top of page


NATIONAL


Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan menyambut Deepavali
YDPA dan Raja Permaisuri Agong zahir selamat menyambut Deepavali kepada kaum Hindu di Malaysia KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu di negara ini. Ucapan Seri Paduka Baginda berdua dikongsikan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. "Semoga perayaan Deepavali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


KPWKM Rangka Pelan Hala Tuju Kesuburan Negara
KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang giat merangka Pelan Hala Tuju Kesuburan Negara yang bakal menjadi panduan dasar utama bagi memperkukuh ekosistem mesra keluarga dan menyokong kelestarian kesuburan penduduk. Ia merupakan langkah dalam menangani isu penurunan kadar kesuburan nasional yang kini berada di bawah paras penggantian, kata Menterinya Yang Be
kumara885
19 Okt 20252 min membaca


Seramai 4,518 Pegawai Perubatan Kontrak Ditawarkan Lantikan Tetap
KUALA LUMPUR,19 Oktober- Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa sehingga 30 September 2025, seramai 4,518 pegawai perubatan kontrak telah ditawarkan lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Menteri Kesihatan Yang Berhormat Dato Seri Haji Dr. Dzulkefly Bin Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 1,316 orang atau 29 peratus pegawai perubatan kontrak telah bersetuju menerima tawaran lantikan tetap bagi mengisi kekosongan di Sabah dan
kumara885
19 Okt 20252 min membaca


Little India Brickfields meriah digempur 'shopping' Deepavali
Suasana Deepavali di Little India Brickields KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Dengan berbaki kurang 48 jam untuk masyarakat Hindu di negara ini bakal menyambut perayaan Deepavali 20 Oktober ini di serata dunia, pusat bandar raya iaitu Brickfields Little India bertambah meriah kali ini. Masyarakat India memanfaatkan peluang hujung minggu sejak Jumaat untuk turun berbelanja raya sebagai persiapan akhir menyambut pesta cahaya yang menjadi simbol menghapuskan kegelapan membawa cahaya h
kumara885
19 Okt 20252 min membaca


17 wanita warga India dipaksa jadi pekerja seks diselamatkan
Datuk Kumar KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Jamin kerja pembantu rumah sebelum paksa melacur! Taktik jijik satu sindiket pemerdagangan manusia yang memujuk tujuh wanita warga India dengan menjanjikan kerja pembantu rumah sebelum mengurung dan memaksa mereka menjadi pekerja pemuas nafsu seks akhirnya dilumpuhkan pihak berkuasa. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner Datuk M.Kumar berkata pada 30 September lalu jam lebih kurang 1 pagi, B Antipemerdagangan Orang dan
kumara885
19 Okt 20252 min membaca


Prabakaran, Punithan harap Malaysiatoday jadi wadah berita tepat, neutral
Prabakaran, Punithan harap Malaysia Today jadi wadah berita tepat, neutral KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Ahli Parlimen Batu Prabakaran meluahkan harapannya agar portal berita baharu malaysiatoday.com.my yang dilancarkan secara rasmi kepada rakyat pada hari ini menjadi wadah baharu yang menyampaikan berita berfakta dan tepat kepada rakyat jelata negara ini. Berucap di majlis pelancaran portal tersebut di pekarangan tempat letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, waki
kumara885
18 Okt 20252 min membaca


Sambut Deepavali: dengar kemeriahan bunyi mercun takpe, jangan bunyi ambulans - Prabakaran
YB Prabakaran (dua dari kanan) bersama Presiden MIPP P.Punithan (sebelah Prabakaran) semasa meninjau bazaar Deepavali di parkir kereta B Stadium Nasional Bukit Jalil anjuran Agenda Suria Communications selepas pelancaran portal baharu malaysiatoday petang 18 Oktober 2025. KUALA LUMPUR - Kurang 48 jam lagi hampir 2 juta kaum India di negara ini bakal menyambut pesta cahaya iaitu Deepavali pada Isnin 20 Oktober ini. Ahli Parlimen Batu, Yang Berhormat Prabakaran mengambil kesem
kumara885
18 Okt 20251 min membaca


KPWKM Bangunkan Pelan Tindakan OKU yang Baharu
KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang membangunkan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) yang baharu sebagai kesinambungan kepada PTOKU 2016-2022. Menterinya Yang Berhormat Dato Sri Hajah Nancy binti Shukri berkata, sehingga 30 September lalu KPWKM telah melaksanakan sesi perbincangan bersama OKU, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili OKU, Anggota Lantikan (Individu) Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) sert
kumara885
18 Okt 20252 min membaca


PDRM Sedia Manfaatkan AI Sebagai Instrumen Utama Cegah Jenayah Bandar
Saifuddin Nasution Ismail KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai instrumen utama pencegahan jenayah di bandar. Menteri Dalam Negeri Yang Berhormat Senator Dato Seri Haji Saifuddin Nasution Bin Ismail berkata, AI berupaya meningkatkan keberkesanan operasi melalui analisis data, ramalan corak jenayah (predictive policing) dan penugasan strategik anggota di kawasan panas. "Antara faedah AI dalam penc
kumara885
18 Okt 20252 min membaca


Dr. Mohd. Zin Dipilih Pengerusi Pengakap Rantau Asia Pasifik
Mohd Zin dipilih sebagai Pengerusi Pengakap Rantau Asia Pasifik semasa persidangan Pengakap di Taiwan yang sedang berlangsung sekarang. Photo:Persekutuan Pengakap Malaysia KAOHSIUNG, TAIWAN, 18 Oktober – Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Datuk Profesor Dr. Mohd. Zin bin Bidin telah dipilih sebagai Pengerusi Pengakap Rantau Asia Pasifik yang baharu. Pengumuman tersebut dibuat semasa Persidangan Pengakap Asia Pasifik ke-28 yang kini sedang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan. B
kumara885
18 Okt 20252 min membaca


