top of page

Search Results

550 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Mayat warganegara India di tangga rumah kedai disyaki dibunuh

    mayat warga India ditemui ditangga rumah kedai disyaki dibunuh di Puchong semalam. SERDANG - Penemuan seorang lelaki pemastautin tetap dalam keadaan tidak sedar diri di tangga sebuah rumah kedai di Puchong pada Khamis disyaki dibunuh, mencetuskan kejutan dalam kalangan penduduk sekitar. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, bilik gerakan Ibu pejabat polis daerah Serdang telah menerima panggilan awam sekitar jam lebih kurang 7.03 malam memaklumkan penemuan mayat lelaki tersebut. Katanya bertindak atas maklumat itu sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya. "Pemeriksaan di lokasi mendapati, seorang lelaki dianggarkan berumur 49 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di tangga rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong. "Siasatan sedang dijalankan polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh orang yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun jika disabitkan kesalahan," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi. Tambah beliau, kes masih dalam peringkat siasatan. "Identiti mangsa dikenalpasti sebagai warga India dan siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian. "Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Serdang di talian 03-8074 2222," tegasnya lagi.- malaysiatoday

  • Jurujual wanita mati dibunuh, suspek kelima ditahan polis

    Suspek kelima ditahan bantu siasatan jurujual wanita dibunuh di Seri Kembangan Oktober lepas SERDANG - Polis telah menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang jurujual wanita yang ditemui mati dalam keadaan bogel dan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, Selangor, Oktober lepas. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata tangkapan terbaharu itu membabitkan seorang lelaki tempatan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini adalah seramai lima orang. Katanya, suspek kelima itu direman selama lima hari sehingga 10 November ini bagi membantu siasatan lanjut dalam kes tersebut yang diklasifikasi sebagai bunuh. "Sebelum ini kita menahan tiga suspek lelaki dan direman selama lima hari bagi reman pertama sebelum tempoh reman dilanjutkan lagi selama tiga hari bagi kali kedua yang tamat pada 7 November (esok). "Suspek keempat iaitu seorang wanita juga direman lima hari bagi reman pertama dan disambung tiga hari lagi bagi reman kedua yang tamat Sabtu ini," katanya dalam kenyataan lewat petang Khamis. Untuk rekod, tiga lelaki yang ditahan dalam serbuan Jumaat lalu membabitkan bekas teman lelaki dan abang angkat mangsa berusia antara 24 hingga 30 tahun. Suspek keempat yang juga wanita berusia 30-an pula adalah rakan serumah mangsa di kawasan kediaman di Taman Castlefield, Cheras, di sini. Tambah Muhamad Farid, laporan bedah siasat berhubung punca kematian masih belum diperoleh kerana menunggu keputusan analisis makmal. Justeru katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar pembunuhan wanita tersebut. Mayat mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Ampang dan kedai serbaneka di Bukit Bintang, ditemui orang awam pada jam 3.45 petang, 29 Oktober lalu selepas terhidu bau mencurigakan ketika melalui kawasan Jalan Anggerik, Seri Kembangan. Siasatan kes sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika disabitkan kesalahan.- malaysiatoday

  • Sila selesaikan saman JPJ sebelum 30 Dis atau sedia disenarai hitam

    Anthony Loke PUTRAJAYA - Orang ramai khususnya pesalah trafik di jalan raya diberi peringatan tegas agar menyelesaikan segera saman tertunggak mereka dalam tempoh diskaun dua bulan yang ditawarkan sehingga 30 Disember ini. Kegagalan berbuat demikian bakal menyaksikan mereka akan disenarai hitam untuk tindakan sewajarnya, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini. Jelasnya, setakat ini lebih 5.5 juta saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum diselesaikan lagi. "Selepas 1 Januari 2026, sekiranya masih terdapat saman tertunggak yang belum dijelaskan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta lesen memandu boleh disenarai hitam. "Maksudnya, mereka tak boleh memperbaharui LKM mereka dan ini akan diintegrasikan dalam sistem MySikap," katanya," katanya di Perhimpunan Bulanan dan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Kementerian hari ini. Tambah Loke lagi, jumlah saman tertinggi di bawah Notis JPJ (P) 22 dengan 3,685,164 saman tertunggak, diikuti kompaun melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dengan 1,387,384; Notis 114 (297,382), Notis 115 (161,669) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (6,409). Justeru katanya, pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak mempunyai tempoh sehingga 30 Disember depan untuk melunaskan semua saman tertunggak, dengan diskaun sebanyak 50 peratus dan selepas tamat tempoh berkenaan, JPJ akan melaksanakan tindakan mahkamah serta senarai hitam.

