top of page


SUKAN


Chong Wei ketuai Jawatankuasa Prestasi BAM
PETALING JAYA – Legenda badminton tanah air, Datuk Seri Lee Chong Wei dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi pelan pembangunan jangka panjang, Tangkis 2030. Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd. Aziz mengumumkan pelantikan itu selepas mendapat persetujuan sebulat suara pada Mesyuarat Ahli Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini. Beliau berkata, selain Chong Wei, beberapa lagi individu turut dilantik
kumara885
19 Okt1 min membaca


BAM sasar dua emas di Sukan SEA Thailand
PETALING JAYA –  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mensasarkan dua pingat emas yang menjadi sandaran skuad badminton negara menjelang temasya Sukan SEA Thailand 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 20 Disember depan. Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya sasaran itu realistik berdasarkan senarai pemain yang akan dibawa nanti. Katanya, sektor beregu campuran dan beregu wanita menunjukkan prestasi yang cukup stabil keti
kumara885
19 Okt1 min membaca


FIFA akan tentukan nasib FAM 30 Oktober ini
PETALING JAYA, 18 Oktober – Tarikh keputusan berhubung rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap kes hukuman penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas 7 pemain warisan Harimau Malaya bakal diketahui pada 30 Oktober ini. Peguam sukan yang dilantik FAM Serge Vittoz berkata mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media khas yang diadakan FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya pada Jumaat. Katanya, rayuan rasmi sudah difailkan oleh 
kumara885
18 Okt1 min membaca


Harimau Malaya lonjak ke tangga 118 dalam ranking FIFA
Harimau Malaya lonjak ke tangga ke-118 ranking FIFA. Harimau Malaya lonjak ke tangga 118 ranking dunia FIFA PETALING JAYA, 18 Oktober – Aksi memberangsangkan skuad Harimau Malaya sehingga mencipta rekod tanpa kalah di peringkat antarabangsa pada tahun ini berjaya membantu pasukan itu melonjak lima anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-118 dalam senarai terkini ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam kemaskini terbaharu ranking FIFA
kumara885
18 Okt1 min membaca


Setiausaha Agung Datuk Noor Azman digantung oleh FAM
Datuk Noor Azman digantung tugas berkuatkuasa serta merta oleh FAM. Foto Kredit FAM  KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan berani apabila menggantung tugas Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman berkuatkuasa serta-merta. Tindakan itu menyusul ekoran siasatan membabitkan FIFA berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya. Tindakan tegas itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S.Sivasundram yang memaklumkan 
kumara885
17 Okt1 min membaca


FAM adakan Sidang Media Khas hari ini
FAM akan mengadakan sidang media khas pada bila bila masa hari ini. KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan satu sidang media khas di Wisma FAM, petang Jumaat. Jemputan media untuk ke sidang media khas itu hanya dikongsi pada petang Khamis sekali gus memberi bayangan ada satu pengumuman besar bakal dibuat oleh pengurusan tertinggi persatuan tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada sidang media khas berkenaan berkaitan deng
kumara885
17 Okt1 min membaca


Pengendali Kelantan TRW Elavarasan direhatkan serta merta
Elavarasan direhatkan serta merta KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Pengendali Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) E. Elavarasan tekah direhatkan serta-merta. Sinar Harian memetik sumber rapat melaporkan, tindakan itu susulan prestasi tidak menentu yang direkokan Kelantan TRW semasa di bawah kendalian jurulatih berkenaan. "Bagi menggantikan Elavarasan, pengurusan sepakat memilih bekas pengendali Pulau Pinang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai pengganti," katanya. Menurut sumber
kumara885
17 Okt1 min membaca


Jepun julung kali tewaskan Brazil dalam aksi persehabatan
TOKYO, 15 Oktober - Jepun bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menundukkan Brazil 3-2 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Ajinomoto dekat sini malam tadi. Brazil terlebih dahulu melakukan asakan bertali arus ke gawang tuan rumah dan berhasil memecahkan kebuntuan pada minit ke-26 apabila Paulo Henrique menemui lorongan Casemiro sebelum meledakkan rembatan rendah ke jaring Jepun. Gabriel Martinelli kemudian menggandakan kelebihan itu sebelum menuju ke bi
kumara885
15 Okt1 min membaca


Terbuka Denmark: Hon Jian-Muhammad Haikal tewas kepada gandingan hebat China
KUALA LUMPUR 15 Oktober- Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri tewas kepada pasangan handalan China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 di Odense pada Selasa. Pasangan tidak disenaraikan itu tewas selepas berjuang tiga set dengan keputusan 19-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit selama 53 minit kepada pilihan kelima kejohanan yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Jyske
kumara885
15 Okt1 min membaca


18 atlet negara akan duduki SPM selepas cabaran sukan SEA Thailand
Hannah Yeoh SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan memberi jaminan bahawa seramai 18 atlet negara yang menggalas cabaran di Sukan SEA Thailand tidak akan terlepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti. Kesemua atlet berkenaan akan mengambil peperiksaan itu sejurus selepas berakhirnya temasya dwitahunan tersebut. Temasya Sukan SEA Thailand edisi ke-33 tersebut akan membuka tirai dari 9 hingga 20 Disember ini manakala peperiksaan SPM dijadualkan bermula lebih
kumara885
15 Okt1 min membaca


Piala Asia 2027: Harimau Malaya lanyak Laos, bakal naik ke tangga 117 dunia FIFA
Harimau Malaya berjaya menewaskan Laos dalam aksi keempat Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 semalam. Piala Asia 2027: Harimau Malaya lanyak Laos di Bukit Jalil KUALA LUMPUR - Pasukan kebangsaan Harimau Malaya menepati ramalan apabila berjaya membelasah lawannya Laos dalam aksi keempat Kumpulan F, pusingan kelayakan Piala Asia 2027 malam tadi. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad kebangsaan yang turun tanpa tujuh tonggak utama pemain 
kumara885
15 Okt2 min membaca


Ranking Harimau Malaya lonjak jika jinakkan Laos malam ini
Harimau Malaya bakal lonjak ke tangga 118 dunia FIFA jika menundukkan Laos di Bukit Jalil malam Selasa.Fo to Kredit:FAM KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk penonton kaca televisyen di rumah pada malam ini akan tertumpu kepada skuad bola sepak Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil. Skuad kendalian Peter Cklamovski bakal bertemu menentang pasukan Laos dalam aksi keempat Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 tanpa tujuh pemain 
kumara885
15 Okt1 min membaca


Cape Verde cipta sejarah layak ke Piala Dunia 2026
Pasukan Kebangsaan Cape Verde cipta sejarah layak ke Piala Dunia 2026 kali ini. Fo to:FB Cape Verde PRAIA, 14 Oktober- Cape Verde mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak apabila buat pertama kali berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 kali ini. Dalam aksi kelayakan yang berlangsung pada Selasa, skuad dari benua Afrika itu berjaya menjinakkan Eswatini 3-0 di Estádio Nacional de Cabo Verde. Kemenangan itu mengesahkan skuad terkenal dengan jolokan Blue Sharks itu seb
kumara885
14 Okt1 min membaca


Ratu bergu negara Pearly-Thinaah juarai Badminton Terbuka Artik 2025
Pearly Tan-Thinaah berjaya menebus kekecewaan selaku naib juara edisi 2024 apabila julang kejuaraan Badminton Terbuka Artik 2025 di...
kumara885
13 Okt1 min membaca
bottom of page