top of page


DUNIA


Wanita kecewa ' teman lelaki' dicintai 4 tahun rupanya wanita
JAKARTA - Seorang wanita yang menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya terkilan dan kecewa selepas mendapat tahu teman lelaki yang dicintainya selama ini rupa-rupanya seorang wanita yang berwatakan lelaki, lapor laman berita Wolipop. Wanita dikenali sebagai Milla itu berkata, dia dan pasangannya menjalin hubungan dari November 2021 hingga 1 November lalu. Menurutnya, selama empat tahun, dia tidak pernah mengesyaki perkara itu kerana bekas kekasihnya bersikap sama seperti lel
Editorial
5 hari lalu1 min membaca


Lelaki terkejut pemetik api ‘tertinggal’ dalam perut lebih 30 tahun
BEIJING – Seorang lelaki dari kawasan Chengdu, wilayah Sichuan China terkejut besar selepas mendapati pemetik api yang masih berfungsi berada di dalam perutnya. Lelaki itu dipercayai telah menelan objek itu pada awal 1990-an, lapor laman berita tempatan Oddity Central pada Isnin. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Deng, 67, berkata dia mengalami sakit dan kembung perut sejak sebulan lalu sebelum bergegas ke hospital berhampiran untuk membuat pemeriksaan lanjut. Selepas melaku
Editorial
5 hari lalu1 min membaca


Pemandu keluarkan pedang selepas berang ditegur potong barisan
JAKARTA - Gara-gara tidak puas hati ditegur dengan dibunyikan hon kerana memotong barisan di jalan raya, seorang pemandu yang naik angin bertindak mengeluarkan sebilah pedang dari keretanya sebagai mengancam keselamatan pengguna jalan. Laman berita Detik melaporkan bahawa kejadian itu berlaku semalam di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Katanya, pemandu kereta jenis Suzuki Karimun itu dipercayai memotong barisan secara agresif ketika mahu masuk ke lorong paling kanan berhampiran
Editorial
6 hari lalu1 min membaca


Tanah runtuh Sumatera Barat: Kenderaan dinaiki warga Malaysia dihanyutkan
PUTRAJAYA - Seorang rakyat Malaysia dan warga Indonesia yang menaiki kereta telah dilaporkan hilang dihanyutkan oleh bencana tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat pada 27 November lalu. Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan melaporkan mengesahkan laporan tersebut dalam perkembangan terkini kehilangan warga malaysia itu. Menurut Wisma Putera lagi, maklumat awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa, Asrul Nizam Apridwson, 30, bersama tuj
Editorial
6 hari lalu1 min membaca


Trump beri amaran, desak Maduro letak jawatan
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan mengeluarkan amaran keras kepada diktator Venezuela, Nicolas Maduro melalui panggilan telefon, lapor portal berita New York Post semalam. Trump menerusi amaran itu mengarahkan Maduro untuk meletakkan jawatannya dan berundur atau bersedia berdepan akibat yang buruk ketika ketegangan meningkat antara Caracas dengan Washington. Menurut portal berita Miami Herald yang memetik sumber, dalam satu panggilan telefon
Editorial
6 hari lalu1 min membaca


Arsenal gagal tewaskan 10 pemain Chelsea di Stamford Bridge
IMPIAN The Gunners untuk memalukan Chelsea dan pulang dengan tiga mata penuh di Stamford Bridge bagaimanapun berkecai apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi. the Gunners yang turun dengan keyakinan tinggi terpaksa mengikat seri dengan pasukan the Blues yang beraksi dengan 10 pemain selepas perancang utama pasukan tuan rumah Moises Caicedo dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama akibat kekasarannya terh
Editorial
7 hari lalu1 min membaca


Lelaki diserang beruang dalam tandas awam di Tokyo
MAEBASHI (Jepun) - Seorang lelaki melalui nasib agak malang dan menyedihkan ketika hendak membuang air apabila diserang seekor beruang di dalam tandas awam di sini. Insiden itu dilaporkan berlaku berhampiran stesen kereta api di Wilayah Gunma, barat laut Tokyo, pada awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo hari ini. Pengawal keselamatan berusia 69 tahun itu memberitahu polis yang dia menyedari kehadiran beruang itu yang menjenguk ke dalam tandas ketika dia hendak keluar da
Editorial
29 Nov1 min membaca


