top of page

Search Results

654 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Pandu lori lawan arus 150KM elak pemeriksaan polis

    KUALA LUMPUR - Tindakan biadab seorang seorang lelaki yang melarikan diri dengan memandu lori secara merbahaya dan melawan arus sejauh 150 kilometer bagi mengelak pemeriksaan polis memakan diri. Usaha suspek meloloskan diri bagaimanapun gagal apabila dia akhirnya dikepong MPV peronda polis dan ditahan di Taman Bunga Raja Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ibrahim Husin berkata, pusat kawalan sebelum itu menerima panggilan daripada unit kereta peronda (MPV) pada 5.35 pagi yang memaklumkan tentang sebuah lori dipandu lelaki berusia 40 tahun enggan berhenti apabila diarahkan polis untuk pemeriksaan. “Pemandu terbabit telah memandu keluar ke arah Lebuhraya Utara Selatan melalui Tol Bukit Beruntung dan memandu melawan arus sejauh 150 kilometer melibatkan laluan menghala ke Tol Tanjung Malim dan Tol Sungai Buloh sebelum berpatah balik ke Tol Bukit Beruntung. “Selain memandu secara berbahaya, lelaki itu juga cuba melanggar kenderaan MPV ketika anggota cuba memberhentikan lori tersebut di kawasan berhampiran Tol Bukit Beruntung,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. Bagaimanapun tiga MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor yang mengejar lori suspek berjaya memintas dan menahan pemandu lori itu di Taman Bunga Raja Bukit Beruntung. Tambah Ibrahim lagi, hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis syabu. "Semakan rekod ke atas suspek juga mendapati dia memiliki dua rekod melibatkan kesalahan jenayah dan dadah. "Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu pada Isnin untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut. "Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, media melaporkan bahawa aksi sebuah lori dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung sehingga hampir menyebabkan kemalangan tular di medi sosial.

  • Siasatan rasuah atas Albert Tei, Shamsul Iskandar dijangka lengkap dalam 7 hari - SPRM

    KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengarahkan pasukannya memberi tumpuan dan melengkapkan siasatan melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing dalam tempoh tujuh hari. Azam yang mengesahkan penahanan reman kedua-dua individu itu berkata, SPRM akan menjalankan siasatan secara profesional dan adil berlunaskan undang-undang yang termaktub. “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya dalam kenyataan di sini. Terdahulu, Shamsul Iskandar dan Tei direman selama enam hari sehingga 4 Disember ini selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM pada pagi 29 November 2025 Sementara itu, sumber memaklumkan, kes terbabit melibatkan dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan telah memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.   “Dalam permohonan reman yang dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi, SPRM berhujah bahawa kes ini melibatkan kepentingan awam dan siasatan perlu dijalankan dalam tempoh sewajarnya.. “Walaupun mendapat bantahan daripada peguam kedua-dua suspek, Majistret Fatin Muneerah Sofian membenarkan permohonan reman selama enam hari sehingga 4 Disember 2025 dan tempoh ini dianggap perlu bagi melengkapkan siasatan secara menyeluruh,” menurut sumber tersebut lagi. Menurut sumber sama, siasatan akan dijalankan dengan kadar segera sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan lanjut dan pertuduhan dijangka dikenakan sekiranya keterangan serta bukti yang diperoleh dipersetujui pihak pendakwaan. Semalam, Shamsul Iskandar, Tei dan Sofia Rini Buyong ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah selepas mereka tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada petang Jumaat minggu lalu.

