

Search Results
654 hasil ditemukan dengan carian kosong
- Polis Kawal Ketat Ampang Park elak sebarang perhimpunan
KUALA LUMPUR - Polis melaksanakan kawalan ketat di sekitar Ampang Park, Jalan Ampang, di sini bagi mengelakkan sebarang penganjuran himpunan pada Ahad. Pemerhatian di laluan masuk ke lokasi itu didapati ia dipantau dan pemeriksaan ketat dilakukan anggota kepada pengguna jalan raya yang hendak melalui kawasan itu. Antara elemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi itu ialah Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Beberapa trak polis turut kelihatan di lokasi terbabit diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sebelum itu, difahamkan satu himpunan akan dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berlangsung di ibu negara. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus minggu lalu menegaskan bahawa masyarakat perlu mematuhi undang-undang selaras dengan nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan orang awam.
- Rashford mahu kekal lebih lama bersama Barcelona
Rashford BARCELONA: Penyerang pinjaman Barcelona, Marcus Rashford, menyuarakan hasrat untuk kekal lebih lama di kelab Sepanyol itu selepas tempoh pinjamannya daripada Manchester United tamat, sambil menyifatkan perpindahan itu sebagai perubahan yang amat diperlukan dalam kariernya. Rashford, 27, yang sebelum ini menghabiskan seluruh karier profesionalnya di England, menyertai Barcelona secara pinjaman selama semusim dengan kelab Catalan itu menanggung sepenuhnya gajinya. Pemain kelahiran Manchester itu turut bersetuju menerima pemotongan gaji, manakala klausa pembelian tetap ditetapkan sekitar 30 juta euro (RM147 juta). Kontrak Rashford bersama United sebenarnya masih berbaki sehingga 2028, namun masa depannya di Old Trafford dilihat semakin suram selepas dikatakan tidak sehaluan dengan pengurus Ruben Amorim tahun lalu. Sejak berhijrah ke Sepanyol, Rashford dilihat kembali menemui sentuhan terbaik di bawah kendalian jurulatih Hansi Flick. "Sudah tentu saya mahu kekal lama di sini. Saya sangat menikmati masa saya di kelab ini, dan bagi sesiapa yang cintakan bola sepak, Barcelona adalah antara kelab paling berpengaruh dalam sejarah sukan ini. Sebagai pemain, ia satu penghormatan besar," katanya kepada ESPN.
- Jenazah dihanyut arus banjir
BUKIT GANTANG – Para penduduk Kampung Toh Johan di Kuala Trong di sini terkejut selepas menemui jenazah yang terkeluar dari liang kubur selepas banjir surut pagi tadi. Seorang penduduk, Mohd. Ridwan Abdul Karim, 37, berkata, dia menemui papan keranda yang terkeluar dari liang kubur ketika memeriksa kawasan tanah perkuburan itu. “Pagi tadi saya tunggu air surut. Apabila keluar nampak macam ada papan keranda dihanyutkan banjir dari tapak asalnya. “Apabila saya pergi periksa, jenazah di dalamnya telah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan itu di sini hari ini. Menurutnya, selepas itu dia mencari jenazah di kawasan persekitaran dan mendapati ia telah dihanyutkan sejauh hampir 50 meter dari kubur asal. Mohd. Ridwan berkata, waris jenazah tersebut kemudiannya dimaklumkan mengenai penemuan itu sebelum dikebumikan semula di tanah perkuburan berkenaan.
