top of page

Search Results

681 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Polis buru saki baki suspek serang wartawan sukan

    KUALA LUMPUR – Polis telah memperhebatkan usaha dan sedang memburu saki-baki individu yang disyaki terlibat dalam insiden serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun seorang suspek dalam kes berkenaan sudah dituduh di mahkamah, polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti dan menahan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut. "Walaupun suspek telah dituduh, siasatan masih berjalan kerana pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu secara bersama. "Kita sedang mengesan saki baki individu lain yang dipercayai terbabit sama dalam kejadian ini, ” katanya di ibu negara pada Isnin. Bagaimanapun beliau memilih untuk tidak mengulas lanjut sama ada polis sudah mengenal pasti suspek lain dalam kes tersebut. Dalam insiden pada 25 November lalu, Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, mendakwa beliau telah diserang dua lelaki ketika sedang menuju ke keretanya. Manakala, seorang lagi individu merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.

  • BN sudah serah nama calon jawatan menteri, timbalan menteri untuk bentuk kabinet Sabah

    KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sudah mengemukakan senarai nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dalam pembentukan kabinet baharu kerajaan negeri Sabah. Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pembentukan kerajaan baharu di Sabah kini berjalan mengikut aturan selepas parti-parti yang mendukung kerajaan diminta menghantar nama calon masing-masing. "Kita telah diminta (mengemukakan senarai calon) dan BN telah pun menyerahkannya," katanya pada sidang media di Parlimen Bagan Datuk hari ini. Beliau terdahulu hadir mendengar taklimat mengenai situasi banjir negara di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di sini lada Isnin. Timbalan Perdana Menteri itu turut menambah bahawa kerjasama antara parti dalam gabungan itu terutama hubungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada dalam keadaan baik dan tersusun. Katanya, koordinasi yang terjalin itu penting untuk memastikan proses pembentukan kerajaan negeri berjalan lancar tanpa pertikaian yang boleh menggugat kestabilan politik. “Saya sendiri telah menghubungi Ketua Menteri yang baharu dan Perdana Menteri bagi memastikan kestabilan politik di Sabah dapat dicapai secara bersama demi kesejahteraan rakyat di Sabah. "Walaupun pada peringkat awal, mungkin kecukupan majoriti mudah di kerajaan negeri itu dipertikai, tetapi jelas usaha-usaha yang dilakukan secara terselaras membuahkan hasil. "Saya juga berterima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah atas nasihat dan pandangan yang diberikan," katanya..," ujarnya lagi.

  • Hajiji tiba di Istana untuk istiadat angkat sumpah kabinet baharu

    foto kredit: SINAR HARIAN KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah hadir ke Istana Seri Kinabalu bagi istiadat angkat sumpah Kabinet Kerajaan Sabah yang baharu pada Isnin. Kenderaan rasmi jenis Mercedes Benz hitam yang membawa Hajiji dilihat memasuki Istana kira-kira jam 2.17 petang tadi. Sebelum itu ADUN Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif juga telah tiba di istana bagi menghadiri istiadat mengangkta sumpah tersebut. ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun turut kelihatan tiba lebih awal ke Istana untuk mengambil bahagian dalam istiadat terbabit. Turut difahamkan bahawa senarai lengkap anggota barisan Kabinet baharu kerajaan Sabah pimpinan Hajiji dijangka diketahui menjelang lewat petang Isnin