  • Spa songsang: 171 individu dibebaskan, mahkamah tolak permohonan reman

    KUALA LUMPUR – Seramai 171 lelaki tempatan yang telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti songsang dan tidak bermoral di sebua Spa Kesihatan di Chow Kit, ibu negara baru-baru ini telah dibebaskan dengan jaminan polis. Ini kerana permohonan reman ke atas mereka oleh polis telah ditolak oleh mahkamah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan reman itu ditolak berikutan kelewatan permohonan yang dikemukakan oleh pihak polis. “Permohonan reman ini lewat kerana ia melibatkan jumlah tangkapan yang ramai dan proses pengelasan perlu dilakukan satu persatu. “Keadaan ini menyebabkan permohonan reman dibuat lewat dan atas sebab itu, majistret telah menolaknya,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru di sini, pada Ahad. Beliau berkata, daripada 202 individu yang ditahan dalam operasi tersebut, hanya 31 warga asing direman selama dua hari. “Bagi tangkapan warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tindakan diambil di bawah Akta Imigresen. Tangkapan ini melibatkan kategori masalah jenayah sosial yang semakin membimbangkan,” ujarnya. Menurut Fadil, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan. “Bagaimanapun, tiada bukti yang boleh membantu polis menjalankan siasatan lanjut. Maksudnya, walaupun tindakan telah diambil, penganjur nampaknya masih bebas dan kita tidak dapat menyerbu mereka secara langsung. “Selain itu, kita tidak boleh mendakwa mereka dari sudut undang-undang sedia ada kerana bagi kes eksploitasi, pelacuran atau perlakuan luar tabi‘i, mesti ada mangsa. Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang mengaku menjadi mangsa, jadi kes tidak dapat diteruskan,” tegasnya lagi. - malaysiatoday.com.my

  • Penuntut universiti, warga emas antara 13 lelaki ditahan terlibat aktiviti songsang

    PERAI - Seramai 13 lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti hubungan songsang sejenis berjaya ditahan oleh pihak berkuasa dalam satu serbuan tergempar yang dijalankan di sebuah premis perniagaan yang beroperasi di Bandar Perai Jaya, Perai pada Sabtu. Daripada jumlah itu, turut ditangkap adalah warga emas dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Difahamkan, ketika serbuan, beberapa lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti sauna dan hanya berpakaian dalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, serbuan itu dilakukan sekitar jam 7 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bersama pasukan operasi pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Menurutnya, pasukan serbuan juga menahan sembilan lelaki tempatan dan dua warga asing berusia 19 hingga 66 tahun yang merupakan pelanggan premis tersebut. "Selain itu, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 57 dan 59 tahun yang dipercayai pengusaha serta pekerja premis terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. “Pemeriksaan turut menemui kondom, minyak pelincir dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tidak bermoral tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Tambah beliau, polis turut merampas telefon bimbit milik tangkapan yang mengandungi klip video lucah. Justeru katanya, siasatan lanjut mendapati premis perniagaan itu beroperasi di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan kedai tiga tingkat yang dilengkapi ruang rehat, sauna dan ruangan partisyen.\ Premis berkenaan dijadikan tempat untuk kegiatan hubungan songsang itu dan ia dipercayai aktif sejak dua bulan lalu. "Hasil ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif manakala semakan mendapati seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau. "Kesemua yang ditahan itu kini direman sehingga 5 Disember depan bagi membantu siasatan lanjut polis. “Polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 373/377B, Seksyen 377B dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," tegas beliau.

  • PRN-17 Sabah: DAP 'bungkus' di enam kerusi DUN, dirampas Warisan

    SHAH ALAM - Parti DAP telah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 semalam apabila tersungkur di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi parti tersebut kali ini. Malah parti itu juga gagal mempertahankan kerusi DUN yang pernah disandang sebelum ini pada PRN Sabtu kali ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata pihaknya mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan parti berkenaan mempertahankan sebarang kerusi yang disandang sebelum ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini. Katanya, pucuk pimpinan parti mengambil iktibar daripada keputusan itu dan menilai semula segala kelemahan serta berusaha untuk memenangi semula sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang. “DAP Sabah gagal mempertahankan sebarang kerusi yang disandang sebelum ini. Kami menerima dan menghormati keputusan oleh para pengundi di 8 kawasan yang ditandingi oleh DAP. “Kami juga mengucapkan tahniah kepada parti dan calon yang telah diberi mandat oleh pengundi di kawasan-kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. DAP bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Elopura diwakili Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong; DUN Sri Tanjung diwakili Ketua DAPSY Tawau, Philip Yap Wui Lip; DUN Luyang diwakili oleh Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei. Sementara itu, bagi DUN Likas diwakili oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe; DUN Kapayan dikekalkan kepada Jannie Lasimbang, DUN Tanjung Papat diwakili Tang Szu Ching dan DUN Tanjung Aru diwakili Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin sementara Kemabong ditandingi bekas Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual. Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Warisan memenangi kesemua enam kerusi yang dimenangi DAP pada 2020 iaitu Likas, Kapayan, Elopura, Luyang, Tanjong Papat dan Sri Tanjong. Sekiranya keputusan itu disahkan, ia akan menjadi kali pertama sejak 2004 menyaksikan DAP tidak akan mempunyai wakil dalam DUN. Dalam pada itu Anthony berkata, DAP Sabah masih mempunyai 2 wakil di peringkat Parlimen dan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut akan meningkatkan usaha di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan.- malaysiatoday

