top of page

Search Results

681 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • PM ANWAR IBRAHIM - "saya menjawab beberapa tuduhan dan kekeliruan"

    PM ANWAR IBRAHIM - "saya menjawab beberapa tuduhan dan kekeliruan" Ketika sidang media di Istanbul, PM Anwar Ibrahim menjawab beberapa tuduhan dan kekeliruan berhubung kunjungan beliau ke makam Mustafa Kemal Atatürk. Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada protokol rasmi lawatan kenegaraan ke Türkiye sebagai penghormatan kepada tokoh yang amat dihormati rakyat negara ini atas peranannya mempertahankan kedaulatan Türkiye. Beliau juga mengatakan supaya menilai perkara ini tanpa memahami konteks sejarah hanya mencerminkan kedangkalan ilmu dan kegopohan menghukum, sedangkan sejarah menuntut kefahaman yang lebih adil dan matang.

  • Menutup tirai lawatan rasmi ke Republik Türkiye - PM ANWAR IBRAHIM

    Menutup tirai lawatan rasmi ke Republik Türkiye - PM ANWAR IBRAHIM Menutup tirai lawatan rasmi ke Republik Türkiye di Istanbul dengan pertemuan bersama pimpinan industri perniagaan bagi meneroka peluang baharu serta memperkukuh kerjasama ekonomi dan pelaburan yang saling menguntungkan. Perdana Menteri melalui facebook beliau berkata, "Saya turut terima kunjungan Mesut Özil, figura sukan yang kini aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan masyarakat, membuka ruang pertukaran pandangan yang bermakna". Beliau mensifatkan lawatan rasmi ini cukup luar biasa dan amat berjaya memperteguh persahabatan Malaysia-Türkiye, memacu kerjasama strategik merentas sektor sekali gus membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.

  • Albert Failkan Saman Sivil Terhadap Azam, SPRM Berhubung Pakaian Lokap Jingga

    Albert Failkan Saman Sivil Terhadap Azam, SPRM Berhubung Pakaian Lokap Jingga Kuala Lumpur - Albert Tei hari ini memfailkan satu saman pemula di mahkamah terhadap pihak berkuasa berhubung tindakan yang didakwa memaksanya memakai pakaian lokap berwarna jingga, walaupun beliau belum disabitkan atau didapati bersalah atas sebarang pertuduhan. Dalam saman sivil tersebut, Tei menamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki, serta kerajaan sebagai defendan. Beliau mendakwa tindakan mewajibkannya memakai pakaian lokap itu semasa berada dalam tahanan siasatan telah menjejaskan hak perlembagaannya, khususnya prinsip bahawa seseorang individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Tei turut berhujah bahawa pemakaian pakaian lokap berkenaan, terutamanya apabila gambarnya tersebar kepada umum, telah mewujudkan persepsi negatif terhadap dirinya seolah-olah beliau telah bersalah sebelum proses perbicaraan dijalankan . Keadaan itu, menurutnya, telah mencemarkan reputasi serta menjejaskan maruahnya sebagai seorang individu yang masih dalam peringkat siasatan. Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah untuk mengeluarkan perintah deklarasi bahawa tindakan tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, selain menuntut ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah

  • Pemimpin Bersatu Sedia Bekerjasama Dalam Siasatan Rasuah RM1.1 Juta

    Pemimpin Bersatu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes rasuah melibatkan RM1.1 juta. Seorang ketua bahagian Bersatu yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah berjumlah RM1.1 juta berkaitan program Jana Wibawa menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya siasatan dijalankan. Ketua Bahagian Bersatu Kota Melaka, Hishamuddin Abdul Karim, berkata beliau mengambil maklum laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim, berhubung dakwaan penerimaan wang tunai dan beberapa aset yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1.1 juta. Menurut laporan tersebut, dakwaan berkenaan melibatkan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pelaksanaan program Jana Wibawa, iaitu inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu kontraktor Bumiputera dalam mendapatkan projek dan pembiayaan. Hishamuddin menegaskan bahawa beliau bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan polis bagi membersihkan namanya dan menyerahkan perkara itu kepada proses undang-undang. Beliau turut menekankan kepentingan siasatan dijalankan secara telus dan adil tanpa sebarang campur tangan politik. Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status siasatan berkenaan, sementara perkembangan lanjut dijangka diumumkan dari semasa ke semasa.