Ibu campak bayi dari tingkat 11 Pangsapuri
TAIPEI – Seorang wanita telah ditahan oleh polis selepas didapati melakukan kesalahan dengan mencampakkan bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Taiwan, lapor portal berita Must Share News. Siasatan awal polis di Taiwan mendedahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Xia, 22, melahirkan seorang bayi lelaki sihat pada 28 November 2024. Xia didakwa wanita itu membalut bayi tersebut dengan selimut lalu diletakkan di tingkap sebelum menolakny
Editorial
29 Nov1 min membaca


Lelaki mati dikelar, dibungkus plastik kerana ludah suspek tuntut hutang wang
TANGERANG - Misteri di sebalik penemuan mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh dan dibungkus dalam plastik di sini dalam kejadian pada 14 Novemver lalu akhirnya berjaya dirungkai pihak berkuasa Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri) hari ini. Siasatan Polri berjaya membawa kepada motif utama mangsa dibunuh dan dibungkus dalam plastik oleh pelaku. Katanya, jasad mangsa ditemui di Jambatan Tol, Kampung Bunder, Kelurahan Bunder, Kecamatan Cikupa, wilayah Banten, Indones
Editorial
28 Nov1 min membaca


Kura-kura Galapagos tertua Zoo San Diego, Gramma mati pada usia 141 tahun
SAN DIEGO – Setelah lebih satu abad menikmati makanan kegemaran seperti salad romaine dan buah kaktus, penghuni tertua di Zoo San Diego, iaitu kura-kura Galapagos yang diberi nama Gramma akhirnya meninggal dunia pada 20 November lalu. Gramma dilahirkan di habitat asalnya dan dianggarkan berusia kira-kira 141 tahun. Gramma dikatakan menjadi salah satu haiwan tertua di dunia yang diketahui pernah hidup di zoo. Tarikh tepat ketibaannya di Zoo San Diego tidak dapat dipastikan nam
EDITOR
28 Nov1 min membaca


Liga Juara-juara: Liverpool dimalukan lagi di Anfield
NASIB kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool terus bertambah parah apabila dimalukan lagi di tempat sendiri Anfield dalam pada awal pagi Khamis apabila mereka dilanyak 1-4 oleh PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL). Keputusan itu sekali gus merekodkan kekalahan pertama the Kops di Anfield dalam 14 perlawanan peringkat kumpulan kejohanan elit Eropah tersebut. Couhaib Driouech menjadi pemangkin utama kemenangan PSV dengan dua jaringan, manakala Ivan Perisic me
kumara885
28 Nov1 min membaca


Ketua sindiket jenayah seks dalam talian dipenjara seumur hidup
SEOUL - Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap ketua sindiket jenayah seks melalui Telegram kerana mengeksploitasi secara seksual 261 individu, termasuk kanak-kanak bawah umur, selama hampir lima tahun, lapor Agensi Berita Yonhap. Kim Nok-wan, 33, didakwa mengendalikan dan bekerja untuk sindiket jenayah yang dikenali sebagai "The Vigilantes”, menghasilkan dan mengedar video eksploitasi seksual, memaksa penggunaan video ya
BERNAMA
27 Nov1 min membaca


Pangsapuri Hong Kong terbakar: 44 maut, 3 diberkas polis
HONG KONG: Kebakaran besar yang masih marak di sebuah kompleks pangsapuri penduduk di Hong Kong telah mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang dan hampir 300 orang lagi masih dikhuatiri hilang. Api dipercayai merebak pantas akibat penggunaan perancah buluh yang tidak selamat serta bahan pelapik yang digunakan dalam kerja penyelenggaraan, menurut polis. Anggota bomba dan penyelamat yang sedang bertugas sepanjang malam bergelut untuk mencapai tingkat atas kompleks perumahan Wan
Editorial
27 Nov1 min membaca


Jam poket emas pasangan Titanic terjual pada harga £1.78 juta
LONDON - Sebuah jam poket emas milik pasangan warga emas yang lemas ketika tragedi tenggelamnya Titanic berjaya dijual pada harga £1.78 juta (AS$2.3 juta) dalam satu acara lelongan, lapor PA Media/dpa. Jurulelong berkata, harga itu merupakan jumlah tertinggi pernah dibayar bagi "memorabilia Titanic". Rekod sebelum ini dicatatkan tahun lalu apabila sebuah lagi jam poket emas yang dihadiahkan kepada kapten bot yang menyelamatkan lebih 700 penumpang terjual pada harga £1.56 juta
Editorial
27 Nov1 min membaca