  • Tiada rombakan besar Kabinet, kata PM Anwar Ibrahim

    KUALA LUMPUR - Tiada sebarang rombakan besar-besaran akan dilakukan dalam barisan Kabinet kerajaan Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember ini. Sebaliknya, Perdana Menteri itu memberi bayangan bahawa hanya akan berlaku pengisian kekosongan beberapa jawatan menteri dalam Jemaah Menteri kelak. Katanya, ini kerana tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun saja lagi, sebelum penggal pentadbiran itu berakhir. "Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu, kalau ada masa yang panjang tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan. "Bagaimanapun, saya sedang merenung apakah langkah yang harus diambil tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan," katanya di ibu negara pada Isnin. Jawatan-jawatan menteri yang mengalami kekosongan bermula Selasa ialah seperti berikut: • Menteri Ekonomi — kosong sejak Datuk Seri Rafizi Ramli letak jawatan • Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam — kosong sejak peletakan jawatan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi — Datuk Ewon Benedick meletakkan jawatan kabinet pada 8 November lalu. • Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) — Tempoh perkhidmatan Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, berakhir esok. Selain Tengku Zafrul, tiga lagi Menteri yang akan tamat penggal pertama sebagai Senator ialah: * Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; * Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir * Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

  • Guru matematik mengaku tidak bersalah sentuh kemaluan murid lelaki

    KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen Muar, Johor pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki dalam bilik guru, Ogos lalu. Tertuduh Mansor Ramly, 58, yang mengajar mata pelajaran Matematik itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyentuh alat sulit murid Tahun Enam berusia 12 tahun dalam bilik guru sebuah sekolah kebangsaan di Batu Pahat, antara jam 12.20 hingga 1.20 tengah hari, 5 Ogos lalu. Berdasarkan laporan, mangsa dipanggil tertuduh ke bilik guru sebelum diperlakukan sedemikian. Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama. Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16 membabitkan tambahan hukuman penjara maksimum lima tahun serta sebatan tidak kurang dua kali. Kejadian itu hanya terbongkar selepas mangsa menceritakannya kepada guru disiplin dan diarahkan untuk membuat laporan polis. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh diwakili peguam, Haressh Tamilselvan. Mahkamah selepas mendengar hujah kedua-dua pihak membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan memerintahkannya melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan serta tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa sehingga kes selesai. Mahkamah turut menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

  • Kes rasuah: SPRM sahkan Sofia Rini bebas dengan jamin

    PUTRAJAYA: Seorang wanita bernama Sofia Rini Buyong yang dikaitkan dalam klip video perbualan bersama ahli perniagaan berhubung isu rasuah telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin. Wanita itu dijamin selepas tempoh tahanan reman terhadapnya tamat hari ini. Maklumat terbaharu itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, seeprti dipetik dan dilaporkan oleh portal berita BH hari ini. "Reman tamat hari in dan tidak disambung. (Dibebaskan) dengan jaminan SPRM," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini. Sebelum ini wanita itu ditahan bersama dua lagi individu iaitu ahli perniagaan bernama Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan SPRM pada 28 November lalu. Mereka ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan membantu siasatan. Sementara itu, Albert Tei dan Shamsul Iskandar masih direman selama enam hari sejak Sabtu lepas.

  • Trump beri amaran, desak Maduro letak jawatan

    WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan mengeluarkan amaran keras kepada diktator Venezuela, Nicolas Maduro melalui panggilan telefon, lapor portal berita New York Post semalam. Trump menerusi amaran itu mengarahkan Maduro untuk meletakkan jawatannya dan berundur atau bersedia berdepan akibat yang buruk ketika ketegangan meningkat antara Caracas dengan Washington. Menurut portal berita Miami Herald yang memetik sumber, dalam satu panggilan telefon antara Trump dan Maduro, presiden Venezuela itu menuntut agar beliau dibenarkan mengekalkan kawalan ke atas tenteranya. Tuntutan itu dibuat jika Madurto mengadakan pilihan raya bebas di negaranya.  Presiden Venezuela itu juga dilaporkan meminta pengampunan global atas semua jenayah yang didakwa dilakukannya. Namun, Trump menolak kedua-dua permintaan itu sebelum presiden AS itu membuat tawaran yang mungkin sukar ditolak oleh Maduro iaitu berundur sekarang atau terima akibatnya. Trump juga memberi amaran bahawa operasi ketenteraan di dalam Venezuela mungkin akan bermula tidak lama lagi.- Agensi