  • Wanita Singapura ditahan pandu Ford Mustang sewa tamat cukai jalan, tiada insurans

    KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing yang didapati memandu Ford Mustang GT telah ditahan pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (J{J) selepas mendapati kenderaan itu telah tamat cukai jalan dan tidak memiliki perlindungan insurans sah pada Sabtu. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, wanita warga Singapura berusia 40 tahun itu ditahan ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kira-kira jam 7.21 malam semalam. Katanya, pemeriksaan dijalankan anggota JPJ mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kereta berkenaan telah tamat tempoh pada 13 November lalu selain tiada rekod perlindungan insurans aktif. "Semakan awal mendapati kereta itu disewa untuk tempoh sehari daripada sebuah syarikat kereta sewa. "Kenderaan terbabit kemudiannya disita untuk tindakan lanjut," katanya pada Ahad. Hamidi menegaskan pihaknya sentiasa memantau aduan orang awam dan melaksanakan pemeriksaan berterusan bagi memastikan setiap kenderaan yang berada di jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan.- malaysiatoday.com.my

  • Anggota polis hilang dihanyut arus deras ditemui lemas

    SEPANG - Nasib seorang anggota polis yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras sebelum ini selepas kereta yang dipandunya terperangkap dalam banjir berhampiran Klinik Desa Giching di Sepang di sini berakhir dengan tragedi apabila ditemukan dalam keadaan lemas pada Ahad. Mangsa yang dikenalpasti identitinya Konstabel Muhammad Rahimi Amiruddin, 23, ditemui pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir kejadian dia dilaporkan hilang sekitar jam 7.30 pagi Jumaat lalu. Difahamkan bahawa mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhizam Bahaman yang mengesahkan penemuan mangsa berkata satu kenyataan media dengan fakta penuh berkaitan penemuan mayat mangsa itu akan dikeluarkan kelak. Sebelum ini, media melaporkan mangsa dipercayai lemas selepas kereta dipandunya terbabas dalam parit berhampiran Klinik Desa Giching. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dilaporkan berkata, mangsa dipercayai cuba berenang keluar dari parit selepas kenderaan dinaiki tidak dapat meneruskan perjalanan tetapi dihanyutkan arus deras tersebut. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa yang bertugas di Balai Polis Nilai itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja. Mangsa sebelum itu difahamkan bahawa semasa kejadian dia melawat keluarga di kampung tersebut.

  • PRN-17 Sabah: Kesemua ADUN Bebas beri sokongan bentuk kerajaan negeri

    KOTA KINABALU -Kesemua lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang menang kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 semalam dipercayai memberi sokongan dalam membentuk kerajaan Sabah. Timbalan Setiausaha Agung, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya bersyukur kerajaan Sabah terbentuk semula atas mandat rakyat yang diperolehi semalam. Katanya, kerajaan Sabah terbentuk dengan majoriti mudah dan mendapat sokongan ADUN termasuk semua ADUN bebas yang sebelum ini berada bersama kerajaan GRS. "Syukur Alhamdulillah Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan dihadiri ADUN yang memberikan sokongan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. "Insya-ALLAH, GRS dan rakan-rakan parti dan semua ADUN Bebas, yang sebelum ini berada dalam GRS sama ada sebagai ADUN atau pimpinan parti sebelum pembubaran, akan bergerak segera menunaikan mandat dan amanah rakyat Sabah," katanya menerusi Facebook rasminya pada Ahad. Sejurus keputusan PRN diumumkan Presiden Parti GRS Datuk Seri Hajiji Noor telah berangkat ke Istana TYT Sabah dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 3.10 pagi Ahad.