- Sindiket pemerdagangan tumpas, 40 wanita Indonesia diselamatkan
40 wanita Indonesia diselamatkan selepas dikurung oleh sindiket pemerdagangan manusia dalam operasi khas di Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA – Sindiket pemerdagangan manusia yang memperdaya wanita asing dengan tawaran kerja lumayan palsu dengan berselindung di sebalik agensi pekerja asing akhirnya dilumpuhkan Jabatan Imigresen (JIM). Hasilnya seramai 40 wanita warga Indonesia yang dipercayai diseludup masuk secara paksa oleh sindiket berkenaan berjaya diselamatkan dalam operasi khas di sini, semalam. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan empat individu iaitu seorang wanita tempatan serta tiga warga Indonesia masing-masing lelaki dan perempuan berusia antara 28 hingga 50 tahun. “Kesemua mangsa yang diselamatkan berusia antara 21 hingga 51 tahun dan dipercayai telah berada di Malaysia antara satu hingga tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jelas beliau, sindiket berkenaan disyaki menipu mangsa dengan tawaran pekerjaan termasuk menguruskan pas kerja yang sah serta menjanjikan gaji tinggi. “Namun sebaik tiba di Malaysia, mangsa ditempatkan di rumah-rumah yang disediakan sindiket. “(Mangsa) diarahkan bekerja sebagai pembantu rumah harian atau pekerja pembersihan tanpa Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah termasuk tidak menerima gaji yang dijanjikan,” ujarnya. Beliau berkata, sindiket berkenaan turut menyimpan pasport dan mengawal pergerakan mangsa termasuk menghantar dan mengambil mereka dari tempat kerja bagi mengelakkan cubaan melarikan diri. “Tindakan ini dipercayai dilakukan oleh agensi pekerjaan asing yang bersekongkol dengan majikan tertentu. “JIM tidak menolak kemungkinan terdapat majikan yang bekerjasama dengan agensi tersebut bagi tujuan memohon pembantu rumah atas nama mereka sebagai balasan atau untuk mengaut keuntungan,” jelasnya. Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut menyita 12 pasport Indonesia yang bukan milik mangsa, dipercayai milik individu lain yang pernah diuruskan sindiket sama. Zakaria berkata, kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. “Kesemua mangsa ditempatkan di Rumah Perlindungan selepas diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO),” katanya. Menurutnya, operasi dijalankan oleh pegawai Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA bersama Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat JIM, berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0 bagi mengenal pasti mangsa.
- Pedro Acosta laung amaran di Sepang
Pedro Acosta laung amaran di Sepang SEPANG – Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta melaungkan amaran awal menjelang sesi kelayakan dan perlumbaan pecut esok selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan di Grand Prix (GP) Malaysia, hari ini. Pelumba dari Sepanyol itu dilihat tenang biarpun perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berlangsung dengan keadaan cuaca berbeza hujan dan kering sekali gus memberi kesukaran kepada semua pelumba untuk mendapatkan pelarasan yang terbaik. Bagi Acosta, segalanya berjalan dengan lancar selepas berjaya mencatat satu minit 57.559 saat (s) untuk mengungguli sesi latihan dan terus layak ke sesi kelayakan kedua, esok bersama sembilan lagi pelumba lain. Pelumba veteran dari Perancis, Johann Zarco yang mewakili pasukan Castrol Honda LCR berada di kedudukan kedua menerusi catatan masa 1:57.578s, manakala, tempat ketiga menjadi milik Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP) dari Australia dengan lakaran masa 1:57.840s. Alex Marquez yang sedang memburu gelaran naib juara dunia menduduki tempat kesembilan dengan catatan 1’58.057s selepas terjatuh pada sesi latihan tersebut. Antara nama besar yang gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik ialah Marco Bezzecchi, Luca Marini, Francesco Bagnaia, Fermin Aldeguer dan Brad Binder, sekali gus menyaksikan mereka perlu beraksi pada sesi kelayakan pertama, esok.
- Tiada kilang tetapi air sungai bertukar merah
JAKARTA - Penduduk di sebuah perkampungan yang terletak di Bogor, wilayah Jawa Barat terkejut selepas melihat air sungai di tempat mereka berubah menjadi warna merah, lapor portal berita Detik. Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bogordaily.net menunjukkan air Sungai Cipakancilan itu mengalir dalam warna merah gelap. Ketua Agensi Alam Sekitar, Deni Wismanto berkata, pihaknya akan menyiasat punca fenomena aneh itu. “Kami akan menyiasat untuk mengetahui puncanya. Setakat ini, kami masih belum mempunyai sebarang maklumat,” kata Deni hari ini. Penghulu Bondongan, Yanti Maryanti mengatakan bahawa perubahan warna di Sungsi Cipakancilan berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) tadi. “Tiada kilang atau industri di Bondongan. Masih belum jelas punca keadaan, namun air sungai kini tidak lagi merah,” katanya. – AGENSI
- Arak di sekolah: Garis panduan sedia ada terpakai, tiada perubahan - Fahmi
Fahmi Fadzil Arak di sekolah: Garis panduan sedia ada terpakai, tiada perubahan - Fahmi PUTRAJAYA – Jemaah Menteri memutuskan bahawa amalan dan garis panduan sedia ada kekal terpakai berhubung penyajian minuman beralkohol dalam sebarang penganjuran acara di dewan sekolah. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tiada sebarang perubahan terhadap garis panduan sedia ada. Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan kandungan garis panduan tersebut. “Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, isu berkaitan sekolah dan penganjuran acara yang menyediakan atau menyajikan minuman beralkohol telah dibincangkan. “Jemaah Menteri diingatkan dan telah memutuskan bahawa garis panduan serta amalan sedia ada kekal terpakai tanpa sebarang perubahan. “Mungkin terdapat laporan di beberapa media mengenai perkara ini, namun Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan susulan. Saya minta rakan-rakan media merujuk kepada Kementerian Pendidikan,” ujarnya.