Dato’ Mohd. Zin Gariskan 10 Keutamaan Strategik Pengakap Asia-Pasifik
Mohd Zin bergambar bersama delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia pada Persidangan Pengakap Asia-Pasifik ke-28 di Kaohsiung, Taiwan. FOTO:PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KAOHSIUNG, TAIWAN, 16 Oktober 2025 – Pengerusi Pengakap Rantau Asia-Pasifik (APR) yang baharu, YBhg. Mej. Jen. Dato’ Prof. Dr. Mohd. Zin bin Bidin telah menggariskan 10 keutamaan paling utama untuk memperkukuhkan hala tuju dan keberkesanan pergerakan Pengakap di rantau itu bagi tempoh tiga tahun akan datang. An
kumara885
18 Okt 20252 min membaca


Pelajar Tingkatan 2 ditahan amang seksual terhadap pelajar perempuan
Pelajar tingkatan dua ditahan amang seksual terhadap pelajar wanita SHAH ALAM, 17 Oktober - Polis berjaya menahan seorang pelajar Tingkatan Dua bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap pelajar perempuan, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, suspek seorang remaja warga tempatan berusia 14 tahun telah ditangkap di tepi Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar. "Kita telah membuat permohonan reman ke a
kumara885
17 Okt 20251 min membaca


Dua beradik ditemui mati dalam keadaan ngeri dalam rumah
Dua beradik ditemui mati berkeadaan ngeri dalam rumah di Alor Gajah ALOR GAJAH, 17 Oktober - Dua beradik ditemukan maut dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini malam tadi. Menurut sumber, mayat mangsa yang dipercayai abang ditemukan dengan kesan tetakan manakala mayat adik lelakinya ditemukan dalam keadaan tergantung. Katanya, mayat lelaki pertama disedari orang awam yang memaklumkannya kepada pihak polis kira-kira jam 7 malam tadi.
kumara885
17 Okt 20251 min membaca


Pendaki hilang di Gunung Liang ditemui maut
IPOH, 17 Oktober- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sebelum ini semasa terlibat dalam aktiviti mendaki bersama 10 rakan yang lain di Gunung Liang, Tanjong Malim dekat sini sejak dua hari lepas akhirnya ditemui mati petang tadi. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mangsa yang dikenalpasti sebagai Mustaqqeem Mansoor, 34, beralamat di Sungai Petani, Kedah ditemukan pada jam 3.30 petang di punca
kumara885
17 Okt 20251 min membaca


PRN Sabah diadakan pada 29 November ini - SPR
SPR umum PRN DUN Sabah diadakan pada 29 November ini. KOTA KINABALU, 16 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini mengumumkan bahawa Pilihan Raya Negeri Sabah akan diadakan pada 29 November depan. Manakala, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 15 November ini diikuti proses undi awal adalah 25 November depan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan tarikh-tarikh penting tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat menerusi
kumara885
17 Okt 20251 min membaca


Deepavali: PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari guna lebuhraya pada 17,18 dan 21 Oktober
PETALING JAYA, 16 Oktober – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 2.2 juta kenderaan sehari akan menggunakan rangkaian lebuh raya pada 17, 18 dan 21 Oktober ini bersempena sambutan Deepavali dan cuti sekolah tambahan yang diumumkan kerajaan. PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa, syarikat itu sudah bersiap sedia menghadapi lonjakan trafik tinggi itu dengan memberi tumpuan kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi m
kumara885
17 Okt 20251 min membaca


4 Sekolah di Teluk Panglima Garang rosak kerana ribut akan dibaik pulih
PUTRAJAYA, 16 Oktober - Pihak berkuasa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penilaian tahap kerosakan di empat sekolah yang terjejas akibat kejadian ribut di Teluk Panglima Garang, Selangor petang Rabu. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, empat sekolah yang dikenalpasti terjejas akibat ribut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung. Katanya, usah
kumara885
16 Okt 20251 min membaca


Kereta mewah, 727 barang milik Dato Seri Vida bakal dilelong
Dato Seri Vida KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu, proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida bakal dilelong pada 30 Oktober ini. Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeri tempatan hari ini, jualan berkenaan dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Vida. Tindakan itu susulan kegagalan Vida membuat bayara
kumara885
16 Okt 20251 min membaca


Tiga pelajar antara empat remaja ditangkap rogol berkumpulan, sebar bahan lucah
Tiga pelajar antara empat remaja ditahan disyaki rogol berkumpulan, sebar bahan lucah dalam insiden di Baling Kedah. BALING, 16 Oktober- Apa yang terjadi dengan remaja dan pelajar di sekolah? itulah persoalan yang agak mengejutkan kini timbul apabila belum pun reda kes pelajar perempuan dirogol bergilir di Melaka, kini satu lagi jenayah berkenaan berlaku lagi. Kali ini, di Baling Kedah, empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di daerah ini ditahan polis selepas disy
kumara885
16 Okt 20251 min membaca


Pelajar lelaki tikam mati pelajar perempuan direman seminggu
Suspek tikam bunuh pelajar perempuan SMK Bandar Utama, Petaling Jaya direman seminggu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan PETALING JAYA, 15 Oktober - Seorang pelajar lelaki yang ditahan polis selepas disyaki membunuh pelajar perempuan dari Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama, di sini telah direman untuk membantu siasatan polis. Suspek berusia 14 tahun yang menuntut di Tingkatan 1 sekolah sama telah ditahan pada hari yang sama selepas kejadian menurut K
kumara885
15 Okt 20251 min membaca
bottom of page