  • Barang milik Alebert Tei dirampas ikut prosedur - SPRM

    PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia pada hari ini menafikan dakwaan kononnya pihaknya merampas barangan milik ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan. Bahagian Komunikasi Strategik SPRM sebaliknya berkata, segala barang milik Albert Tei yang disita pada hari penahanannya telah direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan serta disahkan sendiri oleh individu tersebut. Katanya, senarai lengkap rampasan itu telah ditandatangani Albert, dan satu salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 turut diserahkan kepadanya pada 28 November lalu. “Antara barangan yang disita terdiri daripada telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang merupakan barang bukti. “SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanpa asas bahawa pegawai SPRM telah merampas barangan Albert Tei tanpa mengikut prosedur,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Katanya, SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam bidang kuasa. Sebelum ini media melaporkan bahawa peguam yang mewakili isteri Albert Tei mendakwa SPRM telah merampas barangan Albert Tei secara tidak sah. Peguam itu turut memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk mengeluarkan inventori harta yang didakwa dirampas ketika penahanan Albert tiga hari lalu.

  • Arsenal gagal tewaskan 10 pemain Chelsea di Stamford Bridge

    IMPIAN The Gunners untuk memalukan Chelsea dan pulang dengan tiga mata penuh di Stamford Bridge bagaimanapun berkecai apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi. the Gunners yang turun dengan keyakinan tinggi terpaksa mengikat seri dengan pasukan the Blues yang beraksi dengan 10 pemain selepas perancang utama pasukan tuan rumah Moises Caicedo dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama akibat kekasarannya terhadap Mikel Merino. Namun, Gunners percaya keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge itu tetap satu keputusan yang positif. Biarpun beraksi dengan 10 pemain, tuan rumah Chelsea mengejutkan pelawat apabila Trevoh Chalobah menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan penjuru, sekali gus meletakkan tekanan kepada pendahulu liga itu untuk bangkit semula. Bagaimanapun, kebijaksanaan Mikel Merino berjaya membantu pasukannya menyamakan kedudukan buat Arsenal dari jarak dekat, namun biarpun memiliki kelebihan lebih 30 minit untuk memburu gol kemenangan, kekebalan benteng pertahanan Chelsea sehingga wisel penamat menghampakan impian Arsenal memburu tiga mata penuh. "Bermain menentang 10 orang, anda pasti kecewa jika tidak meraih kemenangan kerana kelebihan memihak kepada anda. "Namun, mereka (Arsenal) pasti akan menerima keputusan ini jika ditanya pada awal permainan, " kata bekas pemain Arsenal Theo Wallcott yang turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

  • Seorang pekerja maut, tujuh parah nahas van kilang

    GEORGE TOWN – Seorang maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas sebuah van kilang yang dinaiki pekerja terbabas dalam kejadian nahas jalan raya di Jalan Mount Erskine di sini awal pagi Isnin. Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 pagi itu, van kilang berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas, menyebabkan empat daripada lapan mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi sebelum sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan BBP Lebuh Pantai digerakkan ke lokasi. “Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah van kilang dengan lapan mangsa terlibat. "Empat mangsa didapati tersepit dan kerja menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Tambahnya, kesemua mangsa yang tersepit dalam van berjaya dikeluarkan anggota bomba pada jam 7.17 pagi sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis untuk tindakan selanjutnya. "Tujuh mangsa yang cedera parah terdiri daripada seorang lelaki iaitu pemandu van dan enam pekerja wanita berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun. "Sementara seorang lagi pekerja wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian namun Identiti sebenar mangsa maut belum dikenal pasti lagi. "Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," tegas beliau. - malaysiatoday.com.my

