini KOTA BHARU - Bekas pemain Kelantan FA tahun 2019 telah disahkan sebagai salah seorang suspek yang terlibat dalam kes jenayah tembakan terhadap rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand pada Sabtu lepas. Maklumat itu telah disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Komisioner Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi di sini. Mohd Yusoff memberitahu, susulan kejadian tersebut polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi membantu pihak berkuasa memburu suspek tersebut. “Kita tidak menolak kemungkinan bahawa suspek mungkin sudah melarikan diri ke negara ini,” katanya. Tambah beliau, setakat ini polis Kelantan masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung kejadian tersebut. Untuk rekod pada tahun 2019, suspek yang beraksi di posisi penjaga gol pernah bermain bersama pasukan Kelantan FA. Sebelum itu, suspek turut mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand bersama pasukan Yala United FC dan PT Prachuap FC. Media pada Ahad melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Mangsa yang dikenalpasti identitinya sebagai Mohd Fuad Fahmie yang berasal dari Kampung Kepas Apam, di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali di hadapan isterinya yang sarat mengandung. Ibu Allahyarham, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, beliau dimaklumkan mengenai kematian anaknya oleh menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35.
- Saifuddin Abdullah dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini
Saifuddin Abdullah KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dipanggil oleh Lembaga Disiplin Bersatu untuk membantu siasatan dalaman parti berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saifuddin memaklumkan bahawa beliau akan bertemu Lembaga Disiplin pada jam 2 petang Khamis ini, 6 November 2025. Proses siasatan bersama Lembaga Disiplin itu akan diadakan di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya. "Pada kira-kira jam 1.52 petang Ahad, saya telah menerima notis untuk saya menghadiri sesi perjumpaan Bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Lembaga Disiplin pada 6 November jam 4.30 petang di Petaling Jaya. "Oleh kerana pada tarikh itu, di sebelah malamnya saya ada program di luar Kuala Lumpur, saya minta sesi itu diawalkan dan Lembaga Disiplin bersetuju ditukar ke 2 petang," katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Ahad. Saifuddin dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli masing-masing digugurkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang dan Perlis pada 27 Oktober 2025. Pada Khamis lalu, tiga Ketua Bahagian Bersatu dipanggil Lembaga Disiplin untuk siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional. Ketua Bersatu Bahagian Ipoh Timur, Mohd Fadhli Ismail yang mengesahkan perkara itu menyatakan mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Mohd Suhaimi Ghazali; serta Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustafa. Pada pertengahan Oktober, Lembaga Disiplin Bersatu memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Pada masa sama, tiga ketua bahagian Bersatu turut dipecat iaitu Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang) serta Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).
- Kembali ke UMNO: KJ minta tempoh beberapa minggu untuk beri jawapan
Khairy Jamaluddin SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta diberikan tempoh masa selama beberapa minggu sebelum bersedia menjawab mengenai hasratnya untuk menyertai semula parti berkenaan. Beliau berkata, tempoh itu diperlukan selepas menerima banyak pertanyaan bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara tersebut. “Ramai yang telah menghantar mesej bertanya apa yang sedang berlaku? Beri saya beberapa minggu sebelum saya bersedia untuk menjawab,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagram pada Ahad. Dalam hantaran sama, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan turut menyertakan laporan media yang memetik kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Bung Moktar berkata, Khairy seharusnya kekal komited kepada UMNO sekiranya membuat keputusan untuk kembali menyertai parti itu dan tidak meninggalkan parti berkenaan sekali lagi. Khairy turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan UMNO, sebaliknya dipecat oleh kepimpinan parti. “Sementara itu, ada beberapa pihak yang memberi komen tentang berita tersebut, biar saya jelaskan, saya tidak pernah meninggalkan UMNO, kalian yang memecat saya. Tolong jangan cuba mengubah sejarah. “Bukti banyak di internet, jangan buta huruf sangat,” katanya lagi.