  • Akmal tidak menolak kemungkinan mengundur diri Umno

    Mungkin sudah tiba masanya mengundur diri - Akmal KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memberi bayangan bahawa beliau bersedia mempertimbangkan untuk mengundur diri, sekiranya kehadiran atau tindakannya dilihat tidak lagi memberi manfaat kepada parti. Menurut beliau, kepimpinan bukan soal jawatan semata-mata, sebaliknya amanah yang perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan parti dan rakyat. Justeru, katanya, langkah berundur wajar dipertimbangkan jika ia dapat meredakan keadaan atau membuka ruang kepada pembaharuan. “Jika kehadiran saya menjadi isu atau dianggap tidak lagi membantu perjuangan parti, mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri,” katanya ketika mengulas perkembangan semasa. Bagaimanapun, Akmal menegaskan beliau tetap komited kepada perjuangan parti dan akan terus menyumbang dalam apa jua kapasiti yang difikirkan sesuai.

  • Zahid: Umno tidak akan dipatuk ular yang sama dua kali, kekal bersama kerajaan

    KUALA LUMPUR:  Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu buat masa ini tidak akan kembali kepada sebarang susunan politik lama bersama pihak pembangkang, sebaliknya akan terus kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen semasa dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menurut Zahid, Umno juga belum mengesahkan sebarang perancangan untuk menghidupkan semula pakatan lama atau penjenamaan politik terdahulu yang pernah gagal dan memberi kesan negatif kepada parti. Beliau memberi amaran agar Umno tidak mengulangi kesilapan politik yang sama, yang boleh menjejaskan kedudukan serta kepercayaan rakyat terhadap parti itu. “Umno telah belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang merugikan,” katanya, sambil menegaskan komitmen parti terhadap kestabilan politik negara dan kelangsungan kerajaan sedia ada. Zahid turut menjelaskan bahawa keputusan untuk kekal bersama kerajaan dibuat demi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar serta memberi tumpuan kepada usaha pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat. Beliau menambah bahawa sebarang keputusan besar parti akan dibuat secara berhati-hati dan melalui perbincangan di peringkat kepimpinan tertinggi. Dalam pada itu, Zahid menekankan bahawa Umno akan terus memperkukuh peranannya dalam kerajaan perpaduan dan memastikan suara serta kepentingan ahli parti dan rakyat terus dibela menjelang PRU16.

  • PM Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah mendoakan kesembuhan segera buat Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Tun Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendoakan kesembuhan segera buat Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). “Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook. Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN pada pukul 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff, mengesahkan perkara itu melalui makluman di saluran rasmi WhatsApp Dr M Media Updates, memaklumkan bahawa pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN menggunakan ambulans dan berada dalam keadaan sedar.

  • Arahan SPRM terhadap peguam Albert Tei tidak boleh disemak semula, mahkamah diberitahu

    Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, berkata arahan yang dikeluarkan terhadap Mahajoth Singh merupakan pelaksanaan kuasa yang dijalankan dalam perjalanan suatu siasatan jenayah. KUALA LUMPUR:  Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan peguam Mahajoth Singh untuk mencabar dua arahan yang dikeluarkan terhadapnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan anak guamnya, dengan berhujah bahawa arahan berkenaan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman. Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, yang mewakili AGC, berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke bahawa arahan SPRM untuk memeriksa Mahajoth serta memaksanya mengemukakan dokumen merupakan pelaksanaan kuasa yang dibuat dalam perjalanan suatu siasatan jenayah. “Pelaksanaan kuasa sedemikian dalam perjalanan siasatan jenayah tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman,” katanya sambil memohon mahkamah menolak permohonan kebenaran tersebut dengan kos. Mahajoth, yang diwakili peguam N. Surendran, memohon kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan dua arahan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(1)(b) Akta SPRM 2009. Dalam hujahannya, Surendran menyatakan bahawa SPRM telah melanggar perlindungan statutori terhadap komunikasi berkeistimewaan antara peguam dan anak guam di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 serta Seksyen 46(2) Akta SPRM.

