top of page

Search Results

654 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Cape Verde cipta sejarah layak ke Piala Dunia 2026

    Pasukan Kebangsaan Cape Verde cipta sejarah layak ke Piala Dunia 2026 kali ini. Fo to:FB Cape Verde PRAIA, 14 Oktober- Cape Verde mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak apabila buat pertama kali berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 kali ini. Dalam aksi kelayakan yang berlangsung pada Selasa, skuad dari benua Afrika itu berjaya menjinakkan Eswatini 3-0 di Estádio Nacional de Cabo Verde. Kemenangan itu mengesahkan skuad terkenal dengan jolokan Blue Sharks itu sebagai juara Kumpulan D kelayakan zon Afrika sekali gus menyingkirkan pasukan pilihan, Cameroon, untuk menempah tempat ke temasya berprestij dunia itu. Piala Dunia 2026 kali ini dijadualkan berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Negara itu turut mencipta nama di Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) apabila mara ke suku akhir pada penampilan sulung 2013 dan mengulangi pencapaian sama pada 2023. Kemenangan 1-0 ke atas Cameroon bulan lalu menjadi titik penting dalam perjalanan mereka apabila keputusan itu melonjakkan Cape Verde ke tangga teratas kumpulan dan hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia. Apa yang lebih menarik, Cape Verde pernah beraksi dalam persahabatan menentang Harimau Malaya beberapa bulan lepas dan mengikat keputusan seri.

  • UPM kesal,mohon maaf dalam isu kendalian anjing liar

    Universiti Putra Malaysia, Serdang SERDANG, 14 Oktober- Universiti Putra Malaysia (UPM) pada hari ini menyatakan kekesalan mereka serta memohon maaf terhadap insiden pengendalian anjing liar dalam kawasan kampus yang kemudian tular di media sosial sehingga mencetuskan kritikan awam, baru-baru ini. UPM menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius isu berkaitan pengendalian anjing liar di dalam kawasan kampus universiti tersebut. "UPM menzahirkan rasa kekesalan dan memohon maaf atas insiden pengendalian anjing liar yang dilaporkan berlaku pada penghujung tahun lalu di dalam kawasan kampus. "Universiti ini menghargai keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan haiwan dan menegaskan komitmen untuk memastikan setiap tindakan pengurusan haiwan liar dilaksanakan secara berhemah, beretika dan mematuhi peraturan semasa," katanya.

  • Pelajar perempuan maut ditikam pelajar lelaki di sekolah

    Pelajar perempuan mati ditikam pelajar lelaki di sekolah di Petaling Jaya pada Selasa PETALING JAYA, 14 Oktober - Seorang pelajar perempuan yang menuntut di Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di daerah ini meninggal dunia selepas disyaki ditikam oleh seorang pelajar lelaki sekolah sama pada Selasa. Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi tadi, yang mana suspek merupakan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau sebelum melakukan jenayah tersebut. Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain. Pihak polis ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut. Dijangkakan maklumat penuh berhubung kejadian itu akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam masa terdekat.

  • Pengawal keselamatan wanita mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual murid sekolah

    Mahkamah Seremban. Gambar hiasan SEREMBAN, 14 Oktober- Seorang pengawal keselamatan wanita dan teman lelakinya diheret ke Mahkamah Sesyen pada hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Rembau minggu lalu. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh Muahmad Mohd Mohtar, 25, dan Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim N Kanageswari sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa. Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa yang merupakan murid Tahun Tiga di dalam tandas perempuan sekolah tersebut. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi pada 7 Oktober lalu. Mereka menghadapi pertuduhan itu di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Nor Aleeya diwakili peguam, Norfazrin Jamal, manakala Muahmad tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan. Mahkamah turut menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

  • PM setuju PDRM ambil tindakan pihak kibar bendera Israel, papar tulisan Hebrew

    Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari i ini menegaskan bahawa tindakan perlu diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab mengibarkan bendera Israel dalam satu program yang dijalankan di Kelantan baru-baru ini. Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak berkaitan, Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan bahawa pihak berkuasa polis wajar bertindak dalam perkara tersebut. Malah katanya, tindakan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda tular selepas dilihat menampal pelekat tulisan Hebrew di kenderaannya sebelum ini terbukti menyinggung perasaan rakyat dan bertentangan dasar negara, yang kemudian disusuli tindakan daripada pihak polis. "Jadi (kalau ikut) dasar negara, termasuk (kibar) bendera (Israel) walaupun apa matlamatnya, itu adalah salah dan saya setuju supaya polis diarah mengambil tindakan yang sewajarnya. "Mana ada negara di dunia ini, seperti mana dijajah? Orang yang angkat bendera 'Union Flag' itu kita anggap pengkhianat, sama juga dengan apa yang berlaku soal bendera (Israel). "Walaupun apa alasan yang diberikan, saya setuju supaya tindakan diambil supaya menjadi pengajaran. Jangan (dibenarkan) berlaku," katanya. Anwar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada Waktu Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.