- Pekebun lelaki ditikam depan rumah angkara dendam
KUANTAN – Gara-gara tidak puas hati dilaporkan kepada polis mengenai pengambilan bahan terlarang, seorang lelaki bertindak menikam seorang pekebun lelaki kenalan sendiri di bahagian perut sebagai membalas dendam dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sri Damai, Jalan Gambang di sini, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pekebun cedera selepas ditikam menggunakan pisau sepanjang kira-kira lima inci di hadapan rumahnya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun datang ke rumah mangsa dan memanggilnya keluar sebelum berlaku pertengkaran. “Suspek dikatakan meminta mangsa mengikutnya dengan alasan ada rakan yang mahu berjumpa, namun mangsa enggan. “Suspek kemudian secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dari belakang seluar dan menikam perut mangsa sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad. Beliau berkata, akibat tikaman tersebut mangsa mengalami luka di bahagian perut dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dalam keadaan stabil. Tambah Ashari lagi, suspek yang tidak bekerja berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian oleh sepasukan anggota Balai Polis Jaya Gading. “Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada dendam apabila mangsa didakwa pernah membuat laporan kepada polis berkaitan kegiatan penyalahgunaan bahan terlarang oleh suspek,” katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata tajam.
- Anak Ronaldo miliki kereta mewah pertama
ANAK sulung kepada bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo nampaknya mewarisi minat bapanya terhadap kereta mewah apabila sudah memiliki kenderaan pertama pada usia 15 tahun. Cristiano Ronaldo Jr. mendedahkan perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya yang memaparkan sebuah Lamborghini Urus S berwarna putih, sekali gus menarik perhatian ramai peminat di media sosial. Berbeza dengan bapanya yang memiliki Audi S3 sebagai kereta pertama ketika bersama Manchester United dahulu, pilihan Ronaldo Jr. jauh lebih mewah dan berprestij. Difahamkan, model tersebut bukan keluaran baharu kerana versi 2025 tampil dengan beberapa perubahan kosmetik yang tidak terdapat pada kenderaan milik Ronaldo Jr. Malah, ada kemungkinan besar kereta itu merupakan salah satu koleksi milik Ronaldo sendiri yang dihadiahkan kepada anaknya. Untuk rekod, model Lamborghini Urus S dianggarkan berharga sekitar €265,000 (kira-kira RM1.28 juta) ketika dilancarkan tiga tahun lalu. Kenderaan berkuasa tinggi itu dilengkapi enjin V8 turbo 650 kuasa kuda, mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam dalam masa hanya 3.5 saat, dan mencapai kelajuan maksimum 305 kilometer sejam. Namun, Cristiano Ronaldo Jr. masih belum boleh memandunya secara rasmi kerana usia minimum untuk memandu di Arab Saudi ialah 18 tahun. Bagaimanapun, dia dijangka boleh mula belajar memandu pada usia 17 tahun melalui lesen percubaan (learner’s license) yang diperuntukkan di negara itu, dengan syarat perlu berada di bawah pengawasan orang dewasa.
- Keputusan rayuan FAM 7 pemain warisan mungkin Isnin atau Selasa
KUALA LUMPUR - Keputusan rayuan hukuman oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan yang digantung dijangka mengambil sedikit masa lagi sebelum diumumkan. Perkembangan terbaharu itu didedahkan oleh media pasukan Velez Sarsfield, Sabado Velez iaitu kelab yang diwakili salah seorang pemain warisan negara, Imanol Machuca. Menurut kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram Sabado Velez berkenaan, sesi pendengaran rayuan telah berlangsung pada Khamis lalu dan pihak pembelaan bagi Machuca mengemukakan hujah mereka di hadapan FIFA. “Keputusan muktamad dijangka diumumkan antara Isnin dan Selasa minggu hadapan,” menurut kenyataan itu. Pihak yang rapat dengan pemain Velez berkenaan turut dilaporkan optimis terhadap hasil rayuan tersebut. “Semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya. Sebelum ini, keputusan rayuan itu dijadualkan diumumkan pada Khamis lalu, namun tiada sebarang kenyataan daripada FIFA mahupun FAM mengenai rayuan tersebut. FAM serta tujuh pemain warisan negara dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.