  • YB P.Prabakaran menyeru penghargaan kepada Pejabat Peguam Negara dan menegaskan kedaulatan undang-undang mesti diutamakan dalam kes tembakan di Durian Tunggal, Melaka.

    PENGHARGAAN KEPADA PEJABAT PEGUAM NEGARA Kuala Lumpur : YB P.Prabakaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Peguam Negara atas tindakan profesional, berani dan berlandaskan prinsip undang-undang dalam mengendalikan kes tembakan melibatkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka. Keputusan untuk mengklasifikasikan semula kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membuktikan bahawa setiap warganegara Malaysia berhak dilindungi oleh undang-undang, tanpa mengira latar belakang, kedudukan atau pihak yang terlibat. Prinsip kedaulatan undang-undang menuntut agar tiada sesiapa kebal daripada siasatan dan pertanggungjawaban, termasuk sekiranya perbuatan tersebut melibatkan penjawat awam atau badan berautoriti. Undang-undang mesti ditegakkan secara adil, telus dan saksama demi menjamin keadilan kepada semua. Prabakaran juga mengatakan pendekatan ini mencerminkan roh Kerajaan MADANI yang menjunjung nilai keadilan, integriti, akauntabiliti dan kemanusiaan, serta memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi perundangan dan penguatkuasaan negara. Saya yakin proses siasatan yang menyeluruh dan bebas akan memastikan kebenaran ditegakkan serta keadilan diberikan kepada semua pihak yang terlibat, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip demokrasi berperlembagaan kata beliau.

  • Bukit Aman rampas RM7.1 bilion melalui 3,900 operasi — KDNKA

    Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim KUALA LUMPUR : Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman mendedahkan bahawa pelbagai operasi keselamatan yang dijalankan sejak awal tahun sehingga 30 November 2025 telah membawa kepada rampasan berjumlah RM7.1 bilion. Pendedahan ini dibuat oleh Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, dalam satu perhimpunan khas di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara, Subang. Menurut laporan pihak polis lebih 3,900 operasi telah dilaksanakan di seluruh negara. Seramai 9,800 suspek telah ditahan berkaitan pelbagai aktiviti jenayah. Nilai rampasan tersebut merangkumi pelbagai aset, barangan, serta hasil aktiviti tidak sah yang berjaya disita sepanjang tempoh operasi. Walaupun pecahan terperinci jenis rampasan tidak dihuraikan sepenuhnya, angka keseluruhan RM7.1 bilion itu menggambarkan skala operasi penguatkuasaan yang sangat besar. Dalam ucapannya, Datuk Seri Azmi menegaskan bahawa pencapaian tahun 2025 menunjukkan kemampuan dan komitmen pasukan polis dalam memastikan negara terus berada dalam keadaan selamat dan terkawal. Beliau berkata: “Saya optimis bahawa prestasi ini bukan sahaja boleh diulangi pada tahun 2026, malah boleh dipertingkatkan lagi. Kejayaan ini menunjukkan bahawa anggota polis adalah antara tulang belakang kepada kestabilan dan kemajuan negara.” Beliau turut mengingatkan bahawa tugas memelihara keselamatan awam adalah tanggungjawab besar yang memerlukan kerjasama berpasukan, kepemimpinan yang kukuh, dan kecekapan yang konsisten dalam setiap operasi.

  • AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

    Tiada Prospek Kejayaan Selepas Semakan Menyeluruh AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah: Tiada Prospek Kejayaan Selepas Semakan Menyeluruh KUALA LUMPUR:  Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa pihaknya telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini, dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan kegagalan mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.Keputusan tersebut dibuat selepas satu penilaian komprehensif mendapati tiada prospek realistik untuk memperoleh keputusan berbeza di Mahkamah Rayuan. Menurut sumber perundangan beberapa faktor utama dikenal pasti sebagai penyumbang kepada keputusan AGC. Kekurangan saksi pendakwaan, sebahagian saksi yang memainkan peranan penting dalam membuktikan elemen kes telah meninggal dunia, atau gagal dikesan selepas beberapa tahun. Ini menyebabkan pendakwaan menghadapi kesukaran besar untuk mengemukakan bukti yang kukuh dan konsisten. Selepas meneliti sepenuhnya, AGC mendapati bahawa bukti yang masih tersedia tidak cukup kuat untuk memuaskan standard pembuktian “melampaui keraguan munasabah”, yang merupakan syarat asas dalam sabitan kes jenayah. Oleh itu, penarikan rayuan dilihat sebagai langkah paling wajar dan profesional berdasarkan keadaan semasa. Dengan penarikan notis rayuan pada 9 Disember 2025, Rosmah kini kekal bebas sepenuhnya daripada, 12 pertuduhan pengubahan wang haram, dan 5 pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan yang sepatutnya dikenakan cukai. Kes ini secara rasmi dianggap tertutup dan tidak lagi boleh dirayu oleh pihak pendakwaan. Keputusan ini tidak berkaitan dan tidak menjejaskan kes Rosmah yang paling besar, iaitu kes Projek Solar Hibrid RM1.25 bilion - Rosmah sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman 10 tahun penjara, serta denda RM970 juta. Walau bagaimanapun, pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan, sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.Prosiding rayuan dalam kes solar masih berjalan dan akan menjadi fokus utama perundangan melibatkan beliau.

  • “Sejak tahun 2021, sebanyak 4,079 kes keganasan dan 3,042 kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak telah direkodkan.”

    SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL - KEMENTERI DALAM NEGERI KUALA LUMPUR:  Sejak tahun 2021 hingga November tahun ini, negara merekodkan 4,079 kes keganasan dan 3,042 kes gangguan seksual yang membabitkan kanak-kanak serta penjaga mereka, menurut data terkini Kementerian Dalam Negeri. Angka ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan golongan bawah umur dan tahap perlindungan yang sepatutnya mereka terima. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa jumlah kes keganasan yang dicatatkan pada tahun 2025 menunjukkan angka 1,057 kes, sedikit menurun berbanding 1,201 kes yang direkodkan sepanjang 2024. Statistik tahun sebelumnya turut menunjukkan 612 kes pada 2023, 502 kes pada 2022 dan 707 kes pada 2021, menggambarkan turun naik trend keganasan rumah tangga dan penderaan yang melibatkan kanak-kanak serta penjaga. Beliau turut memaklumkan bahawa kes gangguan seksual yang melibatkan mangsa bawah umur masih berada pada tahap membimbangkan. Dalam banyak laporan, pelaku dikenal pasti bukan orang asing, sebaliknya individu paling hampir dengan mangsa, termasuk ibu bapa, ahli keluarga terdekat atau penjaga yang diberi kepercayaan untuk menjaga keselamatan mereka. Saifuddin menegaskan bahawa situasi ini memerlukan perhatian serius semua pihak, termasuk penguatkuasa, institusi sosial dan masyarakat setempat bagi memastikan ruang selamat untuk kanak-kanak terus dipertahankan. Beliau berkata usaha pendidikan, pencegahan awal, pemantauan ketat serta mekanisme aduan yang lebih berkesan perlu digerakkan agar kes sebegini dapat dikurangkan dengan lebih signifikan pada masa depan.

bottom of page