  • Bersatu pecat Wan Saiful, gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal

    Wan Saiful dipecat keahlian dari Parti Bersatu KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan, susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti. Malah, seorang lagi pemimpin parti itu iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula telah digantung hak keahliannya bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu. Kenyataan rasmi Lembaga Disiplin Bersatu pada Selasa memaklumkan bahawa, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap beberapa individu yang didakwa melanggar peruntukan perlembagaan dan tatakelakuan ahli. "Rentetan aduan itu, sesi pendengaran telah diadakan oleh Bersatu pada 8 Oktober 2025, dan tindakan disiplin diambil berdasarkan siasatan menyeluruh serta selaras dengan Fasal 9.1.4 dan Kod Etika & Tatakelakuan Ahli. Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat oleh parti terbabit iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi. Lembaga Disiplin menegaskan bahawa semua keputusan dibuat secara bebas, telus dan adil tanpa campur tangan pihak luar. Ahli yang dikenakan tindakan berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari. “Lembaga Disiplin menyeru semua ahli agar terus mematuhi perlembagaan dan kod etika demi menjaga integriti serta nama baik parti,” tegas kenyataan itu lagi.

  • 10,600 rakyat bermanfaat rebat beli motoikal elektrik bawah Skim MARiiCas

    Tengku Zafrul KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Seramai 10,600 rakyat Malaysia telah bermanfaat menerusi rebat pembelian motosikal elektrik dengan menerima RM2,400 seorang di bawah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) sehingga 8 Oktober lalu. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, skim MARiiCas yang diumumkan di bawah Belanjawan 2024 dan dilanjutkan pelaksanaannya hingga 2025 itu, disasarkan kepada warganegara Malaysia berpendapatan tahunan bawah RM120,000, termasuk pelajar dan pesara yang memiliki lesen motosikal sah (B, B1 atau B2). Katanya, program berkenaan menyasarkan seramai 12,155 penerima manfaat dengan peruntukan keseluruhan RM29.17 juta. "Setakat ini, pelaksanaan program sudah mencapai 87.2 peratus daripada sasaran, membabitkan peruntukan RM26.09 juta," katanya di Parlimen. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini sebagai menjawab soalan Pang Hok Liong (PH–Labis) yang meminta penjelasan mengenai jumlah subsidi yang sudah disalurkan oleh kerajaan mengikut tahun dan model kenderaan elektrik serta isu pemohon berdaftar MARiiCas yang gagal menuntut subsidi walaupun pendaftaran dan kod QR masih sah. Tambah Tengku Zafrul, peningkatan sambutan terhadap skim tersebut dalam kalangan rakyat amat memberangsangkan. Justeru katanya, kerajaan di bawah Kementerian Kewangan kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk melanjutkan pelaksanaannya di bawah Belanjawan 2026. "Bagi tahun 2024, sebanyak 19 model motosikal elektrik sudah ditawarkan kepada 3,582 pemohon berjaya, manakala bagi tahun 2025 (sehingga 1 September), sebanyak 28 model ditawarkan kepada 7,018 pemohon, menunjukkan peningkatan hampir 100 peratus. "Mengenai pemohon yang gagal menuntut rebat walaupun berdaftar dan mempunyai kod QR sah, perkara itu berlaku kerana individu berkenaan tidak memenuhi syarat kelayakan, termasuk had pendapatan tahunan dan pemilikan lesen motosikal yang sah," tegas Tengku Zafrul lagi.

  • Polis masih siasat lelaki mengamuk bawa pisau pemotong daging

    Polis siasat lelaki mengamuk guna pisau pemotong daging. SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat motif kejadian seorang lelaki mengamuk dan cuba menyerang orang awam dengan pisau pemotong daging di Taman Jasa Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor petang, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, suspek berusia 25 tahun yang ditahan itu bekerja sebagai pekerja am. "Punca suspek mengamuk sama ada dia ada masalah kesihatan masih disiasat. Siasatan setakat ini mendapati dia tidak terbabit dalam kes samun," katanya ketika dihubungi. Pada masa sama, Azaharudin menjelaskan senjata tajam yang dibawa suspek berasal dari dapur rumah yang didudukinya. Beliau berkata, anggota polis mengambil masa selama kira-kira 20 hingga 25 minit untuk memberkas suspek. Sebelum ini, dilaporkan seorang lelaki tempatan mengamuk dan mahu menyerang orang awam dengan membawa pisau pemotong daging berjaya ditahan polis. Polis melepaskan satu das tembakan amaran sebelum berjaya menahan suspek tersebut. Suspek kini direman selama enam hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