  • Pengakap Malaysia lawat Media Prima kukuh kerjasama sebaran maklumat kepengakapan di seluruh negara.

    Pengakap Malaysia melawat Media Prima demi kukuh kerjasama memperluaskan kepengakapan di seluruh negara.Fo to Kredit Pengakap Malaysia . KUALA LUMPUR - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke syarikat media terkemuka, Media Prima Berhad di Jalan Riong, Bangsar. Delegasi PPM diketuai oleh Ketua Pengakap Negara, YBhg Mej Jen Dato’ Prof Dr Mohd Zin bin Bidin. Hadir sama, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Pengakap Negara, YBhg Dato Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBrs Tuan Haji Ahmad Sabri bin Saad. Mohd Zin melihat pencarian archive Pengakap oleh kakitangan Media Prima Berhad di Jalan Riong Bangsar semasa Lawatan Kehormat Delegasi Pengurusan Tertinggi Pengakap Malaysia pada Rabu. Kredit: Media Prima/PPM Turut hadir, Pesuruhjaya Program Negara, YBrs Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail, serta Pesuruhjaya COMSTAR, YBrs Tuan Haji Mohamad Letfee bin Ahmad. Pihak Media Prima Berhad pula diwakili oleh Pengarang Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima, YBrs En. Azhari Muhidin, dan Timbalan Pengurus Besar Berita, Media Prima, YBrs Puan Farrah Naz Abd Karim. Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian, YBrs En. Zulkifli Jalil, dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, YBrs En. Husain Jahit. Delegasi Pengakap Malaysia diketuai Mohd Zin bersama barisan pengurusan tertinggi Media Prima Berhad semasa lawatan ke Agensi Media Prima Berhad pada Rabu..kredit:Media Prima/PPM Delegasi PPM turut berpeluang melawat Balai Berita dan menyaksikan secara dekat proses penulisan serta penyuntingan berita, selain meninjau operasi di studio rakaman televisyen dan radio. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Persekutuan Pengakap Malaysia dan industri media dalam memperluas jangkauan serta penyebaran maklumat aktiviti kepengakapan di seluruh negara. - malaysiatoday.com.my

  • Zohran Mamdani dipilih Datuk Bandar New York

    Mamdani menang jawatan Datuk Bandar New York NEW YORK: Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York menandakan kemuncak kebangkitan luar biasa oleh ahli politik berhaluan kiri yang sebelum ini kurang dikenali. Mamdani muncul daripada dunia politik tempatan tanpa nama besar namun berjaya memimpin kempen berprofil tinggi untuk merebut jawatan tertinggi di bandar mega Amerika Syarikat (AS). Sejak memenangi pemilihan calon Parti Demokrat Jun lalu, warga New York sudah terbiasa melihat wajahnya di kaca televisyen dan beliau adalah orang islam pertama menjawat jawatan itu. Beliau mengalahkan calon bebas, bekas Gabenor Andrew Cuomo yang mendapat sokongan terbuka Presiden AS, Donald Trump, dan calon Rupeblikan, Curtis Sliwa. Ahli politik berusia 34 tahun itu dilahirkan di Uganda dalam keluarga berketurunan India dan menetap di AS sejak berusia tujuh tahun, sebelum menjadi warganegara pada 2018. Beliau adalah anak kepada pengarah filem terkenal Mira Nair ("Monsoon Wedding," "Mississippi Masala") dan Mahmood Mamdani, seorang profesor serta pakar Afrika yang dihormati, menjadikan sesetengah pengkritiknya melabel beliau sebagai "nepo baby" atau anak yang berjaya kerana pengaruh keluarga. Seperti remaja daripada keluarga liberal elit, beliau mendapat pendidikan di Bronx High School of Science yang berprestij sebelum melanjutkan pelajaran ke Bowdoin College di Maine, sebuah universiti yang dianggap kubu pemikiran progresif.- Agensi

  • ACLE: JDT belasah kelab China Shanghai Shenhua

    JDT membenam kelab liga China dalam aksi Liga Juara-Juara Asia malam tadi di Stadium Sultan Ibrahim. ISKANDAR PUTERI – Impian wakil Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) meraih tiga mata berharga di laman sendiri berhasil apabila berjaya membenam Shanghai Shenhua pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ECLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam tadi. Kemenangan 3 -1 itu sekaligus membolehkan pasukan pimpinan Xisco Munoz mendaki lapan anak dari tangga ke-10 ke tangga kedua kumpulan A dengan mengumpul 7 mata selepas mengharungi empat perlawanan setakat ini. Seawal minit keempat, Oscar Arribas nyaris meletakkan Harimau Selatan dihadapan namun rembatan kencangnya dinafikan penjaga gol lawan, Bao Yaxiong sebelum bola melantung terkena tiang gol. Pada minit ke-22, Jairo Macedo berpeluang memecah kebuntuan apabila meledakkan gol namun rembatannya dibatalkan pengadil perlawanan dari Jordan, Adham Makhadmeh kerana berada dalam kedudukan ofsaid. Lapan minit selang, Jairo sekali lagi kecewa apabila sepakannya dinafikan penjaga gawang Shanghai Shenhua. Tiang gol Tembok Besar China sekali lagi menjadi penyelamat sejurus menafikan sepakan deras Arribas pada minit ke-35 sekaligus membuatkan kem JDT hampa mencari gol di separuh masa pertama.- malaysiatoday