  • FA: Sabah tamat badi 27 tahun mara ke final

    PETALING JAYA – Sabah FC berjaya menamatkan kemarau pencapaian 27 tahun lalu apabila akhirnya mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala FA kali ini. Sabah telah menewaskan naib juara musim lalu, Selangor FC dengan keputusan 5-4 pada penentuan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam Ahad. Pada aksi sebentar tadi, kedua-dua pasukan seri 3-3 dan pemenang terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas terikat 5-5 secara agregat. Paling menarik, final kali ini mengulangi detik 1998 yang ketika itu menyaksikan The Rhinos turut beradu tenaga dengan Johor namun kali ini cabaran lebih sukar memandangkan lawan kali ini yang juga juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki skuad lebih kuat untuk dilabel sebagai pilihan. Terdahulu, Selangor FC sepatutnya sudah mampu untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua gol sepanjang 30 minit pertama namun peluang diraih gagal disudahkan dengan lebih baik oleh Chrigor Moraes dan Faisal Halim. Bagaimanapun, minit ke-33 menyaksikan Faisal segera menebus kekecewaan apabila bijak melepaskan percubaan yang menewaskan seorang pertahanan dan penjaga gol lawan, Damien Lim bagi meletakkan tuan rumah di depan. Sabah FC hanya memerlukan dua minit di babak kedua untuk kembali menyamakan kedudukan menerusi Dean Pelekanos namun ia hanya bertahan empat minit apabila Chrigor sekali lagi beri kelebihan buat The Red Giants. Memasuki minit ke-62, ayam tambatan The Rhinos, Ajdin Mujagic terus menemui sasaran untuk menghasilkan gol kedua pasukannya tetapi 11 minit selepas itu, Faisal sekali lagi menggegar dengan jaringan ketiga tuan rumah. Kesilapan Muhamammad Raimi Shamsul mengasari Farhan Roslan mengundang padah apabila pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir menghadiahkan penalti buat Sabah FC dan kesempatan pada minit ke-87 itu tenang disempurnakan oleh Mujagic. Sebaik aksi memasuki masa kecederaan, perjalanan The Red Giants untuk mengharungi masa tambahan bertambah sukar apabila pertahanannya, Mamadou Diarra dilayangkan kad merah pada masa kecederaan. Selepas satu gol dibatalkan kerana kesalahan offsaid, Chrigor sepatutnya sudah mampu menghasilkan gol keempat Selangor FC namun tolakannya pada minit ke-101 sedikit serong ke sebalah kiri gawang Sabah FC. Pada penentuan penalti, Sabah FC menang 5-4 selepas dua pemain tuan rumah, Harith Haiqal Adam Afkar dan Mohammad Abualnadi gagal menyudahkan sepakan masing-masing.

  • EPL: Arsenal sedia malukan Chelsea d Stamford Bridge

    PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menerima tonik penting menjelang kunjungan ke Stamford Bridge apabila Mikel Arteta mengesahkan perkembangan positif dua penyerang utama, Viktor Gyokeres dan Kai Havertz yang semakin hampir kembali beraksi. Selama beberapa perlawanan, Arsenal terpaksa beroperasi tanpa penyerang tulen yang memaksa Arteta mengubah pelan permainan. Mikel Merino menjadi opsyen sementara dengan sumbangan dua gol ketika menewaskan Slavia Praha, namun Arteta mengakui kehadiran semula jentera serangan sebenar amat diperlukan untuk berdepan Chelsea tengah malam ini. “Kami masih ada masa lagi. Kita lihat bagaimana perkembangan semua pemain. “Viktor dan Kai sudah tunjuk perkembangan positif dan sekarang kami hanya tunggu dan lihat,” ujar Arteta. Selain Gyokeres dan Havertz, Arsenal turut memantau kondisi Leandro Trossard selepas pemain itu dikeluarkan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich. Arteta bagaimanapun percaya kecederaan tersebut tidak membimbangkan. Gabriel Jesus juga menunjukkan perkembangan memberangsangkan selepas beraksi dalam perlawanan tertutup bagi memulihkan rentak permainan. “Kami perlu melihat Gabi kerana dia sudah lama berehat," tegasnya lagi.- Agensi

bottom of page