  • Lelaki mati ditembak dalam pacuan empat roda di Klang

    KLANG - Seorang lelaki maut ditembak dalam satu insiden yang berlaku di sekitar Taman Mesra Indah, Klang di sini pada malam Sabtu. Mangsa dikenalpasti sebagai individu tempatan, namun butiran umur mangsa masih belum diterima setakat ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan bahawa pihaknya menerusi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 8.35 malam tadi. "Satu kejadian tembak dipercayai berlaku di kawasan berkenaan dan panggilan dibuat orang awam berhubung kejadian. "Setakat ini, motif kejadian masih dalam peringkat siasatan dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya pada pagi Ahad di sini. Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan. "Sebarang maklumat berkaitan kejadian dapat disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintenden Mohd Harman Mohd Hanif di talian 019-2100334. "Selain itu, maklumat juga dapat disalurkan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222," katanya. Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan mangsa didapati terkulai dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda. Dalam pada itu, seorang wanita dipercayai ibu mangsa tidak mampu menahan sebak apabila mengetahui anaknya maut ditembak dalam kejadian di sekitar Taman Mesra Indah, di sini, malam ini. Wanita itu tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.15 malam bersama beberapa individu lain mahu melihat keadaan mangsa namun dihalang anggota polis bertugas. "Itu anak saya! Anak saya," katanya dalam keadaan sedih lalu ditenangkan anggota polis bertugas dan orang awam yang berada lokasi kejadian tersebut. - malaysiatoday.com.my

  • Harimau kumbang 50kg masuk jerat

    KUALA PILAH – Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang di Kampung Sungai Lapok, Sikai, di sini, malam Jumaat, lapor media hari ini. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata, kakitangan daripada Unit Kawalan Hidupan Liar (UKHM) telah menerima maklumat berkenaan kira-kira pukul 9 malam dan segera ke lokasi. “Kita tiba di lokasi kira-kira pukul 10.30 malam. Hasil pemantauan perangkap harimau kumbang di tempat kejadian mendapati terdapat seekor harimau kumbang dewasa jantan. “Perangkap ini dipasang pada 12 November lalu susulan kita menerima aduan kacau ganggu ternakan oleh harimau kumbang. "Harimau kumbang yang masuk ke dalam perangkap ini disahkan berada dalam keadaan yang sihat oleh doktor veterinar serta dianggarkan seberat 50 kilogram,” katanya di sini. Tambah beliau, harimau kumbang berkenaan telahpun dilepaskan semula ke hutan simpan yang jauh dari penempatan manusia.

  • GRS, PH bakal bentuk kerajaan negeri Sabah

    KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan Sabah pada malam ini kerana kedua-dua parti itu dilaporkan telah memperolehi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 kali ini. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata, Pengarah Operasi PKR, Datuk Seri Amirudin Saari sedang mengadakan perbincangan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung soal pembentukan kerajaan negeri oleh gabungan tersebut. GRS dipercayai menerusi keputusan tidak rasmi berjaya memenangi 29 kerusi DUN Sabah malam ini dan bersedia ke arah membentuk kerajaan negeri sekali lagi. “Insya-Allah kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan (Sabah) malam ini. Amirudin dan Hajiji (sedang berbincang) untuk membentuk kerajaan (Sabah) “PH berbesar hati kerana kita jadi sebahagian kerajaan yang akan dibentuk di Sabah,” katanya pada sidang media menjelang keputusan PRN Sabah Ke-17 malam ini di sini. - malaysiatoday.com.my

  • Operasi cari anggota polis dihanyut arus deras ditangguh

    SEPANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota polis yang dihanyutkan arus deras sebelum dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Bezza dinaikinya terperangkap dalam banjir berhampiran Klinik Desa Giching, telah ditangguhkan pada hari ini. Operasi SAR itu akan disambung semula pada hari Ahad esok. Semasa kejadian, mangsa dipercayai cuba berpaut di tiang papan tanda jalan ketika cuba menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan arus deras dalm insiden pada Jumaat. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, komander operasi memaklumkan siasatan mendapati seorang sahaja mangsa berada di dalam kereta ketika kejadian, bukan empat seperti laporan awal. “Pencarian dilakukan secara ‘water surface’ sejauh dua kilometer, manakala Unit Penyelam (PPDA) dari BBP KLIA menjalankan operasi selaman. Unit PPDA BBP Shah Alam turut dalam perjalanan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. Tambah beliau, operasi pencarian hari ini dibahagikan kepada tiga sektor iaitu kawasan kampung berhampiran, kebun kelapa sawit dan pasukan PPDA JBPM menjalankan empat selaman serta pencarian dasar menggunakan teknik Harch Pattern. “Liputan pencarian melibatkan kawasan sepanjang lima kilometer, namun mangsa masih belum dijumpai sehingga operasi ditangguhkan pada pukul 6 petang. Operasi SAR akan disambung semula pagi esok,” tegas beliau.

bottom of page