  • Pelancong Thai ditangkap anjur kelas yoga berunsur seks

    Pelancong ditahan kerana mengadakan kelas Yoga berunsur seks di Thailand. BANGKOK – Seorang pelancong warga Britain ditangkap di Koh Pha Ngan, Thailand kerana didakwa menganjurkan kelas yoga bertemakan seks di sebuah restoran tempatan, lapor portal berita Thaiger hari ini. Polis pelancong menyerbu restoran di Kampung 8, subdaerah Koh Pha Ngan selepas menerima maklumat daripada seorang pengguna Facebook yang melaporkan iklan mempromosikan kelas mingguan ‘Tantra Yoga’. Risalah promosi itu menjanjikan sesi setiap Selasa dari pukul 4.30 petang hingga 6 petang (waktu tempatan) yang didakwa mengandungi unsur seksual dan mengenakan bayaran 400 baht (RM50) bagi setiap peserta. Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Maria, 40, ditangkap ketika kelas sedang berlangsung semasa pemeriksaan yang diketuai polis pelancong. Anggota-anggota polis tiba di lokasi itu dan mendapati dia sedang mengajar sekumpulan warga asing melakukan meditasi duduk serta postur yoga. Walaupun Maria memiliki pasport dan permit kerja yang sah, dia sebenarnya bekerja sebagai pengurus perhubungan pelanggan di sebuah syarikat pengurusan hotel dan bukan sebagai pengajar yoga.- Agensi

  • Pasport Malaysia ketiga terkuat di dunia

    Pasport Malaysia kini ketiga terkuat di dunia PETALING JAYA – Pasport Malaysia terus menjadi kebanggaan negara apabila menduduki tangga ketiga di dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, sekali gus membolehkan warganegara menikmati perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara. Jabatan Imigresen Malaysia menerusi laman rasmi Facebook berkata, pencapaian ini menepati usaha kerajaan untuk memperkukuh imej negara serta memudahkan urusan perjalanan rakyat ke luar negara. “Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia,” kata kenyataan tersebut. Ranking Pasport Index yang disiarkan baru-baru ini turut meletakkan Malaysia di hadapan beberapa negara lain dari Asia Tenggara, sekaligus menjadikan pasport negara antara yang paling berkuasa di rantau ini. Warganegara Malaysia kini dapat menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke destinasi popular termasuk Jepun, Korea Selatan, Eropah, dan banyak lagi negara yang menjadi pilihan pelancong dan usahawan. - malaysiatoday

  • Tak perlu sewa sekolah dua tiga kali jika bubar serentak - bekas Pengerusi SPR

    SHAH ALAM- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh memainkan peranan untuk mendapatkan persetujuan dasar daripada kerajaan negeri supaya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat pada tarikh-tarikh yang hampir sama bagi membolehkan pilihan raya umum (PRU) dijalankan serentak, lapor Sinar Harian semalam. Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan, SPR hanya menetapkan semua tarikh berkaitan pilihan raya selepas menerima pemakluman rasmi pembubaran daripada kerajaan Persekutuan atau negeri. “Secara tradisinya dahulu semua pilihan raya umum diadakan secara serentak melibatkan Parlimen dan DUN di seluruh negara. “Tapi bila ada negeri yang bubar DUN lebih awal, contohnya Sabah atau Melaka, maka tempoh pilihan raya mereka jadi berbeza,” katanya pada Selasa. Jelas beliau, keadaan itu berlaku kerana setiap negeri mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN masing-masing, menyebabkan tarikh pembubaran dan tempoh pilihan raya tidak lagi selaras antara negeri. Abdul Aziz berkata, jika pembubaran DUN dan Parlimen dibuat serentak, ia memberi banyak kelebihan dari segi kemudahan kepada pengundi dan kecekapan urusan SPR. “Kalau serentak, pengundi luar kawasan hanya perlu balik sekali untuk mengundi Parlimen dan DUN. Pegawai SPR pun lebih mudah sebab kerja dibuat sekali,” ujarnya. Tambah beliau, pelaksanaan pilihan raya secara berasingan meningkatkan perbelanjaan kerana semua kemudahan dan tenaga kerja perlu digandakan setiap kali proses pilihan raya diadakan.