- Kes bunuh dua beranak: Tiga lagi lelaki warga asing ditahan bantu siasatan
GEORGE TOWN – Tiga lagi lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya dalam insiden di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, di sini pada Sabtu minggu lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kesemua suspek ditahan pada Jumaat dan akan direman di mahkamah esok bagi membantu siasatan lanjut. “Kami mempunyai tiga tangkapan baharu dan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman esok. “Semuanya warga asing berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an serta saling mengenali. Mereka dipercayai melarikan diri sebelum ini,” katanya ketika dihubungi hari ini. Dalam pada itu, Azizee turut memaklumkan bahawa suami mangsa berusia 57 tahun yang direman sejak Ahad lalu dijangka dibebaskan dengan jaminan polis esok. Sebelum ini, tiga individu termasuk suami wanita berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. Pada Sabtu, seorang peniaga kuih, Sariya Che Hin dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemui maut dipercayai dibunuh. Mayat mereka ditemui oleh suami mangsa kira-kira jam 7.30 malam di rumah sewa mereka.
- Polis buru pemilik lembu punca kemalangan ragut nyawa bayi 11 bulan
BERA - Polis sedang giat mengesan pemilik lembu yang menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa seorang bayi perempuan 11 bulan di Kilometer 49 Jalan Kerayong - Simpang Kepayang di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, setakat ini belum ada individu yang tampil mengaku sebagai pemilik haiwan ternakan berkenaan. "Siasatan turut menjurus kepada aspek kecuaian pemilik haiwan yang membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan awam sehingga menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya. “Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu (EKKL) jika didapati cuai atau gagal mengawal ternakan masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
- Ketua Biro Penerangan Bersatu Selangor letak jawatan serta-merta
Ketua Biro Penerangan Bersatu Selangor letak jawatan serta-merta SHAH ALAM – Ketua Biro Penyelidikan dan Analisis Data Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohamad Shafiq Abdul Halim melepaskan jawatan yang disandangnya berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat. Tindakan itu sebagai tanda protes terhadap sikap Ketua Penerangan Bersatu Nasional, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang didakwa tidak memberi perhatian kepada isu Palestin dan Gaza. Mohamad Shafiq berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menyertai demonstrasi membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia. Jelasnya, tindakan itu selaras dengan seruan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat agar kerajaan mengambil pendirian tegas terhadap kekejaman rejim Israel dan sekutunya. “Saya merasa amat terkilan dan sedih apabila Ketua Penerangan Bersatu Nasional, Datuk Tun Faisal tidak hadir dan tidak memberi ucapan membela nasib rakyat Palestin dan Gaza. "Ini bukannya kali pertama, malah sudah banyak himpunan pro-Palestin dan Gaza yang beliau tidak hadiri,” katanya menerusi satu video dikongsi kepada pemberita pada Jumaat. Beliau turut menyatakan kekesalan apabila Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari hadir dan menyatakan pendirian parti itu terhadap isu berkenaan, sedangkan pimpinan penerangan Bersatu tidak menunjukkan komitmen sama. “Oleh itu, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf dan terpaksa untuk melepaskan jawatan lantikan Tun Faisal terhadap saya sebagai Ketua Biro Penyelidikan dan Analisis Data Penerangan Parti Bersatu Selangor, berkuat kuasa hari ini (Jumaat),” ujarnya. Menurutnya, jawatan itu kini dirasakan sebagai satu beban dan memalukan kerana ketuanya tidak fokus terhadap isu rakyat serta tidak sensitif terhadap permasalahan umat Islam di dunia. “Jawatan ini hanya memberi beban dan malu pbesar kepada saya kerana ketua saya, Tun Faisal tidak fokus pada isu rakyat dan sensitif terhadap isu-isu yang menimpa umat Islam di dunia,” ujarnya lagi.
- AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina, fitnah Perdana Menteri
AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina, fitnah Perdana Menteri SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Ketua AMK Selangor, Mohamad Shahrul Adnan, Papagomo menerusi akaun TikTok @akaun933 didapati memuat naik satu rakaman video yang mengandungi tuduhan palsu termasuk mendakwa kononnya Anwar ingin menyekat bantuan ke Palestin serta menghina beliau dengan gelaran tidak senonoh. “Tindakan biadab ini melampaui batas moral serta undang-undang dan jelas berniat mencemar maruah Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Beliau menegaskan, kenyataan tersebut bukan sekadar fitnah jenayah tetapi turut mengandungi unsur hasutan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta menanam kebencian terhadap kepimpinan negara. “Lebih mendukacitakan apabila kenyataan berbaur fitnah ini dibuat pada ketika Perdana Menteri dan kerajaan sedang gigih memperjuangkan isu kemanusiaan global serta mempertahankan hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa. "Tuduhan kononnya Perdana Menteri menyekat bantuan ke Palestin adalah pembohongan besar dan berniat jahat,” ujarnya. Sehubungan itu, AMK Selangor mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan undang-undang segera terhadap Papagomo mengikut peruntukan sedia ada. “Tindakan beliau jelas melanggar beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 500, 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 211 serta 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” ujarnya lagi.
- Tengku Muda Pahang cadangkan nama tujuh pemain warisan Harimau Malaya
KUALA LUMPUR - Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menjelaskan baginda mencadangkan beberapa nama pemain warisan termasuk tujuh pemain warisan yang kini sedang dalam siasatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Menurut Tengku Abdul Rahman, beberapa ejen telah menghubunginya sejak akhir tahun lalu untuk memperkenalkan pemain bagi tujuan penilaian dan nama yang dicadangkan itu kemudian diserahkan kepada FAM untuk penilaian lanjut bagi menentukan kelayakan mereka sebagai pemain warisan. Baginda berkata, semua cadangan yang dikemukakan dibuat dengan niat yang baik dan melalui prosedur yang sah dengan tujuan memperkukuhkan skuad Harimau Malaya. "Saya memanjangkan cadangan terbabit kepada FAM untuk dinilai dengan lebih terperinci bagi menentukan sama ada pemain-pemain berkenaan memenuhi syarat sebagai pemain warisan dan seterusnya dipertimbangkan untuk menyertai skuad kebangsaan. Antara pemain yang pernah saya syorkan kepada FAM termasuklah tujuh pemain warisan yang kini terbabit dalam kes siasatan dan sekatan oleh FIFA," titah Tengku Abdul Rahman dalam satu kenyataan. Tengku Abdul Rahman turut memberikan contoh beberapa pemain naturalisasi yang pernah dibuat oleh pasukan Pahang sebelum ini seperti Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero dan Lee Tuck untuk memperkasakan skuad negara. Baginda percaya bahawa penglibatan pemain warisan dan naturalisasi boleh memberi nilai tambah yang amat diperlukan kepada skuad kebangsaan. "Setiap usaha yang dapat membantu mempertingkatkan standard bola sepak Malaysia akan sentiasa saya sokong," titah baginda. Tengku Abdul Rahman turut menyatakan penghargaan atas visi serta komitmen berterusan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam usaha meningkatkan kualiti bola sepak tanah air dan menjadikan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai contoh terbaik profesionalisme serta pengurusan moden dalam arena bola sepak tempatan. "Bertitik tolak daripada semangat terbabit, saya juga ingin berkongsi sedikit sumbangan dan pengalaman saya dalam industri bola sepak, khususnya berkaitan proses naturalisasi calon-calon pemain serta pemain berpotensi yang layak sebagai pemain warisan untuk mewakili skuad kebangsaan," titah baginda lagi.