  • PRN Sabah: SPR adakan mesyuarat khas Khamis ini

    SPR akan bermesyuarat Khamis ini menentukan tarikh PRN Sabah KOTA KINABALU:  Mesyuarat khas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini pada Khamis ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu Nota Kepada Pengarang hari ini memaklumkan mesyuarat berkenaan akan bermula pada pukul 10 pagi, diikuti sidang media yang dijadual berlangsung pada 11 pagi. "Semua wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan majlis ini," menurut kenyataan itu. Pada 5 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah Ke-17.- BERNAMA

  • Media Tamil perlu main peranan jadi suara komuniti - Teo

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih @ HAWANA sempena sambutan Deepavali di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR, 13 Oktober -  Media Tamil perlu memainkan peranan penting sebagai jambatan budaya dan suara utama komuniti India di negara ini, menurut Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching hari ini. Beliau berkata, media Tamil perlu sentiasa diberi peluang, sokongan dan latihan yang sewajarnya supaya mereka dapat terus berkarya selain menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara. Jelas beliau, pengamal media Tamil boleh mengikuti pelbagai kursus dan latihan antaranya anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) seperti Bengkel Asas Berlakon, yang terbuka kepada orang awam khususnya kepada komuniti India, dari 3 hingga 7 Mac lepas. "Kursus ini memberi peluang kepada 30 peserta untuk mendalami asas seni lakonan, membina keyakinan diri serta membuka ruang kepada bakat baharu," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA Sempena Sambutan Deepavali 2025 di Wisma Bernama di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 Arul Rajoo Durar Raj. Selain itu, beliau berkata isu ketiadaan Bahasa Tamil pada Welcome Wall di Menara Kuala Lumpur mendapat perhatian masyarakat India serta media tempatan awal September lepas, dan ia berjaya diselesaikan dengan segera. "Apabila isu ketiadaan Bahasa Tamil menjadi tular, saya segera menghubungi pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur agar bukan sahaja memasukkan Bahasa Tamil tetapi turut menambah baik paparan dengan memasukkan Bahasa Kadazan dan Iban," katanya sambil menambah kini 24 bahasa dipaparkan bagi mencerminkan semangat kepelbagaian di Malaysia. Teo turut merakamkan penghargaan Kementerian Komunikasi terhadap jasa pengamal media yang berperanan di balik tabir penyampaian maklumat dan berita.-BERNAMA

  • Sekurang-kurangnya 42 maut dalam nahas bas di Afrika Selatan

    Sekurang-kurangnya 42 maut dalam nahas bas di Afrika Selatan ISTANBUL:  Sekurang-kurangnya 42 orang maut dalam nahas bas di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, lapor Anadolu Ajansi (AA)  memetik media tempatan pada Isnin. Menurut Kementerian Pengangkutan yang dipetik penyiar tempatan SABC , mangsa terdiri daripada 18 wanita, 17 lelaki dan tujuh kanak-kanak. Lebih 30 penumpang dimasukkan ke hospital selepas bas yang membawa warga Malawi dan Zimbabwe itu hilang kawalan, bergolek menuruni tebing dan berhenti dalam keadaan terbalik pada Ahad. Usaha menyelamat masih dijalankan awal Isnin kerana sebahagian penumpang dipercayai masih terperangkap di dalam bas, manakala jalan berkenaan masih ditutup.- BERNAMA

  • Pesara tentera ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM405,000 jual aset PVATM

    Bekas tentera ditahan SPRM di Pulau Pinang GEORGE TOWN, 13 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini telah menahan seorang pesara tentera selepas disyaki menerima rasuah berjumlah RM405,000 daripada seorang pemilik syarikat. Menurut sumber, wang rasuah itu diterima sebagai balasan untuk menjual aset persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Suspek seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan sekitar jam 10 pagi Isnin selepas hadir memberikan keterangan membantu siasatan di pejabat SPRM Pulau Pinang. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar tahun 2015 yang mana suspek ketika itu memegang jawatan Ketua Penerangan PVATM. "Suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM405,000 daripada penjualan aset PVATM iaitu lima unit pangsapuri yang terletak sekitar Pulau Pinang. "Suspek juga disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya dan kita berjaya mengesan sebanyak 12 transaksi membabitkan akaun tersebut," ujarnya. Dalam pada itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek. Kata beliau, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. Jelasnya lagi, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Rabu depan.

bottom of page