  • PAS tanding lima kerusi di PRN Sabah

    Datuk Mohd Amar Abdullah KOTA BHARU - Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan diadakan pada 29 November ini. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah mengesahkan parti itu akan bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PRN Sabah. Beliau berkata, proses pemilihan calon kini berada pada peringkat akhir dengan persiapan giat dijalankan di kawasan yang telah dikenal pasti. “Saya difahamkan Pas akan bertanding lima kerusi dan salah satunya ialah DUN Karambunai. "Di situ, Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan sendiri akan bertanding kerana kawasan itu antara yang berpotensi tinggi untuk dimenangi,” katanya semasa sidang media di Kota Darulnaim, di sini pada Rabu. Tambah beliau, setakat ini perbincangan terakhir menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mungkin bertanding 40 kerusi keseluruhannya di PRN17 Sabah, namun pengumuman rasmi akan dibuat pada 11 November ini. Ujarnya, kesemua calon akan bertanding menggunakan logo PN. - malaysiatoday

  • Penunggang motosikal maut tercampak dalam sungai

    BATU KURAU - Seorang lelaki dipercayai maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum tercampak ke dalam sungai berhampiran kebunnya di Lata Telaga 7, Kampung Repoh di sini pada Rabu. Mangsa yang berusia lingkungan 50 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebatang anak sungai kira-kira satu kilometer dari jalan besar oleh penduduk sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis. Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.05 petang bagi membantu pihak polis mengambil mangsa. "Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau dikerahkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera FRT dan kenderaan utiliti. “Setibanya di tempat kejadian pada jam 3.16 petang, anggota bomba mendapati mangsa telah ditemui di dalam sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan besar," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu. Shazlean berkata, anggota terpaksa melalui jalan sempit dan berbukit menggunakan kenderaan utiliti untuk ke lokasi. Katanya, ketua operasi mengarahkan anggota membuat pemantauan terlebih dahulu sementara menunggu penyiasatan pihak polis selesai. "Setelah selesai siasatan polis, anggota telah membantu mengambil mayat mangsa dari dalam sungai dan mengangkatnya ke atas. "Mayat mangsa kemudiannya diserah kepada Polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. Beliau berkata, operasi dikawal sepenuhnya pada jam 3.20 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 6.45 petang. - malaysiatoday.com.my

  • Sindiket tipu kerja online sasar warga Ecuador lumpuh

    sindiket judi online MELAKA - Polis Melaka menumpaskan satu sindiket penipuan dalam talian yang dipercayai menyasarkan mangsa warga Ecuador, dalam satu serbuan di sebuah premis di Taman Paya Rumput Perdana, Tanjung Minyak, di sini pada Selasa. Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebanyak 16 individu ditahan terdiri daripada enam lelaki warga tempatan dan 10 lelaki warga asing berumur antara 16 hingga 38 tahun. "Siasatan mendapati semua individu yang ditahan dipercayai pekerja dan dibayar gaji RM4,000 sebulan oleh ketua sindiket selain menjadikan premis itu sebagai pusat panggilan bagi kegiatan penipuan pekerjaan dalam talian yang menyasarkan mangsa dari negara tersebut. "Modus operandi sindiket adalah dengan menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram sebelum mempromosikan pelbagai jenis barangan seperti pakaian dan jam tangan menerusi laman sesawang palsu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata mangsa yang terperdaya akan membuat pembelian melalui laman sesawang terbabit sebelum diarahkan melakukan pembelian kali kedua. "Sindiket turut menawarkan peluang kepada mangsa untuk mencari pembeli lain yang sanggup membeli barangan berkenaan pada harga lebih tinggi dengan keuntungan kononnya akan dikongsi antara mangsa dengan sindiket. "Sindiket kemudiannya memaksa mangsa melakukan beberapa siri pembelian sehingga mereka tidak mampu sebelum komunikasi diputuskan, menyebabkan mangsa menyedari ditipu,” katanya. Beliau berkata semua transaksi dilakukan secara dalam talian menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) dan laman sesawang digunakan adalah palsu serta diwujudkan khusus untuk tujuan penipuan. Dzulkhairi berkata pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan itu turut dirampas yang dianggarkan bernilai RM20,000, antaranya 16 unit pemprosesan pusat (CPU), 32 monitor, 16 papan kekunci, 16 tetikus, satu modem, dua penghala (router) dan dua port Internet. "Kesemua individu yang ditahan direman selama empat hari bermula hari ini (Rabu) hingga 8 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan (Penipuan dan Pakatan Jenayah), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Tinggal Melebihi Tempoh Pas Lawatan) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (Melanggar Syarat Pas),” katanya.

bottom of page