Pelancong bawa balik 14 kg batu kerikil unik dipulangkan selepas 10 tahun
Bawa balik 14 kg batu kerikil kerana unik, pulang semula selepas 10 tahun HANOI – Seorang pelancong yang mengambil 14 kilogram batu kerikil dari Pulau Co To, Vietnam sejak sedekad lalu memulangkannya semula bersama sepucuk surat permohonan maaf. Jabatan Kebudayaan dan Maklumat Co To memaklumkan, bungkusan itu diterima pada 17 November lalu dan turut mengandungi sumbangan 100,000 dong (lebih kurang RM15.68). Pelancong berkenaan, Vu Nguyen mengambil batu berkenaan dari Pantai M
Editorial
26 Nov1 min membaca


Cinta tiga segi: Lelaki tembak mati kawan rapat demi perempuan
Cinta tiga segi: Lelaki tembak mati kawan rapat kerana perempuan UTTAR PRADESH - Bahana cinta tiga segi, seorang lelaki sanggup membunuh rakan sejati sendiri demi seorang wanita yang dicintainya. Insiden yang berlaku di kawasan Adarsh Nagar yang terletak di bandaraya Aligarh itu telah mencetuskan panik dan kejutan dalam kalangan penduduk tempatan kata polis tempatan pada Selasa. Siasatan awal polis mendedahkan bahawa kedua-dua suspek dan mangsa jatuh cinta pada wanita yang sa
EDITOR
26 Nov1 min membaca


Bayar RM135 dan buru hantu dalam penjara paling seram
LONDON – Sebuah bekas penjara di Somerset, Britain menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menyertai lawatan memburu hantu di dalam bangunan tersebut pada harga kurang daripada £25 (RM135) seorang, lapor laman berita Devon Live. Penjara Shepton Mallet yang wujud sejak abad ke-17 berfungsi sebagai pusat pemulihan selama hampir 400 tahun dan kini dikenali sebagai salah satu penjara paling berhantu di dunia. Ia kini menawarkan orang awam sesi lawatan memburu hantu sepanjang
Editorial
26 Nov1 min membaca


Wanita dalam keranda ditemui masih hidup sebelum upacara pembakaran mayat
NONTHABURI – Ajaib tetapi benar! Kakitangan di sebuah kuil di Thailand panik dan gempar selepas seorang wanita meninggal dunia yang dibawa untuk upacara pembakaran mayat tiba-tiba didapati masih hidup selepas kedengaran bunyi ketukan dari dalam keranda tersebut. Kejadian mengejutkan itu berlaku di Wat Rat Prakhong Tham, sebuah kuil Buddha yang terletak di wilayah Nonthaburi, berhampiran ibu kota Bangkok. Pengurus hal ehwal umum dan kewangan kuil, Pairat Soodthoop berkata, wan
Editorial
25 Nov2 min membaca


Gol gunting Ronaldo tambah koleksi gol ke-955 karier
Gol gunting dijaringkan Ronaldo menambah koleksi gol karier ke-955 setakat ini. BINTANG sensasi bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sekali lagi membuktikan bahawa usianya hanyalah angka apabila meledakkan gol hasil jaringan akrobatik luar biasa, sekali gus membantu Al-Nassr membelasah Al Khaleej 4-1 dalam aksi Liga Pro Saudi pada Isnin. Kapten Portugal berusia 40 tahun itu menyambut hantaran lintang dari sayap kanan dengan melakukan sepakan gunting deras yang tidak memberi se
S.KUMARA
24 Nov1 min membaca


Lelaki hilang 45 tahun kembali kepada keluarga selepas ingatan pulih
SHIMLA – Seorang lelaki dari daerah Sirmaur, Himachal Pradesh yang hilang selama 45 tahun akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya selepas mengalami hentakan kepala baharu yang memulihkan ingatannya semula. Kisah meruntun jiwa itu bermula pada tahun 1980 apabila Rikhi yang ketika itu berusia 16 tahun hilang selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam satu insiden nahas jalan raya semasa bekerja di sebuah hotel di Yamunanagar, Haryana. Akibat daripada hentakan kuat itu,
EDITOR
23 Nov2 min membaca
bottom of page